Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[299F]
Antikristus dalam Teologi Jemaat Mula-mula dan Zaman Akhir
(Edisi 2.0 20101218-2025062)
Sistem dan identifikasi Antikristus telah dibuat oleh para ahli Teologi Jemaat Mula-mula dan dicatatkan oleh Irenaeus dan dikembang lanjut oleh pembantunya Hippolytus. Ajaran ini telah diam-diam diabaikan oleh sistem Kristian aliran utama melainkan satu kesilapan asas salah identifikasi yang nampaknya berpunca daripada pemikiran Anti-Semit yang cuba menghubungkan asal Antikristus Zaman Akhir dengan suku Dan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
γ 2020, 2025 Wade Cox)
(ed. 2025)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Pengenalan
Karya ini berhubungan dengan kedudukan Jemaat Mula-mula mengenai Antikristus dan juga beberapa idea silap yang berpunca daripada satu pandangan yang mulai dengan kedudukan
Irenaeus, biskop kedua di tempat
yang kini dipanggil Lyon di
Perancis, berhubung Antikristus. Dia memajukan satu pandangan dengan menyebutkan Dan berkaitan sistem itu. Irenaeus berasal dari Smirna dan dilatih oleh Polycarp. Dia seorang
Unitarian yang mengajar bahawa
Bapa sebagai pencipta tidak mempunyai apa-apa yang sezaman dengan Dia. Karya-karyanya kebanyakannya menentang para Gnostik dan pengaruh mereka pada Kekristianan. Karyanya terhadap Antikristus terdapat dalam Buku Lima daripada Against
Heresies. Pengenalannya akan
Antikristus dalam zaman akhir ditentukan dalam bab 30 sebagai
ditunjukkan oleh angka 666
dan dia menyimpulkan bahawa angka 616 merupakan kesilapan penulis yang mana angka 10 diperolehi daripada kesilapan penulis dalam bahasa Yunani. Dia tidak mempertimbangkan kemungkinan bahawa angka itu juga merujuk kepada kultus-kultus Matahari. Bagaimanapun, dia jelas menunjukkan bahawa negara-negara yang mempunyai
nilai angka nama ini (666) ialah orang Latin daripada Lateinos Yunani, yang merupakan orang Rom. Dia juga menunjukkan bahawa nama Teitan juga bernilai 666 dan dengan
itu dia menunjuk
kepada fakta bahawa sistem Titan juga akan menjadi sistem
Antikristus zaman akhir.
Ini mungkin tidak bermakna banyak bagi seseorang dalam abad ke
21 namun ini sangat penting, dan seseorang pelajar Agama-agama Purba tentu tahu bahawa
Titan ialah satu lagi nama untuk Matahari dan Irenaeus mengusulkan
bahawa Antikristus akan mempunyai nama ini.
Hakikatnya ialah Antikristus dalam zaman akhir sesungguhnya mempunyai gelaran ini tetapi mungkin
bukan namanya. Jelas daripada tulisan-tulisannya bahawa dia mengias
kepada urutan bahawa sistem Rom diganti oleh satu lagi sistem terakhir
yang berasal daripada pengambilannya akan sistem ibadat kultus
Matahari mereka. Dalam catatan kepada teks Anti-Nicene
Fathers milik Irenaeus dalam
Buku 5, bab XXX, 3.6 para penterjemah membuat komen: Massuet di sini mengutip Cicero dan Ovid sebagai bukti Matahari
dipanggil Titan. Orang Titan berperang
menentang dewa-dewa, untuk membalas dendam pada Saturn. Mustahil
Irenaeus tidak menyedari konotasi agama ini dan dia sengaja mengenal
pasti sistem Antikristus zaman akhir dengan sistem Rom dan kultus-kultus Matahari dalam penggantinya yang akan dibinasakan oleh Kristus pada kedatangan kembalinya. Dengan kata lain, dia menjangka agama palsu Antikristus itu sebahagian daripada kultus-kultus Matahari yang berpangkalan dari Rom dan sistem ibadat mereka pada hari Matahari atau
hari Minggu dan perayaan-perayaan Easter, dan kemudiannya
Krismas. Easter baru saja diperkenalkan kepada Jemaat di Rom dan dia cuba menahan
Victor daripada menimbulkan
Perpecahan Besar jemaat,
yang dia gagal lakukan dan yang terjadi mulai 192 CE (lihat naskah Pertikaian
Quartodeciman (No. 277)). Krismas perayaan kultus-kultus Matahari tidak memasuki Kekristianan sehinggalah 475 CE, dengan Zaman
Ais Gelap (lihat naskah Asal Krismas
dan Easter (No. 235)).
Perjuangan zaman akhir
dijangkakan oleh jemaat di Smirna dan di Lyon sebagai perjuangan antara sistem pemujaan hari Minggu milik
Antikristus yang berpangkalan
dari Rom dan sistem pemeliharaan Sabat bagi hari ketujuh minggu,
iaitu Jemaat sejati Tuhan memelihara hari Sabat. Hari Ketujuh dinamakan oleh orang pagan sempena
dewa Saturn (Hari Saturn atau
Saturday), yang merupakan
musuh orang Titan yang mewakili
angkatan durhaka.
Buku V Bab 30
Walaupun pasti tentang
bilangan nama Antikristus, namun kita harus
jangan membuat apa-apa kesimpulan terburu-buru mengenai nama itu sendiri, sebab
nombor ini boleh dipadankan kepada banyak nama. Sebab-sebab untuk poin ini adalah
hak milik Roh Kudus. Pemerintahan dan kematian Antikristus.
1. Justeru, dengan keadaannya sedemikian, dan dengan nombor ini
ditemui dalam semua salinan [Apocalypse] paling
diakui dan purba, dan
orang-orang yang ada bersemuka
dengan Yohanes memberi kesaksian mereka [terhadapnya]; sementara akal pertimbangan juga membuat kita menyimpulkan
bahawa nombor nama binatang itu, [jika dihitung] menurut cara perhitungan
Yunani dengan [nilai] huruf-huruf yang terkandung dalamnya, berjumlah enam ratus dan enam puluh dan enam; iaitu, bilangan sepuluhan sama dengan bilangan ratusan, dan bilangan ratusan sama dengan
bilangan unit (untuk nombor itu yang [memperlihatkan] digit enam ditaati keseluruhannya, menunjukkan semua ikhtisar kemurtadan
itu, dikembangkan sepenuhnya, yang terjadi pada permulaan, sewaktu tempoh-tempoh perantaraan, dan akan terjadi pada akhirnya)-aku tidak
tahu
bagaimana sesetengah orang telah silap menuruti
gaya biasa percakapan, dan telah meniadakan nombor tengah dalam nama itu, menolak bilangan
lima puluh daripadanya, hingga bukannya enam sepuluhan yang mereka ada tetapi
satu sepuluhan. [Saya cenderung beranggapan ini terjadi kerana kesilapan para penyalin, yang biasa berlaku, sebab nombor-nombor juga diungkapkan oleh huruf-huruf; hingga huruf Yunani yang menyatakan nombor enam puluh dengan
senang dikembangkan menjadi huruf Iota orang Yunani.]
Orang lain kemudian menerima
pembacaan ini tanpa usul periksa;
sesetengah dalam kedunguan mereka, dan atas tanggungjawab mereka sendiri, menggunakan nombor ini untuk menyatakan
satu dekad; sementara sesetengah lain, dalam kekurangan pengalaman mereka, telah berusaha mencari satu nama yang boleh mengandungi nombor salah dan palsu ini. Adapun, berkenaan mereka yang berbuat begini secara dungu,
dan tanpa niat jahat,
kita bebas menganggap bahawa pengampunan akan diberikan kepada mereka oleh Tuhan. Tetapi bagi mereka
yang, demi kesombongan, menyatakan
dengan pasti bahawa nama-nama yang mengandungi
nombor palsu itu harus diterima,
dan menegaskan bahawa nama ini, yang mereka temui secara kebetulan
saja, ialah nama dia yang akan datang;
orang-orang sebegitu tidak akan maju tanpa
kerugian, sebab mereka telah menyesatkan
diri sendiri dan
orang-orang yang mempercayai rahsia
dalam mereka. Pertama sekali, memang rugi sesat
dari kebenaran,
dan membayangkan
keadaannya begitu sedangkan bukan; walau apapun, sebab
tiada hukuman ringan [dikenakan] pada dia yang sam ada
menambah atau menolak apa-apa daripada Kitab
Suci, Wahyu 22:19 yang
mana orang sebegitu sudah semestinya jatuh. Selain itu, satu lagi
bahaya, yang sama sekali bukan remeh,
akan menyusuli mereka yang salah menduga
bahawa mereka tahu
nama Antikristus.
Sebab jika orang-orang ini menerima satu
[nombor], apabila [Antikristus]
ini datang dengan nombor lain,
mereka akan mudah dibawa pergi
olehnya, kerana menganggapnya
bukan orang yang disangka,
yang terhadapnya mereka harus berjaga-jaga.
2. Dengan itu,
orang-orang ini, harus belajar [apa sebenarnya
keadaan kasus ini], dan kembali kepada nombor sejati
nama itu, supaya mereka tidak dihitung
di kalangan nabi-nabi
palsu. Tetapi, mengetahui
nombor pasti yang dinyatakan oleh Kitab Suci, iaitu, enam ratus enam puluh dan enam, biarlah mereka
menantikan, pertama, pembahagian kerajaan menjadi sepuluh; kemudian, seterusnya, ketika raja-raja ini berkuasa, dan mulai mengatur hal-ehwal mereka, dan memajukan kerajaan mereka, [biarlah mereka belajar] untuk mengakui bahawa dia yang bakal datang menuntut kerajaan untuk dirinya, dan akan menakutkan orang-orang yang kita perkatakan itu, serta mempunyai nama yang mengandungi nombor tersebut, benar-benar
merupakan Pembinasa
keji. Ini, juga, rasul ini
sahkan: Apabila mereka mengatakan: Semuanya damai dan aman--maka tiba-tiba
mereka ditimpa oleh kebinasaan. 1 Tesalonika
5:3. Yeremia tidak hanya
menunjuk kepada kedatangannya yang tiba-tiba, tetapi dia juga menyatakan suku dari mana dia datang
nanti, yang mana dia berkata, Dengus kuda musuh terdengar
dari Dan; karena bunyi ringkik kuda
jantan mereka gemetarlah seluruh negeri. Mereka
datang dan memakan habis negeri dengan isinya, kota dengan
penduduknya. Yeremia 8:16 Ini,
juga, ialah sebab kenapa suku ini
tidak dihitung dalam Wahyu berserta dengan mereka yang diselamatkan.
