Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[299D]

 

 

 

 

2012 dan Antikristus

(Edisi 2.0 20100515-20120528)

 

Banyak kecoh dibuat sekarang ini mengenai signifikans tahun 2012. Naskah ini adalah untuk menjelaskan urutan peristiwa-peristiwa dan signifikans tahun 2012 dalam pengertian dan simbolisme ilmu ghaib supaya kita tidak terpedaya dan dapat mengenali Nabi Palsu serta sistem Antikristus apabila ini dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010, 2012 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

 

 

2012 dan Antikristus

 


Memangpun patut bila difikirkan yang Iblis bersedia untuk perjuangan Zaman Akhir dan telahpun menetapkan satu sistem yang, jika mungkin, akan memperdaya malah umat pilihan sekalipun. Kita dapat membezakan medan pertempuran dan rangka-rangka waktu daripada apa yang dia beritahu murid-muridnya.

 

Ada satu karya dipanggil Appollyon Rising 2012 yang ditulis oleh Thomas Horn yang mengisahkan beberapa aspek yang mempunyai signifikans. Karya ini menyusun satu siri nubuatan purba dan sesetengah perincian daripada karya Malachi Martin Windswept House. Saya telah menulis untuk menerangkan tarikh 2012 dalam Kalendar Maya dan kalendar lain yang juga akan saya jelaskan di sini. Kita juga akan merangkumi nubuatan daripada Zohar, juga karya Horn, dan nubuatan lain.

 

Nubuatan-nubuatan Malachy dari Armagh diliputi dalam naskah Paus Terakhir (No. 288) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p288.html. Ini pembacaan latar belakang yang baik.

 

Meterai Besar AS ialah kunci kepada struktur Pakatan Dunia Baru (New World Order, NWO) dan struktur sistem Masuni (Masonic) AS. Perampasannya akan Vatican oleh pengikut Satanis dan Freemason merupakan topik karya Martin dan juga Horn bersama-sama dengan urutan dan semua pewaktuannya. Kepimpinan AS ialah Kuasa Binatan sebagai satu bahagian, bersama-sama dengan lanjutan Eropah sebagai set jari kaki yang satu lagi daripada kerajaan sepuluh jari kaki Zaman Akhir. Kuasa Binatang ada dua bahagian di kedua-dua sisi Atlantik dan Iblis dan para pengikut ilmu ghaib mengembangkannya untuk penguasaan dunia. Kita akan kaji aspek itu kemudian.

 

Tahun 2012 dikatakan “Waktu Kesusahan Yakub” dan kedatangan Mesias tetapi kita akan kaji itu kemudian.

 

Kita juga akan mengkaji laporan Martin mengenai penobatan Malaikat Lucifer dalam Vatican dan di Carolina Selatan dalam persamaan ke 33 dalam upacara-upacara keiblisan atau misa-misa sama waktu.

 

2012 ialah tarikh batas untuk kultus-kultus matahari. Kita akan periksa lebih banyak nubuatan dan lihat apa yang kita boleh dapati daripada rangka-rangka waktu itu.

 

Kita semua akan berharap Saksi-saksi itu datang waktu itu. Kita tahu bahawa Mesias sampai sini setelah Saksi-saksi itu berada di Yerusalem selama 1263.5 hari. Saksi-saksi ini belum lagi berada di Yerusalem dalam kain kabung. Justeru tahun 2012 tidak mungkin tarikh untuk Mesias dan tentunya ada satu sistem diatur untuk Antikristus dan Nabi Palsu. Memangpun patut bila difikirkan, disebabkan perhatian yang diberikan padanya, yang itulah tujuan semua kultus matahari itu berusaha.

 

Satu hal yang kita memang tahu ialah penyerahan itu tidak akan berjalan licin sepenuhnya. Iblis dan para setan telah mendirikan suatu sistem dalam proses untuk melawan Kristus dan Angkatan Syurgawi. Ini akan memperdaya sekiranya mungkin umat pilihan juga.

 

Karya-karya Malachi Martin juga mempunyai signifikans berhubung apa yang terjadi di Vatican dan AS. Kenalilah musuhmu dan kamu tidak perlu takut keputusan seribu pertempuran. Kemunculan salah satu pemain utamanya dihuraikan dalam naskah Mesias Palsu (No. 067B) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p067b.html.

 

Sistem Kalendar Maya

 

Iblis telah memasang satu sistem dalam Zaman Akhir dan ini mempengaruhi kita secara langsung.

 

Berikut ialah kutipan daripada naskah Kedatangan Mesias (No. 210a) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p210a.html.

 

Sistem Matahari adalah penting dan naskah ini mempunyai lampiran yang menjelaskan sistem Maya juga.

 

Bahagian I: Seksyen C Bintang Fajar dan Kalendar Maya

 

Kami membincangkan kalendar Maya dalam naskah itu. Terdapat beberapa perkara penting untuk diperhatikan berkenaan sistem itu. Ini tidak sempurna sehingga selepas teks dalam Kodeks Dresden, sekitar 934 CE. Kita akan periksa kembali hal itu di sini.

 

Sistem YDNA orang Maya adalah daripada terbitan Q yang terjadi apabila Haplogrup P berpecah kepada subkumpulan R dan Q. Dengan kata lain, dari segi alkitabiah, orang Amerindian ialah keturunan Yafet dan saudara rapat orang Slav dan Eropah (lihat Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p265.html.

 

Dengan itu kalendar ini merupakan satu terbitan selepas banjir dan, melihatkan tahap penyimpangan dalam kalendar Kodeks Dresden, mungkin satu variasi yang tidak begitu tua.

 

Ini merujuk balik kepada satu sistem yang meletakkan permulaan mitologinya pada tahun 3114 BCE, empat puluh tahun sebelum kematian Adam. Ini merupakan sistem rumit yang memasukkan penentuan-penentuan Kenaikan Venus/Zuhal sebagai Bintang Fajar dan menghitung waktu zaman ciptaan semasa atu peredaran Satu Tahun Besar yang terdiri daripada 13 Baktun, iaitu kira-kira 5125 tahun solar.

 

Angka 5125 tahun ini dikatakan berkait dengan Peredaran Besar iaitu pergerakan ekuinoks. Dengan itu dikatakan adanya lima zaman atau aeon Peredaran Besar, tiap satunya ada 13 Baktun. Itu tidak betul. Lima divisi 13 Baktun itu sama dengan 25,625 tahun solar. Divisi-divisi 12 Zodiak tidak sama dengan lima divisi Baktun Maya. Terdapat perbezaan signifikans dalam jumlah-jumlah Peredaran Besar 295 tahun solar. Angka-angkanya serupa dan mungkin menggambarkan satu hubungan simbolik lain yang berasal daripada satu sumber awal.

 

Pergerakan ekuinoks-ekuinoks merupakan satu gerakan ke belakang beransur-ansur yang mengambil 2,160 tahun untuk melepasi satu konstelasi zodiak, atau 25,920 tahun untuk melalui seluruh zodiak. Tiada perubahan tiba-tiba dan dramatik. Konsep ‘Tahun Besar’ dalam pemikiran Yunani boleh disusur asalnya kepada Heraclitus tetapi tujuannya tidak jelas.

 

“Plato nampaknya memaksudkan ‘Tahun Besar’ sebagai waktu yang diperlukan untuk bintang-bintang kembali ke titik permulaannya dalam kosmos (Ti. 39d) dan kelihatannya memberi satu nilai matematik untuk ini (Rep.546b-c). [1][25] Ini menunjukkan kesedaran Plato akan adanya suatu pola angkasa tertentu merentasi satu tempoh waktu yang lama dan Celsus nampaknya sedar akan dua gerakan kosmos” (Simon Mahoney, An Interpretation of Mithraic Remains http://pages.britishlibrary.net/simon.mahony/ma-mith.html).

 

Seluruh sistem Maya berdasar pada bilangan Sidang Angkatan Syurgawi. Bilangan asasnya ialah 72 atau Hebdomekonta[duo] daripada Lukas 10:1 dan 17. Ini membayangi bilangan Sanhedrin. Sanhedrin sendiri satu bayangan Sidang Syurgawi, seperti yang kita tahu daripada Alkitab.

 

Pada 3114 BCE Adam masih hidup. Patriak-patriak berikut juga masih hidup: Set (lahir 3874, mati 2964); Enos (lahir 3769, mati 2768); Mahalaleel (lahir 3609, mati 2714); Yared (lahir 3544, mati 2582); Henokh (lahir 3382, diangkat 3017); Metusalah (lahir 3317, mati 2348); Lamekh (lahir 3130, mati 2353). Yared merupakan bapa Henokh. Nuh belum lahir sehinggalah 2948 BCE. Justeru dalam tahun 3114 semua patriak masih hidup dan hadir kecuali Nuh. Penderhakaan Bani Syurgawi lazimnya dipertalikan dengan pemerintahan Yared dan bahawa dalam zamannya Bani Syurgawi turun dan berzina dengan kaum perempuan. Bapanya Mahalaleel dikatakan menamakannya Yared untuk bernubuat. Nama Yared (SHD 3382) bermakna turun dan merujuk kepada penurunan Bani Syurgawi pada zamannya. Dia dilahirkan pada 3544 dan berumur 430 tahun pada 3114 BCE. Penurunan dan pembiakan kacukan dengan Bani Syurgawi berlaku ketika waktu ini.

 

Henokh bersaksi menentang Bani Syurgawi dan diangkat oleh Tuhan sebagai ganjaran kesetiaannya pada 3017. Teks dalam 1 Henokh mempertalikan nubuatan mengenai Banjir kepada Henokh pada kelahiran Nuh, namun itu mustahil sebab Henokh telah diangkat 69 tahun sebelum kelahiran Nuh (1 Henokh 106:12-13; Yobel 4:15,22). Kitab Yobel berpendapat bahawa Henokh diangkat supaya dia dapat bersaksi terhadap salah laku generasi-generasi pada Hari Pengadilan. Dia akan mempersembahkan kemenyan di atas Gunung Qatar, iaitu Gunung Timur di kalangan empat gunung suci (Eden, Gunung Timur (Qatar), Sinai dan Sion), untuk pengudusan bangsa-bangsa bagi ciptaan baru dalam Zaman Akhir (lihat Yobel 4:24-26). Mungkin sekali 3114 berkaitan dengan peristiwa ini dan pengurungan Bani Syurgawi di Tartarus. Rangka waktu itu terlalu luas untuk lebih pasti. Bagaimanapun, tarikh dalam 3113 ialah tujuh puluh tahun sebelum kelahiran Nuh dan angka asas itu (campur dua = 72) dihubungkan dengan Bani Syurgawi dan bangsa-bangsa yang diberikan kepada mereka untuk diperintah bertahun-tahun kemudian. Justeru kita nampaknya bercakap tentang pemerintahan ciptaan dari tarikh ini. Jadi ini ialah permulaan zaman Iblis sebagai Bintang Fajar ke atas Bani Derhaka.

 

Kenaikan Zuhal ditentukan kepada 1 Ahau. Tarikh ini bererti “tanggal 1 Tuhan”. Ahau secara linguistik berhubungan dengan Yaho dan mungkin satu rujukan kepada elohim Bani Syurgawi.

 

Sistem itu berdasar pada bulan dengan dua puluh hari, yang bernama uinal. Perkataan uinal bermakna oknum atau orang. Angka 20 ialah bilangan tahun-tahun alkitabiah yang diperlukan sebelum seseorang itu dianggap dewasa sepenuhnya. Terdapat 18 uinal untuk Tun atau tahun dengan 360 hari. Jadi tahun nubuatan dicorakkan untuk membolehkan manusia berkembang secara simbolik. Lima hari disesuaikan seperti dijelaskan dalam Lampiran kepada 210A.

 

Tahun-tahun disusun untuk menyamai 100 peredaran 72 hari, atau 360 uinal (setahun bulan), berjumlah 7200 hari, yang dipanggil satu Katun. 20 Katun (tahun-tahun bulan) sama dengan 144,000 hari, yang dipanggil satu Baktun.

 

Jadi seorang pelajar Alkitab dapat nampak bahawa seluruh sistem itu ditujukan kepada pemerintahan Bintang Fajar di bawah sistem Matahari. Ini melambangkan pemerintahan Bintang Fajar atas zaman ini. Bintang Fajar semasa yang memerintah atas zaman ini ialah Iblis. Bintang Fajar Baru ialah Kristus dan umat pilihannya ialah 144,000 di bawah Rasul-rasul. Kalendar nampaknya bertujuan mengembalikan manusia sebagai tuhan-tuhan pada akhir zaman ini. Bagaimanapun, ini tidak berasaskan lunar (bulan).

 

Pusingan-pusingan Zuhal dalam kalendar merencanakan kenaikan Bintang Fajar dan meramalkan kejadiannya.

 

Justeru kalendar Maya menggambarkan sistem Matahari di bawah Iblis yang mencapai kesudahannya dalam zaman ciptaan ini, sebagai akhir Tahun Besar pada 2012. Tarikh penghabisan pada 2012 itu ditunjukkan sebagai 13.0.0.0.0 yang bererti 13 Baktun telah berlalu, iaitu 1,872,000 hari.

 

Perhitungan Tzolkin dikatakan telah bermula pada tarikh 4 Ahau dan dengan itu akan berakhir pada 4 Ahau; bagaimanapun, banyak anjuran sekarang bahawa permulaannya ialah dan kesudahannya sepatutnya pada 13 Ahau.

 

Tahun Besar berikutnya akan berada di bawah dan dilambangkan oleh Bintang Fajar Baru.

 

Penemuan-penemuan arkeologi Maya di Xultun di Guatemala yang diterbitkan pada awal 2012 menunjukkan tanpa ragu lagi daripada bangunan lengkap yang ditemui dalam pembangunan Maya terawal bahawa perhitungan Panjang dijangka berterusan selama kira-kira tujuh ribu tahun dan lama sesudah peralihan 21 Disember 2012. Mengikut tradisi orang Maya merobohkan struktur lama mereka dan membangun atas puing namun penemuan awal ini menunjukkan mereka hanya menimbus bangunan itu dan selepas itu membangun sehingga lukisan-lukisan mural lengkap tetap utuh dan kalendar serta semua perhitungan dan notasinya tetap dalam keadaan baik. Perhitungan Panjang berakhir pada 21 Disember 2012 dan berterusan untuk Perhitungan Panjang berikutnya menurut bintang fajar baru dan memperlihatkan putaran baru. Sistem Maya justeru direncana untuk berubah pada 2012 dan kelihatannya telah ditetapkan lebih seribu tahun lalu. Penemuan ini ditentukan tarikhnya oleh sains kepada abad ke 9 dan mendahului penemuan lain selama berabad-abad. Peradaban Maya menduduki Amerika Tengah dari kira-kira 2000BC hingga kemerosotan dan asimilasinya berikutan kolonisasi oleh Sepanyol mulai abad ke 15 dan seterusnya. Banyak tempat Maya awal masih tersembunyi atau tidak didaftar. Reruntuhan di Xultun mula-mula ditemui pada 1912 dan usaha-usaha pemetaan pada tahun-tahun 1920an dan 1970an telah mempamerkan banyak daripada struktur tempat itu.

 

Satu penjelasan mudah sistem-sistem berkaitan yang rumit itu ada dalam Lampiran kepada karya itu.

 

Mari kita perhatikan sekarang beberapa nubuatan berhubungan dengan 2012.

 

Nubuatan Ular Orok-orok Indian

 

Orang Indian Cherokee mempunyai satu sistem kalendar dan kepercayaan serupa dengan orang Mesoamerika. Horn pada mukasurat 311-313 karyanya merujuk kepada Nubuatan-nubuatan Ular Orok-orok atau Chikamaugan Cherokee tahun 1811-1812.

 

Nubuatan-nubuatan yang dibuat suku itu pada waktu itu dianggap kemungkinan sekali merujuk kepada kepulangan dewa ular berbulu Quetzelcoatl pada tahun 2012. Kedua-dua kalendar Maya dan Cherokee berakhir pada tahun 2012. Horn berpendapat ini terjadi apabila fenomena astronomi berhubungan dengan Musytari (Jupiter), Zuhal (Venus), Belantik (Orion) dan Kartika (Pleiades) menyebabkan “kuasa-kuasa” sistem-sistem bintang “bangun.”

 

Bahagian nubuatan ular orok-orok itu adalah seperti berikut:

 

“Pada waktu [2012] jari-jari memukul Musytari sistem bintang Belantik akan bangun. Dan Kartika dan Belantik akan berperang sekali lagi seperti dahulukala. Musytari dan Zuhal akan bangun untuk takdirnya dalam Waktu/Bukan Waktu peredaran-peredaranj. Belantik akan berperang dengan Kartika, Musytari akan berperang dengan Zuhal... Dalam tahun... 2012 suatu penjajaran akan berlaku keduanya pada kalendar Cherokee dan di bahagian langit Konstelasi Ular Orok-orok... Ini waktu tongkat ular berkepala dua. Ini waktu merah Belantik dan Musytari yang berlawanan putih biru Kartika dan Zuhal... Pada tahun ... 2012 Konstelasi Ular Orok-orok Cherokee akan mengambil bentuk lain. Ular itu sendiri akan kekal, bagaimanapun, pada Ular Orok-orok itu akan ditambah bulu-bulu kepalanya, matanya akan terbuka dan bersinar-sinar, sayap-sayap akan timbul sebagai ular orok-orok bersayap. Ini akan mempunyai tangan dan lengan dan di dalam tangannya ada cawan. Cawan itu akan berisi darah. Pada ekornya yang ada tujuh giring-giring itu nanti ada sinar-sinaran dan gerakan Kartika.

 

Ular Orok-orok itu akan menjadi ular berbulu atau ular orok-orok berbulu Waktu/Bukan Waktu [Quetzalcoatl?].

Pada Ular Orok-orok itu juga ialah Bimasakti. Suatu penyeberangan Bimasakti akan dilihat pada waktu-waktu ini [2012]. Kalendar Cherokee akan berakhir pada tahun 2012... [dengan] kedatangan si Pucat sekali lagi.”

 

Hujung Kalendar orang Maya umumnya dianggap 21 Disember 2012 dengan begitu juga dengan Cherokee. Tanda-tanda perbintangan ini sungguh dramatik dan kepulangan ular berbulu itu dijadualkan untuk waktu ini dan Iblis Setan sedang menggunakan urutan ini untuk menangani pertubuhan Nabi Palsu dan Antikristus. Tokoh Agama menyokong tokoh Politik.

 

Tempoh penubuhan berdasarkan perbualan latar belakang daripada para pemerhati bintang adalah dalam tahun Harimau ini kira-kira pada Disember dan akan bangkit sampai 2012 daripada nubuatan-nubuatan lain ini.

 

2012 dan orang Aztec

 

Penemuan Batu Kalendar Aztec di Mexico di tapak lama Kuil Tenochtitlan di bawah Katedral Kota Mexico, yang pada tempat letaknya menyaksikan penjelasan lanjut tarikh itu. Orang Sepanyol telah menguburnya di situ dan ini ditemui kembali pada 1790. Tarikh 21 Disember 2012 ialah penghujung Zaman Kelima dewa Matahari Tonatiuh yang bermula pada 3114 BCE seperti juga sistem Maya. Tonatiuh menuntut korban manusia (lebih 20,000 setahun) selain menyampaikan nubuatan-nubuatan penting. Dia juga dikenali sebagai Tuan Tiga belas hari (1 Death hingga 13 Flint). Ini juga keramat kepada orang Masuni (Freemason).