3. Justeru
memang lebih pasti, dan kurang berbahaya, untuk menantikan penggenapan nubuatan
itu, daripada membuat dugaan, dan mencari-cari apa saja nama yang hadir, lantaran banyak nama boleh ditemui memiliki
nombor tersebut; dan pertanyaan sama akan, bagaimana sekalipun, tetapi tidak terjawab. Sebab jika banyak
nama didapati memiliki nombor ini, akan
ditanya nanti mana satu antara nama-nama ini dipunyai orang yang bakal datang itu.
Bukan sebab ketiadaan nama-nama yang mengandungi
nombor nama itu saya berkata begini,
tetapi sebab takut
akan Tuhan, dan kegiatan
untuk kebenaran:
sebab nama Evanthas (ΕΥΑΝΘΑΣ) mengandungi nombor yang diperlukan, tetapi saya tidak
membuat apa-apa tuduhan mengenainya. Lalu juga Lateinos (ΛΑΤΕΙΝΟΣ) mempunyai bilangan
enam ratus dan enam puluh enam; dan ini satu [penyelesaian]
amat mungkin, memandangkan ini nama kerajaan terakhir [daripada empat yang dilihat oleh Daniel]. Sebab orang
Latin ialah orang yang memerintah
sekarang ini: bagaimanapun, saya tidak akan berbangga
apa-apa atas [kebetulan] ini. Teitan juga, (ΤΕΙΤΑΝ, yang suku kata mula-mulanya
ditulis dengan dua huruf vokal Yunani ε dan ι, antara semua
nama-nama yang ditemui di kalangan
kita, agak layak diterima. Sebab di dalamnya sendiri adanya nombor yang diramalkan itu, dan terdiri daripada enam huruf,
tiap suku kata mengandungi tiga huruf; dan [perkataan itu sendiri] adalah
kuno, dan dikeluarkan daripada penggunaan biasa; sebab di kalangan raja-raja kita tiada yang kita temui mempunyai nama Titan, dan panggilan ini juga tidak dimiliki mana-mana berhala
yang dipuja umum di kalangan orang Yunani dan suku biadap. Di kalangan ramai orang,
juga, nama ini dianggap kedewaan, hingga matahari sekalipun dipanggil Titan oleh mereka yang kini memegang [kuasa]. Perkataan ini juga mengandungi penampilan luaran tertentu pembalasan dendam, dan seseorang mengenakan hukuman yang patut kerana dia (Antikristus)
berpura-pura bahawa dia memulihkan mereka yang ditindas. Selain ini, ini ialah
nama purba, nama yang layak
diterima, bermartabat raja,
dan lebih lanjut lagi, nama yang dimiliki raja lalim. Lantaran itu, sebab nama Titan ini mempunyai banyak
yang menganjurnya, ada kemungkinan besar, daripada banyak [nama-nama diusulkan], kami simpulkan, bahawa kebetulan dia yang akan datang
akan dipanggil Titan. Bagaimanapun, kami tidak akan mengambil risiko menyatakan secara positif nama Antikristus;
sebab jika perlu namanya dinyatakan
secara khusus pada waktu kini, ini
tentu sudah diumumkan oleh dia yang melihat penglihatan wahyu itu. Sebab
itu dilihat tidak lama dahulu, tetapi hampir zaman kita, hampir hujung
pemerintahan Domitian.
4. Tetapi dia menyatakan bilangan nama itu sekarang, supaya
bila orang ini datang kita boleh
menjauhinya, sebab sedar siapa dia:
nama itu, bagaimanapun, disembunyikan, sebab itu tidak layak
dinyatakan oleh Roh Kudus. Sebab jika ini
telah diumumkan oleh Dia, dia (Antikristus) mungkin berterusan untuk satu tempoh
lama. Adapun dia telah ada, namun tidak
ada, dan akan muncul dari jurang
maut, dan menuju kepada kebinasaan, Wahyu 17:8 sebagai sesuatu yang tiada kewujudan; maka namanya tidak diumumkan,
sebab nama benda yang tidak wujud tidak
dinyatakan. Tetapi sesudah Antikristus ini menghancurkan segala sesuatu dalam dunia ini, dia akan
memerintah selama tiga tahun dan enam bulan, dan duduk dalam bait di Yerusalem; dan selepas itu Tuan [Yesus] akan datang
dari langit dalam awan-awan, dalam kemuliaan Bapa, melemparkan
orang ini dan mereka yang mengikutinya ke dalam lautan api;
namun membawakan zaman kerajaan untuk orang benar, iaitu perhentian,
hari ketujuh yang disucikan; dan mengembalikan kepada Abraham
pusaka yang dijanjikan, dan
dalam kerajaan ini Tuhan umumkan, bahawa ramai orang yang datang dari timur
dan barat akan duduk makan bersama-sama dengan Abraham, Ishak, dan
Yakub. Matius 8:11
Kita akan periksa semua
tuntutan yang dibuat mengenai Irenaeus dan asal Antikristus yang diandaikan daripada Dan. Andaian itu dibuat kerana dia merujuk kepada
teks Yeremia 8:16 seperti kita lihat di atas
dalam no. 2 dan dia mendalilkan bahawa ini ialah suku
dari mana Antikristus akan datang. Dia menunjukkan dengan menggunakan teks 1 Tesalonika 5:3 bahawa bencana Antikristus itu menyusuli satu
pengumuman damai dan aman. Memandangkan pengetahuan kita akan peristiwa-peristiwa zaman akhir dan bahawa kita sedang hidup
pada waktu ini kita dapat melihat
konflik terakhir itu sebagai sesuatu
yang dihasut oleh Jemaat
Trinitarian kultus-kultus Matahari
yang beribadat hari Minggu, dan tujuannya adalah untuk memusnahkan
jemaat-jemaat Tuhan yang memelihara
hari Sabat. Hakikat dan tujuan akhir adalah
untuk menghapuskan semua sistem agama kecuali kemurtadan terakhir ini daripada
sistem Gnostik Antinomian.
Tujuan ini dibincangkan dalam naskah 2012 dan Antikristus (No. 299D).
Agama
Kristian aliran utama tidak boleh mengenal
pasti sistem Antikristus sebab berbuat demikian bererti mengaku itu ialah mereka.
Itulah sebabnya kenapa mereka cuba
memegang pada teks Yeremia
8:16. Semua, termasuk
Irenaeus sekalipun, mengabaikan
teks yang lebih penting dalam Yeremia 4:15dst.
yang mengenal pasti pengumuman amaran zaman akhir sebagai datang
dari Dan/Efraim. Hakikatnya
adalah Dan merupakan suku paling utara dan suku yang memperkenalkan keberhalaan kepada Israel. Justeru ia nyata
dikutuk dalam pandangan mata dunia Kristian mula-mula. Kesilapan, atau kelalaian malang Irenaeus ini telah menyumbang kepada kesilapan berterusan dalam Kekristianan sampailah ke hari ini.
Irenaeus, bagaimanapun, dengan
tepat menunjukkan nama-nama
dan sistem Antikristus di sini.
Buku V Bab 25
Kepalsuan, keangkuhan,
dan kerajaan lalim Antikristus, seperti digambarkan oleh Daniel dan Paulus.
1. Bukan saja dengan fakta-fakta yang sudah disebut, tetapi juga dengan cara peristiwa-peristiwa yang akan terjadi pada zaman Antikristus
maka ditunjukkan bahawa dia, sebagai
pemurtad
dan perompak, ingin sekali dipuja sebagai
Tuhan; dan bahawa, walaupun hanya hamba, dia mengingini dirinya diumumkan sebagai raja. Sebab dia (Antikristus) yang dibekali semua kuasa iblis, akan datang, bukan sebagai
raja adil, juga bukan sebagai raja sah, [iaitu, seorang] yang takluk kepada Tuhan, tetapi seorang yang tidak beriman, tidak
adil, dan ingkar hukum; sebagai seorang pemurtad, zalim dan kejam; sebagai seorang perompak, memusatkan dalam dirinya [segala] kemurtadan
keiblisan, dan mengkhususkan
berhala-berhala
untuk meyakinkan [manusia] bahawa dia sendiri ialah
Tuhan, mengangkat dirinya sendiri sebagai satu-satunya berhala, mengandungi dalam dirinya bermacam-macam kesilapan
berhala-berhala
lain. Ini dia lakukan, supaya mereka yang [sekarang ini] memuja
iblis
dengan cara banyak kekejian, boleh melayani dirinya dengan berhala tunggal ini, yang diperkatakan begitu oleh rasul ini dalam Surat kedua kepada orang Tesalonika: Sebab sebelum Hari itu haruslah datang
dahulu murtad dan haruslah dinyatakan dahulu manusia durhaka, yang harus binasa, yaitu lawan
yang meninggikan diri di atas segala yang disebut atau yang disembah sebagai Allah. Bahkan ia duduk di Bait Allah dan mau menyatakan diri sebagai Allah. Jadi rasul jelas menunjukkan kemurtadannya, dan bahawa dia ditinggikan mengatasi segala yang disebut, atau disembah
sebagai Allahiaitu,
mengatasi setiap berhala sebab semua itu sesungguhnya
dipanggil begitu oleh manusia, tetapi bukan tuhan-tuhan [sebenarnya]; dan dia akan berusaha keras
secara lalim untuk menetapkan dirinya sebagai Tuhan.
2. Selain itu,
dia (rasul) juga menunjukkan
hal ini yang sudah saya tunjukkan
dalam banyak cara, bahawa bait di Yerusalem dibuat dengan pimpinan Tuhan yang esa.
Sebab rasul itu sendiri, bercakap dalam dirinya sendiri,
jelas memanggilnya bait Tuhan. Adapun saya telah menunjukkan
dalam buku ketiga, bahawa tiada seorangpun dipanggil Tuhan oleh para rasul bila berbicara untuk diri mereka,
melainkan Dia yang benar-benar
Tuhan, Bapa Tuan [Yesus] kita, yang dengan pimpinannya bait di Yerusalem dibangunkan untuk tujuan-tujuan yang saya sudah sebutkan;
dan dalam [bait] itu musuh akan duduk, berusaha keras menunjukkan dirinya sebagai Kristus, juga seperti yang Tuan [Yesus] nyatakan: Jadi apabila kamu melihat Pembinasa
keji berdiri di tempat
kudus, menurut firman
yang disampaikan oleh nabi
Daniel--para pembaca hendaklah
memperhatikannya--
maka orang-orang yang di Yudea
haruslah melarikan diri ke pegunungan.