 

Kedua-dua orang Aztec dan Maya percaya bahawa Zaman Pertama atau Matahari Pertama ialah waktu orang-orang raksasa hidup atas bumi dan mereka dihapuskan oleh satu banjir besar.

 

Zaman Kelima dan terakhir ini berakhir pada 21 Disember 2012.

 

Horn mempunyai seksyen baik tentang aspek ini bermula mukasurat 278 seterusnya. Dalam seksyen itu dia menunjukkan bagaimana orang Jesuit dan Masuni (Freemason) bekerja seiringan untuk menghiasi Kubah Ibu Kota di Washington DC dengan simbol-simbol alam ghaib (occult) yang ditemui di Mexico.

 

Kubah Ibu Kota dan Obelisk

 

Kubah Ibu Kota dan Obelisk digunakan untuk tujuan mendewakan tiap pengikut ilmu ghaib yang berpangkat tinggi kepada tahap dewa. Setiap presiden didewakan dan naik ke dalam Rahim Isis yang sebenarnya merupakan tujuan Kubah itu dan hiasannya. Setiap upacara sejak upacara untuk Washington hanyalah untu menyaksikan mereka mencapai apoteosis mereka atau pendewaan mereka dan tiap upacara hanyalah persiapan untuk apoteosis terakhir pada 2012. Ukuran-ukuran obelisk itu adalah berdasarkan angka 666.

 

Kubah dan obelisk itu mewakili Isis dan Osiris; dasar-dasar perempuan dan lelaki. Obelisk di St Peters tepat sama dengan apa yang ada di Heliopolis Kuil di On, dan yang dibaktikan kepada Ra/Osiris dan juga Isis. Kubah dan obelisk di Capitol mewakili sistem sama. Bulatan-bulatan di sekeliling obelisk-obelisk itu mewakili organ perempuan Isis dengan Lingga Osiris naik daripadanya tegak.

 

Kubah Capitol dilukis oleh Brumidi, orang Itali yang mengatur dan bekerja di bawah kawalan Jesuit. Dia dihantar ke Kota Mexico ke Katedral itu untuk menyalin batu Kalendar Aztec dan dia melakukannya. Dia pulang ke Washington dan mula bekerja untuk kumpulan Masuni dalam penghiasan siling Kubah itu pada mana dia melukiskan semua dewa pagan dan batu kalendar Aztec itu yang berakhir pada 2012. Ini tidak berasal daripada orang Maya tetapi orang Toltec dan berakhir pada waktu sama. Orang Jesuit bekerja seiringan dengan orang Masuni dan telahpun berabad-abad berbuat demikian. Konflik adalah dongeng.

 

Tiada sangsi bahawa mereka semua tahu dan mereka semua menghormati dewa-dewa pagan yang diwakili. Mayat Washington tidak pernah ditempatkan di situ. Ini ialah simbol berterusan Apoteosis atau pembuatan dewa dan kebangkitannya ke langit sebagai seorang dewa. Terdapat tiga tingkat di situ sama seperti adanya tiga kamar dalam piramid-piramid di Mesir.

 

Pelbagai Aspek

 

Tahun 2012 mempunyai signifikan bagi pengikut Satanis dan pengikut ghaib Masuni dan kami akan memeriksa aspek-aspek itu.

 

Kita aka perhatikan simbolisme ghaib 2012 daripada aspek-aspek Kabbal daripada Zohar dan selepas itu daripada simbolisme ghaib Masuni seperti yang juga termaktub di Vatican.

 

Tahun 2012 juga ditemui dalam rekonstruksi I Ching atau Buku Perubahan apabila satu graf dibuat daripada urutan-urutan Buku Perubahan itu berdasarkan komentar Wen Yen. Ini dibuat daripada struktur 64 heksagram.

 

Dibuat pada 1973 apabila Terrence dan Dennis McKenna menghasilkan karya ini, ini bebas daripada apa-apa pengetahuan tentang Kalendar Maya.

 

Fluktuasi-fluktuasi berlaku dan fasa terakhir terjadi bertepatan dengan 11 September 2001 dan hilang daripada graf itu pada 21 Disember 2012. Waktu ini kelihatannya seperti kebakaran besar yang diperuntukkan untuk Zaman Akhir.

 

Projek Web bot

 

Projek Web bot yang baru dibentuk telah mengutip perbualan latar belakang di internet dan mula menghasilkan tarikh-tarikh malapetaka. Ini meramalkan September 11, 2001 pada Jun 2001, dan meramalkan kemusnahan global pada akhir Disember 2012 (Horn, ms 309).

 

Perkara yang mungkin sekali ialah peristiwa-peristiwa September 11 telah dibincangkan dalam trafik internet dan web bot itu mula mengumpulkan data latar belakang itu.

 

2012 dan Zohar

 

Karya Kabbalis Zohar telah dihasilkan lebih 700 tahun lalu dan ditulis dalam bahasa Aramaik zaman pertengahan. Ini mengandungi komentar mistik mengenai Pentateuch (lima kitab pertama Alkitab). Sebagai tambahan kepada komentar mengenai Kitab Suci dalam Seksyen “Vaera” (Vo. 3, sek. 34) termasuk “Tanda-tanda yang membentarakan Mashiach (Mesias).” Zohar meramalkan kemunculan Mesias pada akhir 2012. Justeru kita boleh jangkakan bahawa Antikristus akan diperkenalkan dan diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2012. Para pengikut Kabbalis tidak mengakui Kristus sebagai Mesias dan dipengaruhi ilmu ghaib secara ekstrim. Horn sendiri mengatakan ini mungkin perkenalan Antikristus. Dia berkata bahawa dia telah mengadakan satu perbincangan dengan J.R. Church daripada Prophecy News berkenaan Zohar pada ayat-ayat 476 – 483 yang berpendapat bahawa itu menandakan Waktu Kesusahan Yakub, Kesusahan Besar, yang menurut Zohar, akan bermula pada 2012 (Horn, ms 313).

 

Ini akan bertepatan dengan pewaktuan deklarasi Mesias Palsu dari 2010-2012 seperti diperincikan dalam naskah Mesias Palsu (No. 067B) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p067b.html.

 

Paus yang berikutnya juga, Peter orang Rom, bakal menjadi paus terakhir memimpin pada waktu kemusnahan Rom (lihat naskah Paus Terakhir (No. 288) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p288.html.

Semua peristiwa ini nampaknya akan terjadi pada waktu sama.

 

Dinamakan Pius XIII, menurut nubuatan Katolik, dia akan meninggalkan Rom dengan melangkahi mayat-mayat para paderinya. Angka 13 ialah angka esoterik dan ghaib dan merupakan angka penderhakaan.

 

Tahun 2012 juga akan menjadi penghujung zaman itu, dan komen-komen dalam Matius 24 tentang zaman Nuh dianggap bermakna langit akan bergolak besar seperti mana keadaannya pada waktu Nuh dan penghujung Aeon atau zaman yang satu itu.

 

Dasar 2012 dalam nubuatan

 

Apakah yang begitu signifikan tentang 2012 bagi Bani Derhaka dan kenapakah angka-angka ghaib lain begitu penting? Bagaimana semua itu menjadi termaktub dalam falsafah dan teologi Ilmu Ghaib?

 

Iblis mengetahui panjang waktu yang diberikan kepadanya. Ini ditentukan oleh Kalendar Tuhan.

 

Sistem Yobel

 

Kita sekarang akan melihat bagaimana sistem yobel bekerja dan apakah signifikansnya dalam nubuatan.

 

Tahun-tahun yobel berjalan dalam urutan 27 dan 77 era semasa, dan BCE ini berada dalam 24 dan 74 BCE.

 

Cara dengan mana yobel-yobel boleh dihitung dan dikenalpasti diterangkan dalam naskah Membaca Hukum dengan Ezra dan Nehemia (No. 250) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p250.html dan juga dalam naskah Makna Penglihatan Yehezkiel (No. 108) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p108.html.

 

Tuhan tidak memberi kita hukum-hukum yang kita tidak dapat patuhi dan segalanya untuk Pemulihan Hukum dan Kesaksian sudahpun terkandung dalam Kitab Suci.

 

Peredaran lima puluh tahun terdiri daripada tujuh set kitar tujuh tahun dan dalam tahun keenam kitar ketujuh kita diberikan tuaian tiga kali ganda untuk menampung kita melalui tahun Sabat Ketujuh dan tahun Kelima puluh Yobel. Tahun Yobel ditiupkan dari Pendamaian Tahun Sabat sampai Pendamaian Tahun Yobel. Dari Pendamaian tahun Kelima puluh semua tanah dipulihkan dan tanah dibajak dalam tahun “kelapan” itu untuk membolehkan tuaian dalam Abib tahun kesembilan iaitu tahun pertama yobel baru. Urutan ini diterangkan secara terperinci dalam naskah Kalendar Tuhan (No. 156) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p156.html dan naskah Pemberian Persepuluhan (No. 161) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p161.html.

 

Dalam abad kedua BCE kelompok proto-Farisi yang telah dipengaruhi oleh orang Gnostik di Alexandria memperkenalkan satu urutan yobel 49 tahun palsu dan telah cuba memutuskan urutan hukum dan peredaran-peredaran sejak waktu itu. Penyimpangan itu dan kaedah-kaedah serta pewaktuannya diterangkan dalam naskah Penyimpangan Kalendar Tuhan di Yehuda (No. 195B) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p195b.html.

 

Karya-karya Josephus mencerminkan penyimpangan ini yang mana dia, sebagai seorang Farisi, cuba memasukkan pandangan-pandangan mereka tetapi terpaksa menyatakan dekri-dekri Rom bila ini dibuat yang menunjukkan Kalendar Bait betul dan naskah itu menampakkan fakta itu seperti juga bukti arkeologi yang kami sudah temui, yang bertepatan dengan kalendar Bait.

 

Pengertian yobel-yobel ini dan pembahagiannya adalah penting kepada pemahaman rencana Tuhan. Yobel-yobel ini cocok dengan struktur minggu penciptaan. Kitar-kitar yobel dimulakan dari permulaan pemerintahan Iblis sesudah penutupan Eden.

 

Kronologi Alkitab menetapkan penciptaan Adam dan Hawa dalam tahun 4004 BCE. Kronologi Usshur dikeluarkan dengan versi 1611 KJV.

 

Bagaimanapun, Iblis tidak diberikan penguasaan penuhnya sehinggalah selepas itu. Iblis diberikan enam ribu tahun untuk memerintah bumi ini sebagai ilah zaman ini (lihat 2 Kor. 4:4). Jemaat-jemaat Tuhan telah sentiasa mengerti bahawa minggu ialah enam hari bekerja dan hari ketujuh atau Sabat mewakili pemerintahan milenium Yesus Kristus. Hari-hari ini difahami mewakili seribu tahun seperti apa yang Petrus katakan dalam teksnya (2 Pet. 3:8). Satu Hari sama seperti seribu tahun di hadapan Tuhan dan seribu tahun sama seperti satu hari.

 

Sekiranya kita mengambil pemerintahan enam ribu tahun Iblis dari 4004 pada penciptaan Adam maka kita sampai pada tahun 1996/7 dan Milenium sepatutnya telah bermula. Bagaimanapun, Adam tidak boleh dihakimi di bawah hukum kerana dia belum lagi mencapai umur tiga puluh. Dia dicipta sebagai seorang dewasa (iaitu pada umur dua puluh tahun) tetapi dia harus diberikan tiga puluh tahun untuk matang sebelum dia boleh dihakimi sama seperti Kristus diberikan tiga puluh tahun.

 

Kristus dibaptis dan diuji pada tahun 27 CE yang diumumkannya sebagai Yobel atau “tahun diperkenan Tuhan” dan dia kemudiannya pergi untuk diuji. Pada tahun 3976 BCE Adam diuji dan dia gagal dan taman itu ditutup. Urutan yobel-yobel bumi terkutuk bermula. Selama tempoh pertama 40 yobel bumi diberi masa untuk bertaubat dan ia tidak berbuat demikian dan Tuhan memusnahkan dunia sebelum banjir itu dan selepas itu memanggil Abraham dari Ur Kasdim untuk bersiap bagi kedatangan Mesias yang bakal dijelmakan sesudah 40 yobel berikutnya. Tuhan kemudian menubuhkan jemaat sebagai Bait Tuhan dan memberinya empat puluh yobel dalam padang gurun. Enam ribu tahun dan pemerintahan Iblis berakhir pada tahun 2027. 120 yobel ini ialah enam ribu tahun itu. Yobel 49 tahun merupakan satu serangan iblis supaya Jemaat Tuhan diperdaya dan tidak mengerti rencana Tuhan. Tuhan memberi kita dua saksi, atau lebih tepat lagi empat saksi tetapi satu dikumpulkan dalam tiga. Satu daripada saksi-saksi itu adalah dalam kehidupan Musa dan satu lagi ada dalam Pemerintahan Raja-raja Israel. Signifikans ini diterangkan dalam naskah-naskah Pemerintahan Raja-raja Bahagian I: Saul (No. 282A) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p282a.html; Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud (No. 282B) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p282b.html; dan Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p282c.html.

 

2012 dalam sistem orang China

 

Bukannya kebetulan yang sistem ini ditetapkan supaya Tahun 2012 merupakan tahun Naga dan 2013 ialah tahun Ular. Tempoh konflik daripada Tahun Harimau pada 2010 ialah permulaan konflik dan perjuangan sampai 2013. Pengikut Ilmu Ghaib dan pengikut Satanis percaya mereka akan menguasai dunia pada 2013.

 

Rencana Iblis

 

Kita tidak perlulah sangat bijak untuk sedar, sebaik saja kita mengetahui yobel-yobel itu, apa yang Iblis ingin lakukan. Alkitab memberitahu kita dia ingin memusnahkan dunia ini dan dunia akan jatuh ke dalam kegelapan. Iblis tahu daripada Alkitab bahawa Kristus diutus untuk memendekkan waktunya jika tidak tiada seorangpun akan masih hidup.

 

Daripada Kejatuhan Yerikho dan perintah-perintah Mesias sebagai Panglima Tentera Tuhan dia tahu bahawa Kristus harus ada di sini sebelum Tahun Sabat sebelum Milenium. Untuk pengertian nubuatan ini perhatikan naskah Kejatuhan Yerikho (No. 142) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p142.html.

 

Iblis tahu bahawa Hukum harus dibacakan sebagai saksi dan bahawa Tuhan tidak berbuat apa-apa melainkan Dia memperingatkan umatNya melalui hamba-hambaNya para nabi. Dalam Zaman Akhir ini dia menggunakan jemaat. Hukum telah dibacakan pada dua tahun Sabat sebelumnya iaitu 1998 dan 2005. Tahun Sabat berikutnya ialah 2012 dan Hukum akan dibacakan sekali lagi pada tahun itu. Ini bakal menjadi kali ketiga hukum dibaca pada tahun Sabat. Dari Bulan Baru Bulan Kelapan Iblis diizinkan melepaskan Antikristus dan Nabi Palsu ke atas dunia. Dia mempunyai antara 21 Disember 2012 dan Kedatangan Mesias selewat-lewatnya Sangkakala 2019 untuk memperdaya seluruh dunia dan memusnahkannya.

 

Justeru dia tahu bahawa tempohnya tamat Dua Saksi itu akan datang untuk bersaksi terhadapnya. Elia akan memulihkan segala sesuatu, termasuk Neksus Hukum. Dengan itu apabila Elia sudah datang dan memulihkan neksus hukum pemerintahannya tamat secara efektifnya. Fakta ini memberi kita sebab untuk mempunyai optimisme mengenai waktu itu. Bagaimanapun, para pengikutnya akan terus berjuang.

 

Rencananya adalah untuk menghasilkan Penipuan Besar pada akhir waktunya supaya umat pilihan sekalipun akan terpedaya kalau mungkin. Jadi dia tahu dari mula apakah urutan keakhiran itu dan waktu Neksus Hukum itu akan dipulihkan dan tempoh pemerintahannya akan berakhir. Dia menetapkan 2012 sebagai permulaan kesudahan pekerjaannya dan tahun yang dia tetapkan untuk hamba-hamba pengikut ilmu ghaibnya untuk melaksanakan kehendaknya dan memperdaya bangsa-bangsa untuk menundukkan mereka sepenuhnya.

 

Dengan itu semua karya ilmu ghaib harus cocok dengan rencananya dan menuruti bilangan-bilangannya dan sistemnya sebagaimana dibataskan oleh Tuhan. Dari tahun itu kemusnahan planet ini dan penundukan mutlaknya dirancangkan.

 

Tujuan-tujuan Rencana Iblis

 

Rencana-rencana Iblis dinyatakan melalui ucapan-ucapan para hambanya dalam ilmu ghaib.

 

Jeneral Amerika, Albert Pike, telah dibujuk ke dalam Illuminati oleh Guiseppe Mazzini. Pada 1871, Pike, sebagai Komander Besar Tertinggi (Sovereign Grand Commander) darjah ke 33 bagi upacara Scottish daripada Jurisdiksi Selatan Masuni, yang mana dia dipilih pada 1859, selesai menyiapkan cetak biru ketenteraannya untuk tiga perang dunia dan berbagai revolusi di seluruh dunia.

 

PDI: Tujuan: Menghapuskan Tsar Rusia dan dijanjikan oleh Nathan Mayer Rothschild pada 1815. Tsar akan digantikan dengan Komunisme yang akan digunakan untuk menyerang agama-agama terutamanya Kekristianan. Perang ini ditimbulkan dengan melagakan orang British dan Jerman untuk saling berlawan.

 

PDII digunakan untuk menimbulkan kontroversi antara Fasisme dan Sionisme Politik. Bencana Holocaust digunakan untuk memajukan sentimen anti-Jerman. Tujuannya adalah untuk memusnahkan ciptaan Fasisme Rothschild dan menambahkan kuasa Zionisme dan juga untuk meningkatkan kuasa Komunisme untuk menyamai gabungan dunia Kristian.

 

Gabungan dunia Kristian pada masa yang sama akan dimasuki para pengikut Ilmu Ghaib dan Illuminati di semua tempat dan pada semua peringkat. AS merupakan satu kunci dalam salah guna keiblisan ini terhadap Kekristianan dan begitu juga kepaderian Roman. Tempoh selepas PDII digunakan untuk memajukan aspek ini dengan efektif sekali. Aspek-aspek ini tidak didedahkan asalnya sebagai sebahagian daripada rencana Pike itu tetapi merupakan latar belakang rencana Iblis untuk hasil akhir yang akan kita bincangkan sekejap lagi.

 

PDIII akan digunakan untuk memainkan orang Muslim dengan melawan pihak Zionis politik, dan memusnahkan dunai Kristian dengan konflik-konflik cetusan yang dipaksa oleh pengikut-pengikut ilmu ghaib di kalangan pemimpin dan golongan penguasa mereka ke dalam keadaan kelesuan mental, jasmaniah, rohaniah dan ekonomi.

 

Pada 15 Ogos 1871 Pike menulis sepucuk surat, kini dalam Muzium British, kepada Guiseppe Mazzini yang menyatakan berikut:

“Kita akan melepaskan orang nihilis dan ateis dan kita akan cetuskan satu bencana sosial besar yang dengan seluruh kengeriannya akan menunjukkan dengan jelas kepada semua negara kesan-kesan ateisme mutlak: asal usul kebuasan dan huru-hara paling berdarah.