Orang yang sedang di peranginan
di atas rumah janganlah ia turun
untuk mengambil barang-barang dari rumahnya, Sebab pada masa itu akan terjadi
siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi
lagi.
3. Daniel juga, memandang ke depan
ke hujung kerajaan terakhir itu, iaitu sepuluh
raja terakhir, yang antara mereka kerajaan orang-orang itu akan dibahagikan,
dan pada mereka akan datang orang yang harus binasa itu, mengumumkan
bahawa sepuluh tanduk akan muncul
daripada binatang itu, dan satu lagi
tanduk kecil akan timbul di tengah-tengah mereka, dan bahawa tiga daripada
sepuluh itu akan dicabut di depannya. Dia berkata: Dan pada tanduk itu tampak
ada mata seperti mata manusia
dan mulut yang menyombong,
dan yang lebih besar rupanya dari tanduk-tanduk
yang lain. Dan aku melihat tanduk itu berperang
melawan orang-orang kudus dan mengalahkan mereka, sampai Yang Lanjut Usianya itu datang
dan keadilan diberikan kepada orang-orang
kudus milik Tuhan Yang Mahatinggi dan waktunya datang orang-orang
kudus itu memegang pemerintahan. Daniel 7:8, dst. Kemudian, selanjutnya, dalam penafsiran penglihatan itu, ada dikatakan
kepadanya: Binatang yang keempat
itu ialah kerajaan yang keempat yang akan ada di bumi,
yang akan berbeda dengan segala kerajaan
dan akan menelan seluruh bumi, menginjak-injaknya
dan meremukkannya. Kesepuluh
tanduk itu ialah kesepuluh raja yang muncul dari kerajaan
itu. Sesudah mereka, akan muncul
seorang raja; dia [jauh melebihi dalam
perbuatan
jahat] daripada
raja-raja yang dahulu dan akan
merendahkan tiga raja. Ia akan mengucapkan
perkataan yang menentang Tuhan Yang Mahatinggi, dan akan menganiaya orang-orang kudus milik Tuhan
Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum,
dan mereka akan diserahkan ke dalam
tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah
masa, Daniel 7:23, dst., iaitu, selama
tiga tahun dan enam bulan, dan ketika waktu ini,
apabila dia datang, dia akan
berkuasa atas bumi. Tentang dia
juga Rasul Paulus sekali lagi, berkata
dalam [Surat] kedua kepada orang Tesalonika, dan pada
waktu sama mengumumkan sebab
kedatangannya, demikian berkata: pada waktu itulah si pendurhaka
baru akan menyatakan dirinya, tetapi Tuhan
Yesus akan membunuhnya dengan nafas mulut-Nya dan akan memusnahkannya, kalau Ia datang
kembali. Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa
perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, dengan rupa-rupa
tipu daya jahat
terhadap orang-orang yang harus
binasa karena mereka tidak menerima
dan mengasihi
kebenaran
yang dapat menyelamatkan mereka. Dan itulah sebabnya Allah mendatangkan kesesatan
atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya
akan dusta,
supaya dihukum semua orang yang tidak percaya
akan kebenaran
dan yang suka kejahatan, 2 Tesalonika
2:8
[Kerajaan Keempat Sistem
Rom difahami berterusan sampai sistem terakhir
Antikristus yang selama tiga setengah tahun
atau 1260 hari. Ahli-ahli teologi awal
tidak mengerti bahawa waktu ini
ada taip dan antitaip iaitu dua kerajaan, satu daripada kaki besi dan tanah liat dan yang terakhir daripada sepuluh jari kaki yang menyusuli daripadanya dan tempoh-tempohnya ialah 1260 tahun Kerajaan Rom Suci dan yang terakhir ialah 1260 hari Antikristus. Mungkin sekali Roh Kudus menyembunyikan fakta ini daripada mereka
sebab mereka mengalami penganiayaan besar waktu itu
sekalipun. Terdapat enam Kerajaan yang juga merupakan
bilangan Zaman Penciptaan.
Ed.]
4. Tuan [Yesus]
juga berbicara seperti berikut kepada mereka yang tidak percaya
dalam Dia: Aku datang dalam nama Bapa-Ku dan kamu tidak menerima Aku; jikalau orang lain datang atas namanya sendiri,
kamu akan menerima dia, Yohanes 5:43 memanggil Antikristus
orang lain, kerana dia diasingkan
daripada Tuan Yesus. Ini
juga ialah hakim yang tidak
adil, yang dia sebutkan sebagai seorang yang tidak takut akan Tuhan dan tidak menghormati seorangpun, Lukas 18:2, dst dan kepadanya si janda selalu datang dalam kelalaiannya
akan Tuhaniaitu,
Yerusalem duniawi,-- meminta haknya dibela terhadap lawannya. Ini juga dia akan lakukan pada waktu kerajaannya: dia akan memindahkan
kerajaannya ke dalam [kota] itu,
[justeru Antikristus akan menduduki Yerusalem dalam zaman mendahului Mesias Ed.] dan akan
duduk dalam bait Tuhan, menyesatkan mereka yang menyembahnya, seolah-olah dirinya Kristus. Sebab itu Daniel berkata sekali lagi: Dan tempat-Nya yang kudus dirobohkannya;
suatu kebaktian diadakan secara fasik
menggantikan korban sehari-hari, kebenaran dihempaskannya ke bumi, dan apapun
yang dibuatnya (fecit), semuanya berhasil. Daniel 8:12 Malaikat
Gabriel, ketika menerangkan
penglihatannya, menyatakan berkenaan orang ini: Dan pada akhir kerajaan mereka, apabila orang-orang fasik telah penuh
kejahatannya, maka akan muncul seorang
raja dengan muka yang garang dan yang pandai menipu. Kekuatannya sangat hebat, penuh keajaiban;
dan dia akan mencemari, memerintah, mempengaruhi (faciet), dan orang-orang berkuasa akan dibinasakannya, juga umat orang kudus; dan kuknya akan dikenakan
seperti lingkaran [mengelilingi tengkuk mereka]; penipuan yang dilakukannya akan berhasil; ia akan
membesarkan dirinya dalam hatinya: dia juga akan menjatuhkan
ramai orang dengan penipuan, dan menyebabkan ramai orang dibinasakan, meremukkan mereka dalam tangannya seperti telur. Daniel 8:23 dst. Kemudian dia
menyatakan berapa lama kelalimannya bertahan, yang dalam waktunya orang-orang kudus melarikan diri, mereka yang mempersembahkan korban murni pada Tuhan: Dan pada pertengahan
minggu itu, dia berkata, korban sembelihan dan korban santapan akan dihentikan, dan pembinasa
keji [akan dibawa] ke dalam
bait: malah sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu. Daniel 9:27 Adapun
tiga tahun dan enam bulan merupakan
setengah minggu itu.
5. Daripada semua ayat ini dinyatakan
kepada kita, bukan saja semua
perincian kemurtadan
itu, dan [segala perbuatan] dia yang memusatkan dalam dirinya setiap kesilapan
keiblisan, tetapi juga, bahawa adanya Allah Bapa yang sama, yang dinyatakan oleh para nabi,
tetapi ditunjuk jelas oleh Kristus. Sebab jika apa
yang Daniel nubuatkan mengenai
zaman akhir telah disahkan oleh Tuan [Yesus], ketika Dia berkata, Apabila kamu melihat
Pembinasa
keji , menurut firman yang disampaikan oleh nabi
Daniel Matius 24:15
(dan malaikat
Gabriel menyampaikan tafsiran
penglihatan-penglihatan itu
kepada Daniel, dan dia merupakan penghulu malaikat Pencipta (Demiurgi), yang juga mengumumkan kepada Maria kedatangan dan penjelmaan
nyata Kristus), maka ini amat
jelas menunjukkan Tuhan
yang sama, yang mengutus para nabi,
dan membuat perjanjian mengenai Anak, dan memanggil kita ke dalam pengetahuanNya.
Kita perhatikan dalam bahagian ini struktur
Unitarian teologi yang digariskan
oleh Irenaeus. Perkembangan setengah
minggu dalam teks ini berkaitan
dengan bahagian selepas kejatuhan Bait yang mana pembinasaan Yehuda berterusan selama tiga setengah
tahun selepas kejatuhan Bait. Ini diliputi dalam naskah Perang dengan Rom dan Kejatuhan Bait
(No. 298).
Waktu masalah-masalah dalam Bait, dan pendahuluan kepada perang, bermula dengan waktu dari
42 bulan sebelum penghentian korban harian dan kemudiannya kehancuran Bait. Usaha
untuk menghubungkannya kepada Kristus datang daripada salah terjemah Daniel 9:25 dalam KJV. Kesilapan ini selalu
ada dalam Kekristianan Trinitarian dan palsu
sama sekali.
Irenaeus dengan tepat menghubungkan
waktu ini kepada kejatuhan Bait dan bukan kepada pelayanan
Mesias empat puluh tahun sebelumnya. Dia, bagaimanapun, mengerti sisa minggu tahun
ini sebagai dibawa kepada waktu
Antikristus pada zaman akhir.
Justeru dia melihat setengah kedua minggu ini
sebagai taip/antitaip. Ada kemungkinannya dia melihat minggu
ini sebagai tambahan kepada 70 minggu tahun dan setengah pertama minggu itu ialah
3.5 tahun dari 70 CE hingga 74 CE dengan kehancuran Yehuda. Justeru setengah kedua minggu tambahan ini ialah 3.5 tahun
di bawah Antikristus. Ini ialah 42 bulan dalam Wahyu dan berakhir dengan kedatangan Mesias. Jadi
1263 hari saksi-saksi itu ialah waktu
sama dengan 42 bulan Antikristus.
1260 hari dan 42 bulan dalam pendapat ini ialah tempoh
waktu yang sama. Ini tiada kaitan dengan
nubuatan Daniel 9:25-27 dan 70 minggu
tahun walaupun ramai ahli teologi
telah menyalah terjemah teks itu
untuk membuatnya merujuk kepada Kristus dan pelayanan serta kematiannya, yang sebenarnya tidak.
Teks Daud
9:25-27 berbunyi:
25 Maka ketahuilah dan pahamilah: dari saat firman
itu keluar, yakni bahwa Yerusalem
akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa; dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan
dibangun kembali dengan tanah lapang
dan paritnya, tetapi di tengah-tengah kesulitan. 26 Sesudah keenam
puluh dua kali tujuh masa itu akan disingkirkan
seorang yang telah diurapi, padahal tidak ada salahnya
apa-apa. Maka datanglah
rakyat seorang raja memusnahkan
kota dan tempat kudus itu, tetapi raja itu akan menemui
ajalnya dalam air bah; dan sampai pada akhir zaman akan ada peperangan dan pemusnahan, seperti yang telah ditetapkan. 27 Raja itu akan membuat perjanjian
itu menjadi berat bagi banyak
orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan
korban sembelihan dan korban santapan;
dan di atas sayap kekejian akan datang
yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu. (RSV)
Sebenarnya terdapat
dua mesias atau orang diurapi dalam nubuatan
itu. Orang diurapi pertama ialah Nehemia dalam pemerintahan Artahsasta II, dan orang diurapi kedua ialah Yakobus
saudara Kristus, biskop Yerusalem, yang dibunuh pada 63/4
CE. Daripada kejadian itu umat seiman
tahu mereka harus meninggalkan Yerusalem dan Yudea dan mereka pergi ke
Pella. Aspek itu dan tempoh sebenarnya diliputi dalam naskah Tanda Yunus dan Sejarah
Pembangunan Kembali Bait (No. 013).
Sekarang kita akan bincangkan bahagian seterusnya mengenai kemurtadan terakhir. Kita akan lihat daripada teks ini dan seterusnya
bahawa kemurtadan terakhir merupakan konflik dalam mana kultus-kultus Matahari yang beribadat hari Minggu dengan bidaah-bidaah
Krismas dan Easter mereka akan cuba menghapuskan
jemaat-jemaat Tuhan. Mereka akan
gagal dan Kristus akan datang untuk
menangani dunia dan menghapuskan
mereka.
Kita akan meneruskan pemeriksaan Irenaeus dan kemurtadan
Zaman Akhir dan identifikasinya akan
Antikristus.
Buku V Bab 28
Perbezaan yang dibuat
antara orang benar dan
orang fasik/jahat. Kemurtadan masa depan pada zaman Antikristus, dan akhirat dunia.
1. Lantaran itu, sebab dalam dunia (αἰῶνι) ini
sesetengah orang
pergi kepada terang, dan dengan iman mempersatukan
diri mereka dengan Tuhan, namun
orang lain menjauhi terang,
dan memisahkan diri mereka daripada Tuhan,
Firman Tuhan datang
menyediakan tempat tinggal sesuai untuk kedua-duanya. Bagi mereka sesungguhnya yang berada dalam terang,
supaya mereka boleh mendapat kenikmatan daripadanya, dan daripada benda-benda baik yang terkandung
dalamnya; tetapi bagi mereka yang dalam kegelapan, agar mereka mengambil bahagian dalam kecelakaannya. Tentang hal ini Dia berkata,
mereka yang di tangan kanan dipanggil ke dalam kerajaan
syurga, tetapi mereka yang di kiri Dia akan kirim ke dalam
api kekal sebab mereka telah menghilangkan
segala kebaikan daripada diri mereka.
2. Atas sebab inilah rasul berkata: Karena mereka tidak menerima kasih Tuhan,
agar mereka dapat diselamatkan, Tuhan mendatangkan kesesatan atas
mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta, supaya dihukum semua orang yang tidak percaya akan
kebenaran dan yang suka kejahatan. 2 Tesalonika 2:10-12
Sebab apabila dia (Antikristus)
sudah datang, dan atas kerelaannya sendiri memusatkan dalam dirinya kemurtadan, dan berhasil
mencapai apa saja yang dia akan
lakukan menurut kemahuan dan pilihannya sendiri, duduk juga dalam bait Tuhan,
supaya mereka yang ditipunya dapat memujanya sebagai Kristus; sebab itu jugalah berpatutan
yang dia akan dilemparkan ke dalam lautan api:
Wahyu 19:20 [ini
akan terjadi menurut penentuan ilahi], Tuhan dengan pratahuNya meramalkan semua ini, dan pada waktu tepat mengutus
orang sebegitu, yang menyebabkan mereka percaya akan
dusta, supaya
dihukum semua orang yang tidak percaya akan kebenaran dan
yang suka kejahatan; yang kedatangannya Yohanes gambarkan seperti berikut dalam Wahyu: Binatang yang kulihat
itu serupa dengan macan tutul,
dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa.
Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. Maka tampaklah kepadaku satu dari
kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh
dunia heran, lalu mengikut binatang itu. Dan mereka menyembah naga itu, karena ia memberikan
kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil
berkata: "Siapakah
yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang
melawan dia?" Dan kepada binatang itu diberikan mulut,
yang penuh kesombongan dan hujat;
kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya
empat puluh dua bulan lamanya. Lalu ia membuka mulutnya
untuk menghujat
Allah, menghujat
nama-Nya dan kemah kediaman-Nya
dan semua mereka yang diam
di sorga. Dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku
dan umat dan bahasa dan bangsa. Dan semua orang yang diam
di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis
sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih. Barangsiapa bertelinga, hendaklah ia mendengar!
Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan;
barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan
pedang, ia harus dibunuh dengan
pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan
dan iman
orang-orang kudus. Wahyu 13:11, dst. Selepas ini
dia juga menggambarkan pembawa perisainya, yang juga dipanggilnya nabi
palsu: Dia berbicara seperti seekor naga, dan seluruh kuasa binatang
pertama itu dijalankannya di depan matanya, dan menyebabkan bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah
sembuh. Dan dia mengadakan tanda-tanda dahsyat, bahkan dia menurunkan api turun dari langit
ke bumi di depan mata semua
orang, dan dia akan menyesatkan
mereka yang diam di bumi. Wahyu 13:11, dst. Jangan sesiapa
membayangkan
bahawa dia melakukan tanda-tanda dahsyat ini dengan
kuasa tuhan, tetapi dengan pelaksanaan
sihir. Dan kita harus jangan terkejut
jika, sebab iblis
setan dan roh-roh murtad melayaninya, dia melalui mereka melaksanakan tanda-tanda ajaib, dan dengan itu menyesatkan para penduduk bumi. Yohanes berkata selanjutnya: Dan dia menyuruh supaya
patung binatang itu didirikan, dan dia akan memberi
nyawa kepada patung itu, sehingga
patung berbicara, dan dia akan menyebabkan
semua orang yang tidak menyembah patung itu dibunuh. Dia juga berkata: Dia akan menyebabkan
semua orang diberi tanda pada dahinya atau pada tangan kanannya, sehingga tidak seorangpun dapat membeli atau
menjual, selain mereka yang memakai tanda nama binatang itu atau bilangan
namanya; dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam,
Wahyu 13:14, dst. iaitu, enam
kali seratus, enam kali sepuluh, dan enam unit. [Dia memberikan ini] sebagai ringkasan seluruh kemurtadan itu yang berlaku sewaktu enam ribu tahun.
3. Sebanyak
mana jumlah hari untuk dunia ini dijadikan, begitu banyak juga ribuan tahun semuanya akan diakhiri. Atas sebab ini Kitab Suci
mengatakan: Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. Dan Tuhan mengakhiri pada
hari keenam segala pekerjaan yang Dia telah lakukan; dan Tuhan berhenti pada hari ketujuh dari segala
pekerjaan yang telah dibuatNya itu. Kejadian
2:2 Inilah kisah benda-benda yang dicipta sebelumnya, sebab ini juga satu nubuatan
mengenai hal yang akan datang. Sebab
satu hari bagi Tuhan sama seperti seribu tahun; 2 Petrus 3:8 dan dalam enam hari
benda-benda tercipta
diselesaikan: justeru jelas, bahawa semua
itu akan berakhir pada tahun keenam ribu.
4. Jadi sepanjang
seluruh waktu, manusia, yang dibentuk dari semula oleh tangan Tuhan,
iaitu, Anak dan Roh, dijadikan
menurut gambar dan rupa Tuhan: debu jerami, sesungguhnya, iaitu kemurtadan, dibuang; tetapi gandum, iaitu, mereka yang mengeluarkan hasil kepada Tuhan
dalam iman,
dikumpulkan dalam lumbung.
Atas sebab
inilah kesengsaraan adalah perlu bagi
mereka yang diselamatkan, sebab sesudah dipecah-pecahkan,
dan dijadikan halus, dan dipercikkan oleh ketekunan Firman
Tuhan, dan dinyalakan [untuk
pemurnian], mereka dijadikan layak untuk perjamuan raja. Seperti kata seorang tertentu antara kami, apabila dia dihukum
serah kepada binatang liar kerana kesaksiannya
berhubungan dengan Tuhan:
Aku gandum Kristus,
dan dikisar oleh gigi binatang liar, supaya aku didapati roti murni Tuhan.
Kini jelas bahawa pendapat
jemaat mula-mula adalah bahawa rangka
waktu dunia di bawah Iblis akan diakhiri dalam
enam ribu tahun dan kita tahu bahawa enam
ribu tahun itu betul-betul menurut kronologi alkitabiah yang berakhir dalam tempoh yobel
ke 120 iaitu pada 2027 (lihat naskah Jadual
Waktu Ringkasan Zaman (No. 272)). Ini merupakan doktrin berterusan Jemaat-jemaat Sabat
Tuhan sepanjang dua milenium
sejak pendirian jemaat di bawah Mesias dan para
rasul.
Yobel-yobel diketahui dengan tepat oleh jemaat dan oleh ramai pihak wibawa akademik
sejak zaman berzaman. Penentuan Yobel-yobel didapati dalam karya Membaca
Hukum dengan Ezra dan Nehemia (No. 250).
Usaha bersama telah dibuat
oleh Yudaisme untuk mengherotkan hukum dan Kalendar Bait dan merosakkan sistem yobel. Cubaan-cubaan
itu diperiksa dalam naskah Pengherotan Kalendar Tuhan di
Yehuda (No. 195b). Bagaimanapun, kita telah dapat
memelihara doktrin-doktrin itu dan sehingga abad kedua puluh
di bawah sistem Armstrong kita telah berjaya
memelihara Kalendar itu bebas daripada
korupsi Kalendar Hillel Yahudi yang kemudian itu dengan semua
penangguhannya dan interkalasi
Babel yang salah.