 

Kemudian di semua tempat, orang-orang akan dipaksa mempertahankan diri mereka terhadap minoriti dunia para revolusioner dunia dan akan menghapuskan para pembinasa tamadun itu dan kumpulan orang ramai yang kecewa dengan Kekristianan yang roh-rohnya akan sejak itu tidak mempunyai tujuan dan kepimpinan dan mengingin sekali suatu ideal, namun tanpa mengetahui ke mana untuk mengirim pujaannya, barulah terang sebenar melalui manifestasi universal doktrin murni Lucifer akhirnya dibawa kepada pandangan umum.

 

Suatu manifestasi yang akan terhasil daripada gerakan reaksionari umum yang akan menyusuli kemusnahan Kekristianan dan Ateisme; kedua-duanya ditakluki dan dihapuskan pada waktu yang sama.” (lihat juga A.C. Hitchcock, The Synagogue of Satan, RCP 2009, ms 73-75)

 

Pike merupakan pengikut Freemason (Masuni) paling kuat di Amerika dan kekal begitu sehingga 1891.

 

Dalam karyanya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Rite of Scottish Freemasonry Pike dengan jelas menyatakan tujuan-tujuan keiblisan Masuni. Dia berpendapat upacara itu ialah pemujaan Lucifer tetapi pengetahuan sebegitu terbatas kepada pegawai-pegawai darjah ke 28 sampai ke 32.

 

Dia berkata dalam Morals and Dogma, “Nama sebenar Lucifer, orang Kabbalis berkata, ialah nama Yahweh diterbalikkan: sebab Iblis bukan tuhan hitam, tetapi peniadaan Tuhan...Bagi calon-calon anggota ini bukanlah satu Oknum tetapi satu Kuasa, dicipta untuk kebaikan, tetapi boleh bertindak untuk kejahatan. Ini ialah instrumen Kebebasan dan Kehendak Bebas...

 

LUCIFER, pembawa Terang! Nama aneh dan pelik diberikan kepada Roh Kegelapan! Lucifer, Anak Pagi! Dialah yang membawa Terang, dan kegemilangannya yang tak tertahan membutakan Jiwa-jiwa lemah, berhawa nafsu atau mementingkan diri? Jangan raguinya!” (ibid., ms 75).

 

Jangan sangsi bahawa tiga perang dunia ini telah dirancang 120 tahun lalu oleh seorang Masuni Amerika di Amerika dan sistem itu sejak waktu itu telah bekerja untuk tujuan itu dan begitu juga semua waris dan orang suruhannya.

 

Tindakan-tindakn masa kini terhadap Islam hanyalah satu peristiwa yang sudah lama dirancang dan histeria yang dibangkitkan terhadap Islam dan Komunisme di Barat daripada AS merupakan satu strategi terancang para pengikut ilmu ghaib dalam pelayanan Iblis dari AS yang dibantu oleh mereka dalam Komanwel British.

 

Struktur Numerikal Ilmu Ghaib

 

Nombor-nombor yang tinggi signifikansnya bagi Bani syurgawi derhaka ialah 33 dan 13. Angka 33 diperolehi daripada fakta bahawa Iblis mengambil sepertiga atau 33.33 ulangan Bani Syurgawi. Itulah sebabnya kompas dan segiempat sama ditetapkan untuk menunjukkan 33 yang juga merupakan pangkat Freemason tertinggi dalam sistem ilmu ghaib mereka. Ini mewakili bilangan Bani derhaka.

 

Bani itu turun di Ardis puncak Gunung Hermon. Ini dipilih kerana berada di latitud 33.33 dan 2012 batu dari khatulistiwa 0 darjah. Justeru simbol-simbol itu cocok dengan struktur Bani Derhaka dan rangka waktu yang diberikan dan direncanakan kepada mereka.

 

Karya ghaib terpenting ialah 3 Henokh dan merupakan saksi paling penting terhadap mereka. Henokh diubah menjadi tokoh ghaib Metatron dan tokoh ini mewakili satu pengetahuan esoterik tahap lebih tinggi kepada iblis setan. Sebagai Metatron, Henokh menjadi “Malaikat dalam Angin Badai.” Pengikut ilmu ghaib awal merupakan ahli nujum taat dan mereka menubuhkan sebuah kumpulan ghaib khas dengan panitia 300 orang sebagai orang elit termaklum.

 

Bentuk mistikisme ini berada di sebalik korban anak-anak dan upacara agama di sebalik upacara Bohemian Grove dan pembakaran ritual mayat anak-anak atau patung yang dipanggil “Dull Care”.

 

Apabila ahli astronomer awal, yang sebenarnya ahli nujum, menetapkan grid dalam darjah longitud (garis bujur) longitud 0 darjah ditetapkan pada satu titik 2012 batu ke barat Gunung Hermon supaya titik penurunan merupakan 33.33 darjah longitud dan 33.33 darjah latitud.

 

Semuanya berkenaan kalendar dan sistem mereka ditentukan sekitar angka-angka ini. Justeru rencana jangka panjang dijalankan prosesnya beribu tahun lalu. Mereka merancang sekitarnya kerana itulah apa yang Tuhan telah berikan kepada mereka sebagai satu batas waktu.

 

Retrovirus, pandemik dan Bangsa-bangsa

 

Sebahagian daripada perang Bani derhaka nanti adalah dalam penggunaan kemusnahan spesis manusia dengan retrovirus dan pandemik. Semua masalah ini akan sengaja didorongkan oleh pengikut Satanis menggunakan kepentingan-kepentingan farmaseutikal mereka. Mereka akan menyebabkan pengurangan signifikan populasi manusia dengan cara-cara ini. Objektifnya adalah untuk menurunkan populasi dunia ke bawah 500 juta, begitulah andaian pengikut Satanis, tetapi objektif iblis sebenar adalah untuk menghapuskan populasi manusia sepenuhnya.

 

Di Menara Babel satu peristiwa amat bermakna terjadi dan seluruh umat manusia dikelirukan bahasa mereka dan mereka nyata berubah dengan menukarkan bibir mereka dan dengan itu bahasa mereka (Kej. 11:1-9). Ini dilakukan oleh Yahovah.

 

Cara termudah untuk mencapai ini hanyalah dengan mengubah DNA bangsa-bangsa dengan retrovirus.

 

Tujuannya adalah untuk membubarkan mereka dan melambatkan perkembangan mereka.

 

Sememangnya Horn berdebat bahawa Kejadian 10:8 mengatakan yang Nimrod mula-mula gagah perkasa di hadapan Tuhan yang diperolehi daripada perkataan di Gibbowr (SHD 1368) yang digunakan bagi Nefilim bermakna bahawa dia mengalami distorsi genetik dan telah mula menjadi seorang Nefilim (Horn, ibid., ms 194-195).

 

Bagaimana sekalipun, mutasi genetik dengan retrovirus dan radiasi bukan saja mungkin tetapi juga hampir pasti.

 

Pengurangan populasi sudahpun dinyatakan oleh pengikut-pengikut ghaib elit ini sebagai satu objektif.

 

Teks dalam Kejadian 6:2 mengatakan bahawa Anak-anak Ha Elohim atau Anak-anak TUHAN mengambil bagi mereka anak-anak manusia. Mereka ditentukan sebagai tambahan cocok proses reproduksi untuk anak-anak Tuhan ini.

 

Justeru diperdebatkan bahawa Nefilim atau keturunan makhluk-makhluk ini menyebabkan gangguan Genetik spesis Manusia iaitu apa yang dibayangkan daripada teks-teks itu dan Kitab Henokh, dan Kitab Yobel meneruskan pandangan ini. Ini dinyatakan dalam Kitab-kitab Henokh (1 Henokh 10:3-8), Yobel, Baruch, Genesis Apochryphon dan diberi komen oleh Philo dan Josephus dan kita juga temuinya dalam kitab Jasher di 4:18 yang mana ini jelas menyatakan bahawa campuran spesis-spesis binatang itu dibuat untuk membangkitkan kemarahan Tuhan.

 

Tidak ragu lagi bahawa Nuh diselamatkan kerana dia tidak merosakkan DNAnya yang mana dia murni dalam keturunannya.

 

Pendapat orang dahulukala mengenai ini ialah Para Pemerhati telah mula bereksperimen dengan pencampuran binatang-binatang dan dihukum kerana itu di samping membiak dengan kaum perempuan manusia. Nampaknya makhluk-makhluk ini mula mengambil kaum perempuan dan mengubah DNA spesis manusia dengan DNA binatang atau struktur-struktur sebegitu berserta dengan sistem atau alat-alat mereka sendiri.

 

Eksperimentasi dengan DNA binatang dan manusia kini sedang menuju ke arah itu kepada kesudahan yang sama seperti ketika Nefilim dihapuskan.

 

Kita dapat menjangka untuk melihat perkara sama berlaku sekali lagi. Ini kini melalui eksperimentasi dan ilmu robotik sedang digunakan untuk organisme sibernetik dalam perang sekarang ini.

 

Sains ini akan digunakan sekali lagi untuk memperluaskan tujuan dan pemerintahan Iblis Setan.

 

Horn menambah pandangan ini dan mengutip pengikut-pengikut ilmu ghaibnya dalam pandangan ini:

“Osiris akan bangkit dalam kegemilangan daripada mati dan memerintah dunia melalui orang bijaksana dan ahli falsafah dalam siapa kebijaksanaan telah menjelma” (Manly P. Hall, Freemason darjah ke 33).

 

“Dunia akan segera datang kepada kita untuk Raja-rajanya dan Uskup-uskupnya. Kami akan menjadi keseimbangan Alam Semesta, dan penguasa-penguasa atas Tuan-tuan Dunia” (Albert Pike, Komander Besar Tertinggi bagi Masuni Upacara Scottish).

 

Akulah Kelmarin dan Akulah Hari ini, dan Aku mempunyai kuasa untuk dilahirkan kedua kali (Dihubungkan dengan Osiris daripada Egyptian Book of the Dead (kutipan daripada Horn, ibid., ms 181).