Jemaat awal nampak bahawa sistem
akhir itu merupakan satu lanjutan sistem Kerajaan Rom Suci sebelumnya sebab ini juga difahami oleh jemaat-jemaat Tuhan
yang dianiaya oleh sistem itu. Sistem akhir
itu didirikan untuk meniru sistem
Rom Suci tetapi sistem ini, akhirnya,
dikuasai oleh Binatang itu
yang berpaling menentang pelacur beragama yang membantu menciptanya dan yang ditirunya dalam usahanya untuk menghancurkan sistem Sabatarian.
Itu telah sentiasa dianggap mempunyai nabi palsu dan sebahagian daripada sistem Antikristus. Kemurtadan besar ini difahami diprabayangkan
dalam sejarah oleh banjir besar itu
dan sistem Babel serta penganiayaannya.
Buku V Bab 29
Segala sesuatu telah diciptakan untuk pelayanan manusia. Segala penipuan, kejahatan, dan kuasa murtad Antikristus. Ini sudah dipragambar di banjir besar itu,
seperti selepas itu oleh penganiayaan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.
1. Dalam buku-buku sebelumnya
saya telah mengemukakan sebab-sebab untuk apa Tuhan mengizinkan
semua ini dibuat, dan menunjukkan bahawa semua itu
telah dibuat untuk manfaat sifat
manusia
itu yang diselamatkan, dimatangkan untuk kekekalan
yang [dimiliki] daripada kebebasannya sendiri dan kuasanya sendiri, dan menyediakan serta membuatnya lebih sesuai untuk ketaatan
kekal
kepada Tuhan. Dengan itu ciptaan sesuai
bagi [semua keinginan] manusia; sebab manusia tidak
dicipta untuknya, tetapi ciptaan untuk kepentingan manusia. Bangsa-bangsa ini bagaimanapun, yang sendirinya tidak mengangkat mata mereka ke syurga,
juga tidak membalas kesyukuran kepada Pencipta mereka, juga tidak mahu memandangn
terang
kebenaran, tetapi umpama tikus buta
yang tersembunyi dalam kejahilan
mendalam, firman dengan
tepat menganggapnya seperti setitik air dalam timba dan seperti sebutir debu pada neracamalahan, sebagai tiada apa-apa;
Yesaya
40:15 sama berguna dan bermanfaat kepada orang benar, sebagaimana tunggul jerami menimbulkan pertumbuhan gandum, dan jeraminya, dengan cara pembakaran,
menggantikan emas sebenar. Dengan itu, apabila akhirnya
Jemaat
akan tiba-tiba terbabit daripada ini, dikatakan, Akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi
sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi
lagi. Matius 24:21 Sebab ini merupakan
pertandingan akhir orang benar, dalam mana, apabila mereka memenanginya mereka dimahkotakan dengan ketidakbinasaan.
2. Dengan itu terdapat dalam binatang ini, apabila
ia datang, suatu rekapitulasi yang terdiri daripada segala jenis kejahatan
dan setiap penipuan, supaya seluruh kuasa kemurtadan, menyalur ke dalam dan dikunci
dalamnya, dapat dikirim ke dalam
perapian. Jadi sesuai sekali namanya mempunyai bilangan enam ratus dan enam puluh enam, sebab
ia menjumlahkan dalam dirinya sendiri
segala campuran gabungan kejahatan
yang terjadi sebelum air
bah, disebabkan kemurtadan
para malaikat.
Sebab Nuh berumur
enam ratus tahun ketika air bah menimpa bumi, menyapu
pergi dunia durhaka, demi kepentingan keturunan paling bernama
buruk itu yang hidup pada zaman Nuh. [Antikristus] juga menjumlahkan setiap kesesatan
berhala
yang direncanakan sejak air
bah itu, berserta dengan pembunuhan para nabi
dan penghapusan orang benar.
Sebab patung yang didirikan oleh Nebukadnezar
sesungguhnya mempunyai tinggi enam puluh
hasta, sementara lebarnya enam hasta; disebabkan itu Hananya, Azarya, dan Misael, apabila
mereka tidak menyembahnya, dibuang ke dalam perapian
bernyala-nyala, dan menunjukkan
secara
nubuatan, dengan apa yang terjadi kepada mereka, kemarahan
terhadap orang benar yang akan timbul menjelang
[zaman] akhir. Sebab patung itu, secara
keseluruhannya, merupakan prabayang kedatangan orang ini, menitahkan bahawa dia hanya
dia seorang saja yang harus disembah oleh semua manusia.
Maka demikianlah, enam
ratus tahun Nuh, yang dalam zamannya air bah terjadi kerana kemurtadan,
dan bilangan hasta patung itu yang sebabnya orang-orang benar ini dilempar
ke dalam perapian bernyala-nyala, sesungguhnya menunjukkan bilangan nama orang itu yang dalamnya dipusatkan seluruh kemurtadan enam ribu tahun, dan kelaliman, dan kejahatan,
dan nubuatan
palsu, dan penipuan; disebabkan semua itu suatu bencana
api juga akan datang [menimpa bumi].
Anda akan perhatikan bahawa pautan-pautan (link) kepada Ensiklopedia Katolik memberikan pandangan-pandangan mereka. Dalam pautan kepada Antikristus mereka mencatatkan bahawa orang Albigenia dan Waldensia dan orang lain sampai abad ke 16 mengenal
pasti sistem Roman Katolik sebagai sistem Antikristus dan mereka mengatakan bahawa jika satu
unsur jemaat itu merupakan Antikristus
maka semuanya sama, termasuk orang Protestan, dan kami setuju. Seluruh sistem ibadat hari Minggu
yang meliputi sistem Rom
dan termasuk Protestan ingkar ialah Antikristus
dan sistemnya. Sistem itu bertanggungjawab atas pembunuhan nabi-nabi dan orang-orang kudus sepanjang
sejarah. Tiada lagi sistem wujud yang layak untuk bilangan
dan kutukan ini.
Pendapat-pendapat Irenaeus diambil
terima oleh pembantunya
Hippolytus yang juga dilatih di Smirna.
Dia mengembangkan pendapat-pendapat
itu tetapi malangnya dia juga mengembangkan kesilapan Irenaeus mengenai Antikristus berasal daripada Dan.
Hippolytus
Fasa berikutnya dalam teologi Antikristus
ialah fasa Hippolytus, yang
menyambung daripada
Irenaeus berkenaannya. Teks mengenai
Antikristus datang daripaa Suku Dan dikembangkan daripada s.14 di bawah dan
Hippolytus mengembangkan beberapa
nubuatan berkenaan Dan untuk meletakkan kedudukan Antikristus pada kaki suku Dan. Kedua-dua dia dan Irenaeus menggunakan kutipan-kutipan daripada Yeremia
8:16 mengenai bunyi ringkik kuda yang didengari dari Dan sebagai menandakan bahawa Antikristus berasal daripada suku Dan dan Mesias berasal daripada Yehuda. Hakikat bahawa Dan memiliki janji hak kelahiran yang dia akan menghakimi
umatnya atas sebab tidak jelas
dianggap berkaitan dengan tempoh kekuasaan
Antikristus iaitu satu tempoh singkat
bertentangan dengan Kristus. Tafsiran jelas bahawa musuh
mula-mula datang pada Dan
yang juga merupakan serangan
rohani ke atas bangsa Israel dengan pendirian anak lembu emas
serta sistemnya nampaknya diabaikan dan bahawa sesungguhnya sistem itulah yang menyerang Israel, tetapi kali terakhir ini seluruh
badan Israel rohani diserang.
Kutukan suku Dan ini dianggap diperkukuhkan
oleh fakta bahawa Dan tiada dalam senarai
suku-suku dalam Wahyu 7. Bagaimanapun, kita boleh perhatikan bahawa Efraim juga begitu. Suku
Yusuf disebutkan dan begitu
juga Manasye yang mana harus
dianggap menunjukkan bahawa suku campuran
Yusuf itu tidak memasukkan Manasye dalam fasa ini
dan, sebab Yusuf hanya digunakan dalam kitab suci untuk menunjukkan
satu badan campuran dua kumpulan, Yusuf semestinya memasukkan dua lagi suku yang tidak disebutkan, iaitu Efraim dan Dan. Daripada Yeremia 4:15dst, kita lihat mereka
disebut serentak berkenaan peringatan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia [Mesias] datang. Teks
dan nubuatan yang sangat bermakna
ini diabaikan dalam senario palsu
itu, meskipun hakikat bahawa ini merujuk kepada
zaman akhir dan Tuhan khususnya
menggunakan suaranya untuk mengingatkan bangsa-bangsa dalam zaman akhir (lihat naskah
Peringatan
Zaman Akhir (No. 044)).
Gambaran singa muda yang dipakaikan kepada kedua-dua Mesias dan Yehuda dan kepada
Antikristus, seperti kita lihat dalam
s.6 di bawah, juga disalahpakaikan
kepada Dan. Salah pakai ini berterusan dari s.6 sampai s.14 dan disalah pakai di seluruhnya.
Risalat ini diterbitkan sepenuhnya supaya kita boleh
mengerti apakah pandangan tentang Antikristus pada abad ketiga Jemaat di Eropah. Dengan cara ini kami boleh
menterjemahkan teks itu kepada bahasa
lain dan membuatnya boleh didapati di Internet.
Hippolytus
mengusahakan simbolisme 666
itu sampai kepada orang Latin dan Rom.
Daripada kesilapan
ini berkenaan Dan, dan
lain-lain, sesetengah orang percaya
bahawa keturunan Dan terus wujud dalam
darah mereka yang berketurunan keluarga raja
Graeco-Rom dan dinasti Seleucid, dan bahawa Antikristus akan datang daripada
keturunan itu. Bagaimana caranya senario itu diperolehi
tidak pernah betul-betul diterangkan melainkan perumuman tidak logik. Ini ternyata Anti-Semitisme kuno dalam satu
lagi bentuk tidak sihat.
Semua hujah penjelasan mulai daripada premis palsu ini dan selepas
itu para pembelanya memperdebatnya daripada perumuman-perumuman tanpa apapun aspek khusus.