 

Book of the Dead atau Kitab Maut itu sebenarnya menyatakan bahawa Osiris telah hidup kembali, dan dalam terjemahan E.A. Wallis Budge untuk Kitab Maut (Arkana 1986) dia mengatakan dalam Bab XVIII (ms 116) dalam nota kaki 2 bahawa satu “Tet” dipasang pada peringatan tahunan kebangkitan tubuh Osiris yang diadakan tiap tahun di Mendes. Satu Tet ditunjukkan dalam gambar vignette dalam bab CLV pada mukasurat 521 ibid., yang menyusuli doa-doa kepada Osiris untuk Kebangkitan pada mukasurat 518-520.

 

Justeru para pengikut Satanis menganggap mereka mempunyai kuasa atas kebangkitan dan akan menguasai Alam Semesta secara berterusan.

 

Dengan itu, perang yang bakal tiba itu, bagi mereka, merupakan satu perjuangan sampai mati untuk penguasaan alam ciptaan.

 

Meterai Besar AS

 

Pada 1933 Presiden Franklyn Delano Roosevelt (dikatakan Rosenfelt seorang keturunan Claes Martenzen van Roosevelt, seorang Yahudi Sephardic Belanda yang berpindah ke AS) memesan bahagian terbalik Meterai Besar dengan Mata Horus dan motto Novus Ordo Seclorum diletakkan pada belakang Wang Kertas Dolar AS.

 

Meterai AS mempunyai satu siri simbol ghaib dan helang itu sebenarnya burung feniks seperti ditunjukkan model-model awal. Saya tidak akan membincangkan semua simbolismenya di sini tetapi cukuplah dengan Tutup batu (Capstone) yang ditanggal dan mempunyai mata Horus diletakkan padanya dan tujuh puluh dua batu.

 

Tujuh puluh dua batu itu mewakili anak-anak Tuhan dalam teks asal Ulangan 32:8 yang diubah oleh Sopherim Kabbalis untuk menyembunyikan Bani Syurgawi. Tujuh puluh dua ini bertanggungjawab atas bangsa-bangsa dan rencananya adalah untuk memanfaatkan mereka dengan penggunaan ghaib Tetragrammaton sebagai nama Tuhan supaya mereka dikawal dan dunia dimanfaatkan untuk tujuan ghaib oleh para pengikut Satanis ini.

 

Angka 1776 bukanlah tarikh sesuatu peristiwa walaupun ini ialah tarikh penubuhan Illuminati oleh Adam Weishaupt.

 

Tarikh itu digunakan untuk mengumumkan Mesias daripada Orakel Sibylline sebagai dua makhluk menggunakan nilai-nilai numerikal Sybil untuk nama Mesias. Bilangan Dewa Appollo sebagai Mesias disifatkan sebagai 888. Dua mesias 888 + 888 = 1776. Justeru 1776 digunakan sebagai tarikh untuk mengumumkan persiapan waktu perubahan daripada Mesias Kristus kepada kebangkitan Appollo di bawah pengikut Satanis pada 2012. AS dibentuk khusus untuk tujuan ini.

 

Orakel ini menyatakan dalam Buku 1: 324-333:

Maka sesungguhnya anak Tuhan agung akan datang, menjelma, menjadi seperti manusia fana di bumi, mempunyai empat huruf vokal dan konsonan dalamnya ada dua. Saya akan menyatakan dengan jelas seluruh nombor itu untuk kamu. Lapan unit dan lapan sepuluh sebagai tambahan kepada ini dan lapan ratus akan menyatakan nama itu kepada orang yang kenyang dengan ketidaksetiaan. Tetapi kamu mempertimbangkan dalam hatimu anak Sang Mahatinggi, Tuhan Abadi. Dia akan memenuhi hukum Tuhan – dia tidak akan membinasakannya – mempunyai keserupaan yang cocok dengan taip, dan dia akan mengajar segalanya....(terjemahan J.J. Collins dalam James H. Charlesworth ed. The Psedepigraphical Writings, Vol. 1, Sibylline Oracles 1, ms 342 1:324-333).

 

Seperti yang kita nampak pengikut Satanis telah cuba menggunakan nombor 888 daripada Orakel Sybilline untuk menyalin Mesias dan menggantikannya sebagai kedatangan kembali dewa Appollo, dan dengan itu waktu diperpanjangkan dari 1776 sampai 2012 dan untuk tujuan itu AS diasaskan.

 

Terdapat beberapa karya baik tentang subjek ini dan Horn ialah satu contoh baik.

 

Meterai Besar AS ialah puncak simbolisme persatuan-persatuan Ilmu Ghaib yang bekerja dari dalam kumpulan Masuni dan sekutunya Illuminati dan persatuan-persatuan rahsia secara umumnya.

 

Horn mengutip Manly P. Hall (Grand Master darjah ke 33):

“Bukan saja ramai daripada pengasas Kerajaan Amerika Syarikat merupakan Masuni, tetapi mereka menerima bantuan daripada sebuah badan rahsia dan mulia yang wujud di Eropah, yang membantu mereka menubuhkan negara ini untuk satu tujuan khusus dan istimewa yang hanya diketahui sedikit anggota dibenarkan. Meterai Besar itu ialah tandatangan badan yang agung ini --  tidak kelihatan dan kebanyakannya tidak diketahui – dan piramid tidak siap di sisi sebaliknya merupakan keadaan trestleboard untuk secara simboliknya tugas terhadap pencapaian untuk apa Kerajaan Amerika Syarikat dibaktikan sejak hari permulaannya.” (Horn, ibid., ms 123)

 

Jadi tiada keraguan bahawa AS ialah instrumen Pakatan Dunia Baru dan perbudakan masyarakat manusia. AS dan Britain ialah lengan-lengan Tentera kuasa Binatang itu; sekurang-kurangnya buat masa ini dan sehingga mereka tidak berguna lagi.

 

Motto Pakatan Dunia Baru untuk meterai itu sebenarnya satu motto untuk pembentukan kembali zaman orang purba di bawah kultus-kultus Misteri yang sebenarnya satu penurunan dalam tradisi daripada Nimrod kepada Osiris dan anaknya atau makhluk yang dihidupkan kembali, Horus. Dialah dewa Apollo dan seterusnya kepada berbagai dewa kultus-kultus misteri dalam siapa dia digambarkan sebagai Dewa yang hampir mati dan Makhluk yang Dihidupkan Kembali. Mereka semuanya dewa-dewa yang sama – Osiris, Apollo, Adonis, Attis dan Nimrod. Apolion dalam Wahyu diandaikan sebagai dewa ini yang datang kembali (lihat juga Charles Penglase, Greek Myths and Mesopotamia: Parallels and Influence in the Homeric Hymns and Hesiod). Penglase menghubungkan dewa-dewa ini bersama dan mengesan mereka balik kepada Ninurta, Raja Enmerkar Uruk, atau Nimrod (lihat juga Peter Goodgame, The Giza Discovery dan juga Horn, loc. cit., ms 135).

 

Itulah sebabnya kenapa sistem AS begitu terkunci dengan sistem Binitarian/Trinitarian Attis, Adonis, Osiris, Baal dan semuanya meresapi setiap organisasi yang mereka dapat untuk memaksa kepatuhan. Ini mungkin sekali dasar rujukan-rujukan oleh para pendeta WCG kepada sistem-sistem Mesoamerika yang mereka pandang dengan baik.

 

Dewa yang digambarkan sebagai Horus itu ialah tuhan bangkit yang pengikut Satanis percaya ialah Dewa Datang Kembali yang merupakan “anak ilahi” yang kembali dari langit untuk menubuhkan kerajaannya. Simbol anak ilahi ini digambarkan dalam pertukangan batu di Washington DC.

 

Makhluk yang ditunggu-tunggu oleh pengikut Satanis telah diramalkan dan merupakan tujuan sebenar penubuhan AS dan kepimpinan ilmu ghaibnya. Pengikut Satanis dalam NWO (Pakatan Dunia Baru) akan cuba membawa masuk NWO ke dalam penguasaan dunia dan menggunakan penguasaan itu untuk memusnahkan semangat dunia dan semua kuasa untuk melawan operasinya.

 

Apa yang mereka tidak sedar ialah mereka sedang dipergunakan untuk memajukan pakatan mereka dan menguasai dunia agar iblis setan dapat secara efektifnya menghapuskan manusia sama sekali, termasuk mereka.

 

Horn mengajukan idea bahawa daripada Discovery at Giza mereka akan menggunakan DNA yang ditemui di situ untuk mereplikat Osiris dan menghidupkannya kembali.

 

Apa yang mereka akan lakukan ialah menyediakan pentas untuk pelepasan iblis setan dari Jurang Maut yang akan mulai menghapuskan manusia seperti diramalkan dalam kitab Wahyu. Tidak relevan sama ada mereka sudah menemui Osiris atau tidak. Mereka hanya perlu menyediakan satu wadah untuk iblis itu dan ia boleh jadi sesiapa.

 

Inilah objektif yang para Satanis telah usahakan selama berabad-abad dan bermilenia, lama sebelum AS diasaskan.

 

2016 dalam ilmu ghaib

 

Semua nubuatan ilmu ghaib berhubungan 2012 ini juga mempunyai satu tarikh tiga setengah tahun kemudian pada 2016. Ramai berspekulasi mengenai minggu tahun-tahun dalam zaman akhir. Keadaan ini secara sendirian diperolehi daripada satu nubuatan palsu atau salah terjemah Daniel 9:25 yang digunakan oleh pihak Trinitarian khususnya di AS. Minggu tahun-tahun dalam zaman akhir akan digunakan untuk mengungkapkan tempoh dari Sabat 2012 hingga Tahun Sabat 2019. Orang lain daripada sistem Trinitarian cuba menghubungkan permulaannya pada 2009 yang mana sistem Antikristus dilancar diam-diam tetapi seperti yang kita lihat Dua Saksi itu tidak ada di Yerusalem. Kelompok Rapturis Trinitarian akan cuba menuntut bahawa sistem Antikristus telah dimulakan pada 2009. Bagaimanapun, pelaksanaan tugas-tugas Elia memerlukan disalah letak untuk mendapat erti daripada urutan itu. Horn mengusulkan bahawa tiga setengah hari itu dari 21 Disember 2012 dan 25 Disember 2012 mungkin merupakan kematian Saksi-saksi itu yang mana mereka dibiarkan selama 3.5 hari tetapi itu bukan sebahagian daripada urutan itu. Lebih mungkin lagi tempoh itu meliputi 42 bulan Kuasa Binatang dan kuasa mereka berakhir pada waktu itu di Timur Tengah dan Eropah. Sistem Trinitarian tidak memperolehi apa-apa erti sebenar daripada tarikh-tarikh dan rangka-rangka waktu itu dan menghasilkan senario-senario berkonflik (lihat Horn, ibid., ms 267 dst).

 

Untuk menetapkan tempoh-tempoh itu pada tempatnya, tempoh satu generasi, mereka memperuntukkan tujuh puluh tahun jangka hayat kepada Matius 24:34. Bagaimanapun satu generasi mempunyai dan secara tradisinya dalam nubuatan ialah 40 tahun dan bukan 70 tahun. Horn membujuk rangka waktu ini pada mukasurat 270. Dengan cara itu rangka waktu ini terdiri daripada tujuh puluh tahun dari 1948 pada penubuhan Israel hingga 2018 yang berakhir pada tahun 2019 pada hari Terakhir Adar tetapi itu nampaknya tidak difahami (lihat Horn, ibid., ms 270). Dengan itu sesetengah orang telah membujuk tempoh 2012-2019 sebagai tempoh tujuh tahun tersebut. Bagaimanapun, Tuhan biasanya membuat perubahan besar-besaran sesuai dengan Kalendar dan hukum-hukum dan dengan itu tahun Ketiga lazimnya tahun dalam mana dia melaksanakan perubahan agar hukum tidak terkacau. Bagaimanapun, Banjir dilakukan sesuai dengan kitar-kitar Sabat. Tahun Ketiga kitar berikutnya adalah dari 1 Abib 2015 hingga 1 Abib 2016. Jika Saksi-saksi itu bermula dari 2012 untuk pembacaan Ketiga hukum maka 1263.5 hari berakhir pada 2015/16. Dengan itu kita menjangka Mesias akan memendekkan waktu itu dan tiba di sini menjelang Sangkakala-sangkakala 2015 atau 16 malah selewat Abib 2017 bergantung bila Saksi-saksi itu tiba, sama ada 1 Abib atau Sangkakala-sangkakala. Tempoh ini nanti sememangnya satu kesusahan besar-besaran.

 

Sampah filem Kabbalis yang keluar dari Hollywood sedang membising tentang 2012 hingga 2018 sebagai berakhir dalam penghakiman. Bagaimanapun, lama sebelum itu waktunya digebar-gemburkan sebagai berakhir pada 2027 (pada yobel). Akhiran sebenar tempoh itu adalah pada 2025 untuk Tuaian Tiga Kali Lipat untuk Sabat dan Yobel pada 2026-2027. Tujuh tahun sebelum itu adalah pada Abib 2018. Justeru kita menjangkakan Mesias selewat-lewatnya 2018 dan Dua Saksi itu pada 2014 selewat-lewatnya Sangkakala-sangkakala jika Wahyu betul secara literal. Segalanya pasti selesai menjelang 2025.

 

Islam dan 2012

 

Horn membuat rujukan menarik kepada pandangan penulis Muslim dalam rujukan kepada penulis The Day of Wrath, Safar Ibn ‘Abd Al-Rahman Al-Hawali yang menulis di www.IslamicAwakening.com:

“Apabila Daniel menentukan waktu antara kesukaran dan kelegaannya, antara zaman penderitaan dan zaman berkat, dia menyatakannya sebagai empat puluh lima tahun! Kita sudahpun melihat bahawa dia menentukan waktu kekejian yang membinasakan sebagai tahun 1967, iaitu apa yang benar-benar terjadi. Jadi akhirat – atau permulaan akhirat – nanti ialah 1967 + 45 = 2012.”

 

Justeru kita boleh simpulkan bahawa jika Antikristus ditubuhkan pada 2012 maka Islam akan diperdaya setelah menempatkan kekejian yang membinasakan itu pada 1967 bila Yerusalem ditawan oleh angkatan Israel.

 

2012 dalam Buddhisme Tibet

 

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini kita telah mendapat maklum balas konsisten daripada sami-sami Buddha Tibet dalam laporan-laporan berita bahawa satu kebakaran besar akan terjadi pada 2012 dan makhluk-makhluk asing yang selama ini memerhati planet ini akan campur tangan untuk menyelamatkannya.

 

Kita jelas nampak itu sebagai maklum balas keiblisan yang membimbing kita untuk percaya bahawa Pemerhati-pemerhati akan datang untuk campur tangan untuk menyelamatkan planet ini. Pertanyaan utamanya ialah mana satu? Bani derhaka mungkin sekali muncul sebagai malaikat-malaikat terang untuk penipuan besar terakhir ini. Sesungguhnya kita patut menjangkakan mereka berbuat demikian.

 

Kemusnahan Ekonomi sebagai Persediaan untuk 2012

 

Krisis Kewangan Global (GFC) merupakan satu peristiwa yang sengaja direncanakan sesuai dengan perancangan strategik berdasarkan rencana-rencana Pike untuk pelemahan struktur ekonomi dunia. Ini begitu berhasil sekali sehingga pilihanraya Britain pada 2010 memastikan bahawa sesiapa saja yang dapat membentuk kerajaan akan diserahkan piala beracun dan tidak akan dapat mengatur kembali negara itu dari segi ekonomi atau struktur. Gabungan Konservatif dan Demokrat Liberal amat kesukaran sejak mula. Greece terlalu bodoh dan rakyatnya terlalu asyik diri untuk menyedari apa yang ia lakukan terhadap diri sendiri dan mungkin sekali akan meletakkan negara-negara lain Kesatuan Eropah dalam bahaya. Portugal, Ireland, Itali dan Sepanyol tidak begitu jauh di belakangnya.

Tujuannya adalah untuk meruntuhkan Kesatuan Eropah secara kewangan agar kawalan-kawalan kewangan dunia dimainkan dan matawang dunia tunggal dikeluarkan supaya ini boleh dikawal.

 

Semua ini telah diatur oleh alat-alat iblis ini untuk menuntun seluruh umat manusia ke dalam perbudakan dan mereka sungguh bodoh memikirkan mereka dapat menguasainya.

 

AS sedang dibinasakan oleh sistem perbankannya dan sengaja membinasakan dirinya. Semua ini ditimbulkan untuk satu kesudahan tertentu yang bermula dengan bersungguh-sungguh dari 2010.

 

Antara 2010 dan 2012 kewangan-kewangan dunia akan berada dalam krisis yang direncanakan untuk membolehkan pemerintahan sedunia menggunakan apa yang dipanggil Krisis Pemanasan Global dan ilmu sains curang untuk menjalankan kawalan-kawalan populasi dan perubahan sosial untuk menghancurkan keluarga dan menggalakkan kawalan keiblisan sesuai dengan rencana-rencana itu.

 

Sejak pengeluaran naskah ini pada 2010 semua yang dikatakan mengenai krisis kewangan telah terjadi atau sedang terjadi. Eropah sengaja dilempar ke dalam krisis itu dan Greece ialah salah satu negara yang digunakan untuk menimbulkan panik dalam semua pasaran. Kelemahan sedia wujud dalam sistem zon Euro ialah kelemahan matawang nasional individu. Ini dilakukan pada dasarnya oleh negara-negara Eropah utara untuk melindungi diri mereka terhadap eksploitasi kewangan daripada apa yang dilihat sebagai selatan yang malas dan korup. Greece telah berbohong untuk masuk dan diizin masuk kerana ia bakal menjadi kelemahan sistem kewangan berpusat nasional Euro.

 

Bagaimanapun, rencana untuk menempatkan seluruh dunia pada satu Kerajaan Sedunia di bawah satu Pakatan Dunia Baru memerlukan seluruh dunia menyerahkan kedaulatan nasionalnya seperti dinubuatkan dalam Kitab Suci, yang tidak boleh dibatalkan seperti kata Kristus (Yoh. 10:34-36).

 

Eropah ialah pusat gerakan ini dan krisis itu telah direka untuk mencapai kemuncaknya pada 2012, dan ternyata begitu. Langkah-langkah jimat cermat yang dikemukakan oleh puak Tengah/Kanan Perancis dan Jerman serta golongan nationalis di Greece, Itali dan Sepanyol dan tempat lain mengakibatkan rusuhan besar-besaran dan pukul balas pilihan raya untuk mengundi sayap Kiri, seperti yang dijangka dan direncana. Perancis memilih seorang sosialis dan para birokrat EU kemudiannya diberi peluang keemasan untuk melaksanakan sistem Bon Euro yang direncana mereka yang menyela kawalan-kawalan kewangan nasional dan yang direka untuk memaksa Jerman menyerahkan kedaulatan nasional mereka kepada Bank Pusat Eropah dan Euro kemudiannya diletakkan kedudukannya di atas kawalan-kawalan kewangan nasional, seperti yang direncana lama dahulu.