Kami telah melihat sesetengah orang mendesak bahawa Josephus menuntut bahawa orang Sparta merupakan saudara-saudara dan dengan itu disebabkan adanya Danaoi yang disebut 138 kali dalam Iliad sebagai berlawan dengan orang Yunani di
Troy, justeru orang Sparta berasal
daripada suku Dan. Logik perkara ini tersangat
cacat sekali dan mengabaikan banyak rujukan bertentangan. Fakta yang tidak pernah disebut
dalam teori liar ini adalah bahawa
Josephus mengenal pasti dengan tepat dari
siapakah orang Sparta berketurunan
dan itu ialah bani Ketura. Catatan surat kepada
orang Sparta dalam laporan
Josephus (dalam A
of J 13.5.8) juga terkandung dan diperluaskan dalam 1 Maccabees
12:22 yang menunjukkan mereka
ialah bani Abraham. Persetujuan
umum adalah bahawa mereka ialah
bani Ketura. Kalaulah mereka
daripada suku Dan mereka sudah tentu
dipanggil bani Yakub dan pertalian
lebih erat tentunya dihuraikan dan catatan lanjut dibuat. Apa sekalipun mereka bukanlah Danaoi menurut rekod Yunani.
Identifikasi orang Danaan di kalangan orang Yunani khususnya merupakan bani Belus bin Libya dan Raja purba
Mesir. Namanya bermakna Tuhan, suatu kata terbitan
daripada Baal bagi orang
Kanaan. Belus juga menjadi raja daerah
Efrat dan mengasaskan satu kerajaan di Arab dari Mesir. Dua anaknya ialah Aegyptus dan Danaus
dari siapa orang Danaan dinamakan. Aegyptus menggantinya memerintah Mesir dan Arab sementara
Danaus memerintah Lybia.
Dari Lybia kita lihat pertalian Yunani itu berkembang juga dalam E3b. Lima puluh peratus lelaki Yunani ialah E3b dari Afrika Utara dan
orang Fenisia dari Carthage dan Timur Tengah.
Apollodorus juga menuntut bahawa Agenor ialah
saudara kembar Belus[1].
Belus memerintah di Mesir, dan Agenor memerintah atas Sidon dan Tirus di Fenisia (art. Wikipedia
Belus).
Penduduk moden
Tirus ialah orang Fenisia Hg. K. Orang Mesir dan
Libia ialah E3b dan dengan itu keturunan Danaoi
berdasarkan bukti YDNA kemungkinan sekali E3b dan tiada pertalian apapun dengan suku
Dan.
Orang Achaea (bahasa Yunani:
Ἀχαιοί, Akhaioν) ialah satu daripada nama-nama kolektif yang digunakan untuk orang Yunani dalam karya Iliad (digunakan 598 kali) dan Odyssey Homer. Nama-nama lain ialah orang Danaan (Δαναοί, digunakan
138 kali dalam Iliad)
dan Argive ((Ἀργεῖοι, digunakan
29 kali dalam Iliad).
Dalam zaman sejarah, orang Achaea merupakan
penduduk wilayah Achaea, satu
wilayah di bahagian tengah utara Peloponnese.
Kota-kota negeri wilayah ini
membentuk satu persekutuan yang dikenali sebagai Liga Achaea yang berpengaruh ketika abad-abad ke 3 dan 2 BC. (art.
Wikipedia Achaeans (Homer)).
Dalam mitologi
Yunani, divisi-divisi budaya yang dirasai di kalangan orang Yunani digambarkan sebagai baris-baris keturunan legenda yang mengenal pasti kumpulan-kumpulan kekeluargaan, dengan tiap baris diperolehi daripada satu leluhur
yang memberinya namanya (eponymous). Setiap ethne Yunani itu dikatakan dinamakan
sempena leluhur-leluhur mereka masing-masing: Achaeus bagi orang Achaea, Danaus bagi
orang Danaan, Kadmos bagi
orang Kadmeioi, Hellen bagi
orang Hellene (jangan dikelirukan
dengan Helen dari
Troy), Aeolus bagi orang Aeolia,
Ion bagi orang Ionia,
dan Dorus bagi
orang Dorian.
Kadmos dari Fenisia,
Danaus dari Mesir, dan Pelops dari Anatolia
masing-masing mendapat kedudukan
di tanah besar Greece dan diasimilasi serta di-Hellenisasi. Hellen, Graikos,
Magnis, dan Macedon merupakan anak-anak
Deucalion dan Pyrrha, satu-satunya yang [dikatakan] selamat daripada Banjir Besar; ethne
itu dikatakan dinamakan pada mulanya sempena anak lebih
tua Graikoi tetapi dinamakan kembali kemudiannya setelah Hellen terbukti paling kuat. Anak-anak Hellen dan peri Orsiis ialah Dorus, Xuthos, dan Aeolus. Anak-anak Xuthos dan Kreousa, anak perempuan Erechthea, ialah Ion dan Achaeus.[12]
(Wikipedia ibid.).
Bapa
Deucalion menurut legenda ialah
orang titan abadi, Prometheus. Dia dikatakan membuatkan Deucalion membuat satu bahtera
untuk selamat daripada banjir yang bakal datang dikirim
Zeus untuk menghukum manusia.
Pyrrha isteri Deucalion juga ialah saudaranya, anak perempuan Epimetheus, (saudara kepada Prometheus) dan Pandora. Banjir
yang dikatakan ini adalah selama sembilan
hari. Pasangan itu mendarat di Gunung Parnassus.
Mereka melaksanakan satu perbuatan mencipta atas nasihat dewi
nubuatan titan iaitu
Themis. Dia menyuruh mereka
mencipta orang lain dengan melemparkan tulang-tulang ibu mereka di belakang
mereka yang mereka tafsirkan sebagai melempar batu-batu (iaitu tulang-tulang Gaia) ke belakang bahu-bahu mereka dan dengan berbuat demikian batu-batu yang dibuang
oleh Deucalion itu menjadi kaum lelaki dan batu-batu yang dibuang oleh Pyrrha menjadi kaum perempuan.
Deucalion
dan Pyrrha difahamkan telah
menetap di Thessaly di mana mereka
menghasilkan anak cucu dengan hidup
bersama. Dua anak lelaki mereka ialah
Hellen dan Amphictyon. Hellen memperanakkan
Aeolus (pengasas orang Aeolia), Dorus (pengasas orang Dorian), dan Xuthus. Xuthus menjadi bapa Achaeus (pengasas orang Achaea) dan Ion (pengasas
orang Ionian).
Menurut Pausanias, (VII,
I) yang menulis pada abad ke 2 CE, istilah Achaean pada mulanya diberikan kepada orang Yunani yang menduduki
Argolis dan Laconia. Ini bagaimanapun bukan caranya Homer menggunakan istilah itu. Dia menggunakan istilah itu sebagai istilah
umum untuk mereka yang kita boleh panggil orang Yunani Mycenea dan justeru itu idea-idea Abad Ketiga dan Kedua CE kemudian telah menjadi lebih
terbatas. Bagaimanapun perhatikan bahawa orang Sparta
pada mulanya dilihat sebagai orang Achaea dan dengan itu kita boleh
mengenal pasti orang Achaea
sebagai orang Semit dan sama ada Hg. I, dan atau, Hg. IJ asal. Mereka bukan sama dengan
orang Danaan. Bagaimanapun, berdasarkan
apa yang kita tahu tentang Tuatha de Danaan menduduki Ireland (dan sekarang terutamanya di Britain) dan sebagai
sebahagian daripada perserikatan Fenisia, mereka juga
Hg. I (Kepulauan) dan berbeza
daripada orang Yunani Hg. I.
Orang
Yunani/Greek berjumlah kira-kira
11,262,000 (Eurostat). 25% populasi lelaki, sebagai Hg. I, adalah 1,407,750. Terdapat lebih banyak Hg. I di Britain daripada di Greece berkali-kali ganda; justeru Tuatha de Danaan
di Britain dan Ireland jauh melebihi
apa-apa Hg. I di Greece.
Tuntutan bahawa
keluarga-keluarga raja daripada
bani Hellene, sebagai sebahagian
suku Dan, memasuki sistem raja Rom dan justeru itu membentuk dasar
pilihan Antikristus itu adalah tidak
masuk akal.
Keluarga-keluarga Raja sistem
Rom pada asalnya ialah
orang Troy/Trojan daripada bani Aenaeas.
Menurut mitologi Rom Aeneas
ialah anak dewi Aphrodite dan manusia biasa Anchises.
Anchises ialah saudara tahap
kedua Raja Priam dari Troy,
dan dengan itu seorang putera Troy.
Ketika
Perang Trojan Aeneas berperang sebagai
sekutu Troy. Kemudian, setelah Troy dibakar (sekitar 1054 BCE), Aeneas keluar,
memimpin sekumpulan pengikut, dikatakan membawa bapanya yang sudah tua, dan diiringi oleh Ascanius, anak lelakinya (yang kemudiannya dipanggil Iulus, justeru nama
Julius). Sebagai orang Troy YDNA-nya
terbukti Hittite R1b seperti
kebanyakan orang British kuno.
Tuntutan bahawa
lelaki-lelaki Greco/Seleucid mengambil
alih kaum bangsawan/ningrat Rom adalah tanpa satupun
cebisan bukti. Kaum perempuan tidak mewariskan YDNA suku dan dengan itu identifikasi
kesukuan. Sebilangan signifikan bangsawan Itali dan
Sicily sebenarnya daripada
YDNA R1b Norman juga. Begitu juga kerabat
raja Greece sendiri adalah daripada Keluarga Raja Denmark.
Keturunan Perancis
dan dengan itu banyak keturunan Norman British adalah daripada orang Frank dan melalui Charlemagne mereka menjejak balik silsilah mereka kepada Antenor I Raja orang Cimmeria sekitar
500 BCE. Antenor I dinamakan sempena
Antenor yang berperang untuk
Troy dan yang disebutkan dalam
Iliad. Justeru dia dan kebanyakan bangsawan Eropah juga berketurunan Yafet
dan bukan Semit.
Penjelasan lebih mungkin bagi legenda asas Yunani itu adalah bahawa Deucalion dan
Pyrrha ialah nama-nama untuk
anak-anak orang Semit asal yang menduduki Greece sebagai sebehagian mitologi leluhur.
YDNA
Yunani/Greek terbahagi kepada
tiga Haplogrup (Hg.) asas. Yang asal ialah Hg. IJ yang meliputi kira-kira 25% Hg. I dan 25% Hg. J. 50% lagi
ialah Hg. E3b Afrika Utara. (lihat
naskah Asal Genetik
Bangsa-bangsa (No. 265)).