 

Pada waktu Pentakosta 2012, ketika krisis itu terbentang dan Greece sudah bersedia untuk meninggalkan zon Euro dan Euro, para birokrat zon Euro kemudiannya tampil dengan idea cemerlang bahawa penyelesaiannya adalah untuk membentuk satu sistem bon seluruh-Euro yang mengatasi kedaulatan nasional. Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) meremeh-temehkan reaksi Greece. Semua masalah ini telah direka untuk mengambil kesempatan atas kelemahan yang sudahpun dimasukkan ke dalam sistem kewangan itu dari mula. Sudah direncanakan supaya benua-benua Amerika akan runtuh dan mengikut kekacauan kewangan Eropah yang berlaku ke atas dunia dan sistem-sistem global yang direncana untuk mengikutinya, satu demi satu. Seluruh dunia dipaksa menyerahkan kuasanya kepada Binatang itu dan IMF kemudiannya, dalam kerjasama dengan Bank Dunia dan sepuluh wilayah ekonomik yang direncana dalam Kelab atau perjanjian Rom dari 1956 dan yang pelaksanaannya dipersetujui pada 1997, akan dilaksanakan. NWO Binatang ini akan menundukkan dunia sewaktu 42 bulan sistem ini dan dunia akan berperang secara berterusan. Konflik-konflik bertambah buruk mulai Pentakosta 2012 sampai 21 Disember 2012 dan terus ke dalam 2013 dan selanjutnya. Konflik-konflik ini tidak berakhir hingga tuaian tiga kali lipat 2025.

 

Negara-negara membangun akan turut serta dengannya kerana mereka akan mendapat manfaat daripada penalti-penalti kewangan menghukum terhadap Barat dan mereka nanti cukup bodoh untuk mempercayai mereka.

 

Vaksin dan ubat-ubatan barat akan digunakan untuk menghapuskan populasi-populasi membangun.

 

Hasilnya ialah pengurangan penduduk dunia secara sistematik; dengan kata lain, pembunuhan besar-besaran pada skala yang tidak pernah terlihat sebelumnya.

 

2012 dan Vatican

 

Dalam karyanya Windswept House (Broadway, NY, 1996) Malachi Martin menggambarkan upacara untuk penobatan Malaikat Lucifer sebagai tuhan di Vatican dengan upacara seiringan dengannya di Carolina Selatan di AS yang juga diadakan secara simbolik pada garis lintang sejajar ke 33. Upacara ini diadakan pada Jun 29, 1963.

 

Upacara ini dilaksanakan sesuai dengan nubuatan Satanis yang meramalkan bahawa Waktu Raja akan dimulakan apabila seorang paus akan mengambil nama Rasul Paulus (Paul). Syarat itu merupakan isyarat bahawa “Waktu Berguna” telah bermula (Martin, ms 7). Paul VI ialah paus itu. Angka VI dengan sendirinya mempunyai signifikans ilmu ghaib. Nama John-Paul dengan sendirinya merupakan satu lanjutan waktu berguna itu.

 

Waktu Berguna ialah tempoh dari penobatan Lucifer pada 1963 selama satu tempoh yobel 49.5 tahun hingga 21 Disember 2012.

Yobel 50 tahun berakhir pada Jun 2013 dalam tahun Ular.

 

Upacara di Carolina Selatan pada 1963 itu dikawal oleh wali gereja Roman Katolik yang berhubung secara berterusan dengan upacara di Vatican.

 

Ini benar-benar satu upacara Satanis yang dilaksanakan oleh pengikut Satanis dalam Jemaat Roman Katolik di Vatican dan juga di AS.

 

“Kapel Penyasar” sebagaimana ini dipanggil dijalankan di ruang bawah tanah sebuah sekolah gereja tempatan yang diperlengkapi tepat untuk peristiwa itu. Upacara itu membabitkan benda-benda yang perlu tetapi tidak dapat dijalankan dalam kapel di Vatican seperti korban dan perkosaan anak-anak dan bunyian sumbang keiblisan yang perlu untuk kebaktian itu.

 

Martin menulis karyanya kerana dia amat khuatir dengan kemasukan mutlak jemaat Roman Katolik dan jemaat Trinitarian sama sekali oleh pengikut Satanis yang tujuannya adalah untuk menguasai dan memusnahkan pengaruhnya dengan skandal seks dan pedofilia dan korupsi.

 

Sepanjang dua puluh tahun pertama Waktu Berguna ini penggunaan anak-anak perempuan sebagai pembantu paderi telah bertambah di serata dunia dan penggunaan mereka di AS serta pertandingan sekitar mereka telah menjadi umpama pertandingan ratu cantik tanpa pakaian mandi. Paus Slavic menentangnya tetapi dia berpura-pura tidak nampak semua itu. Begitu juga dengan salah guna pembatalan (lebih 50,000 tiap tahun) dan topik-topik lain yang tak kunjung habis sementara dia mengejar tujuan-tujuan ekumenikal (perpaduan) dengan berbagai jenis agama termasuk pendeta-pendeta voodoo.

 

Penekanan “paus Slavic” ini menentang kawalan kelahiran juga berlawanan dengan kepentingan sistem AS dan Martin memperincikan semua konflik dan penggunaan seorang agen, yang dikatakan Rosicrucian (diberi nama rekaan “Gibson Appleyard” oleh Martin) di AS untuk pergi ke Rom dan berbincang dengan paus mengenai pelonggaran pendiriannya tentang kawalan kelahiran.

 

Paus membantah agensi PBB di bawah Bischara Francis yang menyokong kawalan kelahiran yang dipercepatkan yang merupakan sebahagian daripada tujuan NWO untuk mengurangkan populasi. Ini termasuk pengguguran bayi. Tindakan PBB itu adalah untuk mendesak pengguguran atas permintaan di negara-negara membangun dan PBB menggunakan kawalan kewangan dunia untuk menggalakkannya. Ada satu tindakan sekarang untuk mengubah Perlembagaan Republik Kenya untuk membolehkan pengguguran atas permintaan dan mereka memasukkan perkenalan Hukum Syariah untuk orang Muslim untuk mendorong mereka mengundi bagi pindaan-pindaan (amendemen) itu.

 

Presiden AS telah cuba memaksa paus untuk mengeluarkan satu deklarasi bahawa dua anak untuk setiap pasangan harus menjadi norma untuk orang Katolik dan bukan Katolik juga. Paus Slavic ini telah menolak dan dengan itu rundingan dimulakan untuk membujuknya.

 

John Paul II mengalah dan bersedia untuk kunjungannya ke Rusia dan Ukraine. Dia menyatakan dengan jelas kepada “Appleyard” bahawa kunjungan itu diatur dan berada di bawah kehendak langsung Ratu Syurga. Dengan itu dia menuruti tujuan-tujuan Dewi kultus-kultus Misteri; dengan kata lain, Iblis. Pada waktu yang sama para pentadbir Vatican cuba mendesaknya menandatangani Protokol Perletakan Jawatan (lihat Martin, ibid., ms 521-522). John Paul II telah mengizinkan RCC dibinasakan oleh kerosakan-kerosakan guru-guru pembidaah dalam seminari, biskop-biskop dan kardinal-kardinal tidak bermoral dalam jemaat-jemaat. Dia mengizinkan anak-anak bersekolah dididik oleh sistem-sistem bukan Katolik dan rahib-rahib perempuan dirosakkan oleh gerakan-gerakan feminis penyokong sekularisme. Dia tidak melindungi sesiapapun antara mereka malah tidakpun bangunan-bangunan gereja. Kapel-kapel ditelanjangkan Mezbah dan Tabernakel dan Pengakuan dan patung-patung (Martin, ibid., ms 642).

 

Benedict XVI menggantinya sesuai dengan nubuatan Malachy dan meneruskan kemusnahan itu menurut tujuan-tujuan Iblis dan Jemaat ini akan menyerap kumpulan Trinitarian lain dan berubah tepat waktunya seperti dirancang menjadi agama kuasa Binatang itu (lihat naskah Perang Dunia III Bahagian II: Pelacur dan Binatang (No. 299B) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p299b.html.

 

Hasil akhirnya bakal membinasakan seluruh Kekristianan dan menukarkan agama sedunia ini kepada ibadat Lucifer.

 

Karya Martin ini merupakan satu penjelasan sangat baik mengenai permainan politik dan kuasa yang dimainkan dalam Vatican dan pengaruh Satanisme di situ.

 

Penipuan Terakhir

 

Umat pilihan akan harus sentiasa memegang akal mereka.

 

Urutan ini akan mengelirukan kerana Saksi-saksi itu harus memulihkan Neksus Hukum selama 1263.5 hari sebelum Kristus kembali.

 

Pastinya tepat kita andaikan bahawa Musuh itu tentu tidak membuang begitu banyak masa dan usaha untuk menghasilkan simbol-simbol ghaib luas sebegitu melainkan ini kritikal kepada peristiwa-peristiwa zaman akhir.

 

Kita juga harus perhatikan bahawa kalendar dunia ialah hasil pengaruh iblis ke atas rahib Dennis Exiguus atau Dennis Si Pendek yang membuat kalendar itu dengan salah dan menetapkan tarikh untuk 1 AD, lebih lima tahun terlalu lambat. Justeru tarikh-tarikh dan urutan semuanya disusun menurut Jadual Waktu Ghaib yang ditetapkan dalam era sekarang ini. Lihat naskah-naskah Umur Kristus pada Waktu Baptisan dan Tempoh Pelayanannya (No. 019) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p019.html dan Signifikans Tahun 2000 (No. 286) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p286.html.

 

Nampaknya ada sesuatu lebih daripada kebetulan bahawa kesilapan yang dibuat oleh Dennis Si Pendek menetapkan era terkini cocok dengan nubuatan-nubuatan bangsa lain yang bersamaan dengan 2012 dan penetapan Bani derhaka dan Gunung Hermon dalam grid dunia.

 

Tokoh-tokoh dunia utama ialah hamba-hamba Iblis yang ada ramai menyedarinya dan ada yang tidak sengaja. Mereka lebih tertipu daripada kebanyakan orang dan menyangka mereka akan memiliki kuasa dan kawalan selama beribu tahun seperti yang baru kita lihat.

 

Mereka orang tolol yang diperdaya dan mereka tidak dapat hidup lebih lama daripada 2025 melainkan mereka bertaubat namun mereka telahpun mempelajari hal-hal lebih dalam Iblis dan itu membawakan penaltinya sendiri. 

 

q