Imigrasi E3b merupakan
satu pemasukan kemudian. Haplogrup-haplogrup asal itu adalah
daripada orang Laconia atau
Sparta daripada bani Ketura. Terdapat
dua penyelesaian kepada masalah ini. Sama ada, bani Ketura ialah Hg. IJ dan
berpecah kepada Hg. I dan
Hg. J di Greece atau mereka
ialah Hg. I dan pemasukan J
adalah daripada pemasukan Arab kemudian. Oleh sebab ini tidak
diutamakan dalam rekod-rekod mereka melainkan campuran Antolian itu kita
mungkin boleh simpulkan bahawa divisi ini datang dari
tempat lain di Asia Minor dan Bani Ketura merupakan kumpulan pertama di situ sebagai Hg. I dan
divisi J masuk dari
Anatolia. Itu kira selaras dengan legenda dan prasejarah purba mereka.
Tentang berkat dan nubuatan pula: Berkat gila apakah itu
sampai mengutuk suku Dan dengan kuasa pengadilan yang terbatas kepada 42 bulan di bawah sistem satu akal
yang sesat? Bagaimanakah ini satu berkat
untuk suku itu? Tempoh Simson mengadili Israel di bawah orang Filistin ialah pilihan lebih panjang
dan lebih mungkin berjaya daripada kegilaan ini.
Pemasukan Dan dalam
sistem milenium Yehezkiel menunjukkan bahawa tafsiran Antikristus datang daripada Dan adalah palsu dan tuntutan bahawa ia tidak berkongsi
pusaka itu adalah karut serta
bertentangan firman Tuhan dalam Yehezkiel 48:1, 2, 32. Hippolytus menyebut
Yehezkiel 28:2-10, jadi abaian
itu adalah satu kesilapan. Perkembangannya akan kitab Daniel
adalah berguna dan boleh dilihat memperkembangkan
sistem Babel kepada Rom dan
selanjutnya. Singa betina dalam Babel (Dan. 7:6) ialah satu rujukan berguna.
Tafsiran itu telah dipeluk oleh kumpulan Trinitarian dan mereka
yang tidak berpengetahuan dalam jemaat-jemaat Tuhan dan disebar-sebarkan dalam sesetengah jemaat Tuhan yang menghadapi Antinomianisme di kalangan mereka. Ini berpunca daripada salah faham
Kitab Suci.
HIPPOLYTUS dari Pelabuhan Rom OSTIA ATTICA [or
Antica]
RISALAT MENGENAI KRISTUS DAN ANTIKRISTUS. (ANF Buku
V, ms 204-219)
1. Sebab engkau ingin, saudaraku Theophilus yang dikasihi, berpengetahuan sepenuhnya tentang topik-topik yang aku kemukakan kepadamu secara ringkas ini, aku rasakan
baik berikan hal-hal pertanyaan ini dengan jelas
kepadamu, mengutip terutamanya daripada Kitab Suci sendiri umpama
daripada mata air suci, supaya engkau
bukan saja senang mendengarnya mengenai kesaksian manusia, tetapi juga dapat, dengan menelitinya
dalam keterangan wibawa (ilahi), untuk memuliakan Tuhan dalam segalanya. Sebab ini bakal
menjadi bekalan pasti untukmu oleh kami bagi perjalananmu dalam kehidupan sekarang ini, supaya
dengan penjelasan tersedia menerapkan benda-benda yang kurang dimengerti dan difahami kebanyakan orang, engkau dapat menanamnya dalam tanah hatimu,
seperti dalam tanah yang subur dan bersih. Dengan semua ini juga, engkau akan dapat
menutup mulut mereka yang menentang dan menyangkal sabda keselamatan. Hanya pastikan engkau jangan serahkan
benda-benda ini kepada lidah-lidah yang menghujat dan tidak percaya, sebab itu bukan bahaya
sembarangan. Tetapi berikannya kepada orang-orang
yang saleh dan beriman,
yang ingin hidup suci dan benar dengan takut. Sebab
memang ada maksudnya rasul yang diberkati itu menasihati Timotius, dan berkata, Hai Timotius, peliharalah apa yang telah dipercayakan kepadamu. Hindarilah omongan kosong dan yang tidak suci dan pertentangan-pertentangan
yang berasal dari apa yang disebut pengetahuan, karena ada beberapa orang yang mengajarkannya dan dengan demikian telah menyimpang dari iman. Sekali lagi,
Sebab itu, hai anakku, jadilah
kuat oleh kasih karunia dalam Kristus
Yesus. Apa yang telah engkau dengar dari
padaku di depan banyak saksi, percayakanlah
itu kepada orang-orang yang
dapat dipercayai, yang juga
cakap mengajar orang lain.
Jadi jika (rasul) yang diberkati
menyampaikan semua ini dengan peringatan
saleh, yang mudah untuk semua orang ketahui, sebab dia merasakan dalam
roh bahawa semua orang tidak memiliki iman, betapa besar lagi
bahaya kita, jika, dengan terburu-buru
dan tanpa berfikir, kita berikan wahyu
Tuhan kepada orang-orang yang tidak
suci dan tidak layak?
2. Sebab para nabi
yang diberkati dijadikan, seumpama, mata untuk kita, mereka
meramalkan melalui iman segala rahsia
firman, dan menjadi para pelayan semua ini
juga sampai generasi berikutnya, bukan saja menceritakan masa lalu, tetapi juga mengumumkan masa kini dan masa depan, supaya nabi
tidak kelihatan seperti nabi untuk
waktu itu saja, tetapi juga boleh meramalkan masa depan untuk semua
generasi, dan dengan itu dianggap nabi
{sebenar). Sebab bapa-bapa ini dibekali
dengan Roh, dan dihormati kebanyakannya oleh Firman sendiri; dan sama juga seperti alat-alat muzik, mereka sentiasa
mempunyai Firman, seperti plectrum, bersatu dengannya, dan apabila digerakkan oleh Dia nabi-nabi mengumumkan apa yang Tuhan kehendaki. Mereka tidak berbicara daripada kuasa mereka sendiri
(jangan silap tentang itu), mereka
juga tidak menyatakan apa yang menyenangkan diri mereka sendiri.
Tetapi Pertama sekali mereka diberkati
dengan hikmat oleh Firman, dan selepas itu sekali lagi
diajar tepat dalam masa depan dengan cara penglihatan-penglihatan.
Kemudian, sesudah mereka sendiri yakin sepenuhnya, mereka menyatakan hal-hal itu yang dinyatakan oleh Tuhan kepada mereka saja, dan disembunyikan daripada semua orang lain. Sebab untuk apakah nabi
dipanggil nabi, melainkan dia dalam
roh meramalkan masa depan? Sebab jika
nabi berbicara tentang apa saja
kejadian yang mungkin, maka dia tentunya
bukan nabi kerana berbicara tentang hal-hal yang dilihat semua orang. Namun seseorang yang memperincikan hal-hal yang bakal terjadi, tepat diduga seorang nabi. Demikian itu nabi-nabi dengan
sebab baik dipanggil daripada peramal-peramal mula-mula. Begitu juga, kita, yang diajar tepat dalam
apa yang dinyatakan sebelumnya oleh mereka, berbicara bukan daripada kemampuan kita sendiri. Sebab
kita tidak mencuba untuk membuat
apa-apa perubahanpun di kalangan kita dalam
kata-kata yang dibicarakan dahulu
oleh mereka, tetapi kita menjadikan Kitab Suci dalam mana semua ini ditulis
diketahui umum, dan membacanya kepada mereka yang boleh percaya dengan betul; kerana itulah manfaat bersama bagi kedua-dua pihak: bagi dia
yang berbicara, dalam mengingati dan menjelaskan secara terperinci dengan tepat semua
hal yang diucapkan dahulu; dan bagi dia yang mendengar, dalam memberi perhatian
kepada hal-hal yang diucapkan.
Maka itu, sebab dalam hal ini
terdapat pekerjaan yang ditugaskan sama-sama kepada kedua-dua pihak, iaitu, bagi
dia yang berbicara, supaya dia berbicara
dengan tepat tanpa memandang risiko, dan bagi dia yang mendengar, supaya dia mendengar
dan menerima dalam iman apa yang dikatakan,
aku memohon kamu untuk bersama-sama
berusaha denganku dalam doa kepada
Tuhan.
3. Jadi inginkah engkau
tahu bagaimana caranya Firman Tuhan, yang juga
Anak Tuhan, sebab Dia dahulunya
Firman, menyampaikan segala wahyuNya kepada nabi-nabi diberkati pada zaman dahulu? Baik,
sementara Firman menunjukkan belas kasihanNya dan penyangkalanNya terhadap semua hal memandang bulu
oleh semua orang kudus, Dia mengajar
mereka dan menyesuaikan mereka kepada apa
yang menguntungkan bagi kita, seperti seorang
tabib yang cekap, mengerti kelemahan manusia. Orang jahil Dia suka ajar, dan orang bersalah Dia
pusingkan kepada jalanNya yang benar. Mereka yang hidup dengan iman
mudah menemui Dia; dan bagi mereka yang bermata murni dan berhati suci, yang ingin mengetuk di pintu, Dia membukanya segera. Sebab Dia tidak menghalau sesiapa daripada hamba-hambaNya sebagai orang tidak layak untuk
rahsia-rahsia ilahi. Dia tidak menghargai orang kaya lebih tinggi daripada
orang miskin, juga tidak memandang
hina orang miskin kerana kemiskinannya.
Dia tidak menghina orang kaum biadap, Dia juga tidak mengetepikan sida-sida sebagai bukan lelaki. Dia tidak membenci perempuan atas alasan perbuatan ingkar perempuan pada mulanya, Dia juga tidak menolak lelaki atas alasan pelanggaran
lelaki itu. Tetapi Dia mencari semua, dan ingin menyelamatkan semua, berhasrat membuat semuanya anak-anak Tuhan, dan memanggil semua orang kudus menjadi manusia sempurna. Sebagai ada juga seorang Anak (atau Hamba) Tuhan, dan melaluinya
kita juga, yang menerima pembaharuan melalui Roh Kudus, semua ingin datang
menjadi manusia syurgawi dan sempurna.
4. Sebab sementara Firman Tuhan bukan manusia, Dia mengambil bagiNya tubuh kudus melalui Perawan kudus, dan menyediakan jubah yang ditenunNya untuk diriNya, seperti seorang pengantin, dalam segala penderitaan
salib, supaya dengan menyatukan kuasaNya sendiri dengan tubuh kita
yang fana, dan dengan mencampurkan yang tidak boleh binasa dengan
yang boleh binasa, dan yang
kuat dengan yang lembah, Dia dapat menyelamatkan manusia yang bakal binasa. Jadi balok (web-beam) ialah pindahan Tuhan pada salib, dan lengkung (warp) tenun padanya ialah kuasa
Roh Kudus, dan benang lengkung
(woof) ialah tubuh kudus
yang ditempa (ditenun) oleh
Roh, dan benang ialah kasih karunia yang dengan kasih Kristus
mengikat dan menyatukan keduanya menjadi satu, dan sisir atau (batang-batang) ialah Firman; dan para pekerjanya ialah para bapa kaum dan nabi
yang menenun jubah cantik, panjang, dan sempurna itu untuk
Kristus; dan Firman yang melalui semua ini,
seperti sisir atau (batang-batang), menyempurnakan melalui mereka apa yang dikehendaki BapaNya.
5. Namun sebab waktu kini mendesak
untuk pertimbangan soal dalam tangan
dengan segera, dan sebab semua yang sudah diperkatakan dalam pengenalan berkenaan kemuliaan Tuhan, mungkin mencukupi, baik kita selidiki
Kitab Suci sendiri, dan mengetahui daripadanya apakah, dan bagaimana caranya, kedatangan Antikristus itu; peristiwa apakah dan pada waktu bilakah seseorang
itu akan dinyatakan; dan bila dan daripada suku apakah
(dia akan datang); dan apa namanya, yang ditunjukkan oleh bilangannya dalam Kitab Suci; dan bagaimana dia akan mengerjakan
kesesatan di kalangan umat, mengumpul mereka dari hujung-hujung
dunia; dan (bagaimana) dia menimbulkan kesengsaraan dan penganiayaan terhadap orang-orang
kudus; dan bagaimana dia akan memuliakan dirinya sebagai Tuhan; dan apakah kesudahannya nanti; dan bagaimana kemunculan tiba-tiba Tuhan akan dinyatakan dari syurga; dan bagaimana nyalaan seluruh dunia nanti; dan bagaimana kerajaan mulia dan indah orang-orang kudus
nanti, bila mereka memerintah bersama dengan Kristus; dan apakah hukuman orang jahat dengan api.
6. Adapun, sebab Tuan kita
Yesus Kristus, yang juga
Tuhan, dinubuatkan dengan gambaran seekor singa, kerana kedaulatan dan kemuliaanNya, begitu juga Kitab Suci sebelumnya telah menyebutkan Antikristus sebagai seekor singa, kerana kelaliman dan kekejamannya. Sebab penipu itu
cuba menjadikan dirinya serupa dalam segala sesuatu
kepada Anak Tuhan. Kristus singa, jadi Antikristus
juga singa; Kristus raja, jadi Antikristus juga seorang raja. Juruselamat dinyatakan sebagai anak domba; begitu
juga dia, dengan cara sama, akan
muncul sebagai anak domba, walaupun
dalam dirinya dia serigala. Juruselamat
datang ke dalam Dunia dalam penyunatan, dan dia akan datang dengan
cara sama. Tuan mengutus rasul-rasul di kalangan semua bangsa, dan dia seperti itu
juga akan mengirim
rasul-rasul palsu. Juruselamat
mengumpul bersama domba-domba yang tersebar luas, dan dia juga akan membawa bersama
suatu bangsa yang terhambur luas. Tuan memberi meterai kepada mereka yang percaya pada Dia, dan dia akan memberi meterai
juga. Juruselamat muncul dalam rupa manusia,
dan dia juga akan datang dalam rupa
manusia. Juruselamat membangkitkan dan menunjukkan tubuh suciNya seperti
bait, dan dia akan mendirikan bait batu di Yerusalem.
Semua seni menggodanya kita akan pamerkan berikutnya.
Tetapi buat masa ini mari kita lihat
soal dalam tangan.
[Catatan: Yesus Kristus yang juga adalah Tuhan: Kristus adalah tuhan bawahan
Israel, lih. Mazmur 45:6-7
dan Ibrani 1:8-9. Ed.]
7. Adapun Yakub yang diberkati menyatakan maksud berikut dalam doa-doanya,
memberi kesaksian secara nubuatan tentang Tuan dan Juruselamat kita: Yehuda, engkau akan dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk
musuhmu, kepadamu akan sujud anak-anak ayahmu. Yehuda adalah seperti anak singa,
[dari tunas]: setelah menerkam, engkau naik ke suatu tempat
yang tinggi, hai anakku; ia meniarap
dan berbaring seperti singa jantan atau
seperti singa betina; siapakah yang berani membangunkannya? Tongkat kerajaan tidak akan beranjak
dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya,
sampai dia datang yang berhak atasnya, dan dia akan menjadi harapan
bangsa-bangsa. Ia akan menambatkan keledainya pada pohon anggur dan anak keledainya pada pohon anggur pilihan; ia akan mencuci
pakaiannya dengan anggur dan bajunya dengan darah buah
anggur. Matanya akan merah karena anggur
dan giginya akan putih karena susu.
8. Maka itu,
mengetahui, seperti aku, bagaimana untuk menjelaskan hal-hal ini secara
terperinci, aku merasakan waktunya tepat sekarang ini untuk mengutip
kata-kata itu sendiri. Namun sebab ekspresi-ekspresi
itu sendiri mendorong kita untuk berbicara tentangnya, aku tidak akan mengabaikan
berbuat demikian. Sebab semua ini
ialah benda-benda yang benar-benar ilahi dan mulia, dan benda-benda yang diperhitung baik untuk memanfaatkan jiwa. Nabi itu, dalam menggunakan ekspresi, anak singa, bermakna dia yang datang daripada Yehuda dan Daud sebagai manusia, dia yang sesungguhnya dijadikan bukan daripada benih Daud, tetapi dikandungkan oleh (kuasa) Roh
Kudus, dan keluar daripada tunas kudus bumi itu. Sebab Yesaya
berkata, Suatu tunas akan keluar dari
tunggul Isai, dan taruk
yang akan tumbuh dari pangkalnya akan berbuah. Apa yang dipanggil Yesaya sebagai buah, Yakub memanggilnya tunas. Sebab mula-mula dia bertunas,
kemudian dia bertumbuh dalam dunia. Dan ekspresi, ia meniarap
dan berbaring seperti singa jantan atau
seperti singa betina, merujuk kepada tidur (kematian,
berbaring) tiga hari Kristus; juga seperti kata Yesaya, Bagaimana ini, kota Sion yang dahulu setia sekarang sudah menjadi sundal!
Tadinya penuh keadilan dan di situ selalu diam
(berbaring) kebenaran, tetapi sekarang penuh pembunuh. Daud juga berkata dengan maksud sama, Aku membaringkan diri, lalu tidur; aku
bangun, sebab TUHAN menopang aku, yang dalamnya dia menunjuk
kepada hakikat dia tidur dan bangkit
kembali. Yakub juga berkata,
Siapakah yang akan membangkitkannya? Dan itulah apa yang Daud dan Paulus berdua maksudkan, seperti mana bila Paulus berkata, dan Allah
Bapa, yang telah membangkitkan
Dia dari antara orang mati.
9. Dengan
berkata, Tongkat kerajaan tidak akan beranjak dari
Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya, sampai dia datang
yang berhak atasnya, dan dia akan menjadi
harapan bangsa-bangsa, dia merujuk penggenapan
(nubuatan itu) kepada Kristus. Sebab Dialah harapan
kita. Sebab kita menanti Dia, (dan) dengan iman kita
memandangNya tatkala Dia datang dari syurga
dengan kuasa.
10. Menambatkan
keledainya pada pohon anggur: ini bermakna
bahawa Dia menyatukan umat penyunatanNya dengan panggilan (pekerjaan)Nya sendiri. Sebab Dialah pohon
anggur itu. Dan anak keledainya pada pohon anggur pilihan:
itu menandakan umat bangsa-bangsa lain, sebab Dia memanggil umat penyunatan dan bukan penyunatan menjadi satu iman.
11. Ia
akan mencuci pakaiannya dengan anggur, iaitu, menurut suara BapaNya yang turun dengan Roh Kudus di Yordan.
Dan bajunya dengan darah buah anggur.
Dalam darah buah anggur, apa lagi,
tetapi hanya tubuhnya sendiri, yang tergantung pada pohon itu seperti setandan
buah anggur? dari lambungnya juga mengalir dua aliran, darah dan air, yang dalamnya bangsa-bangsa dicuci dan ditahirkan, dan (bangsa-bangsa) ini Dia mungkin patut ada sebagai
satu jubah sekelilingNya.
12. Matanya akan
merah karena anggur. Apakah mata Kristus kalau
bukan nabi-nabi yang diberkati, yang meramal dalam Roh, dan mengumumkan sebelumnya, segala penderitaan yang bakal menimpa Dia, dan bersukacita melihat Dia dalam kuasa dengan mata
rohani, dan dibekali (untuk pekerjaan mereka) oleh Firman itu sendiri dan kasih karuniaNya?
13. Dan dengan
berkata, Dan giginya akan putih karena
susu, dia merujuk kepada perintah-perintah yang keluar daripada mulut kudus Kristus, yang murni (memurnikan) seperti susu.
14. Demikianlah
Kitab Suci mengajar sebelumnya akan singa dan anak singa ini. Dengan
cara itu juga kita dapati dituliskan
tentang Antikristus. Sebab Musa berkata demikian: Dan ialah anak singa yang melompa keluar dari Basan. Tetapi supaya tiada sesiapa
silap dengan menganggap bahawa ini diperkatakan mengenai Juruselamat, perhatikan hal ini dengan cermat.
Dan, dia berkata, ialah anak singa;
dan dengan menamakan suku Dan, dia jelas
menyatakan suku dari mana Antikristus ditakdirkan akan datang. Sebab sebagaimana
Kristus keluar dari suku Yehuda, begitu juga Antikristus keluar dari suku
Dan. Agar keadaannya ternyata
begitu, kita lihat juga kata-kata Yakub: Semoga
Dan menjadi seperti ular di jalan, seperti ular beludak
di denai yang memagut tumit kuda. Jadi apakah diertikan oleh ular kalau bukan
Antikristus, pendusta itu yang disebut dalam Kejadian, yang menipu Hawa dan menggantikan Adam
(pternisas, meremukkan tumit Adam)? Tetapi sebab perlu untuk
membuktikan tuntutan ini dengan keterangan
yang mencukupi, kita tidak akan mengabaikan
tugas ini.
15. Bahawa
ternyata dari suku Dan, yang raja lalim dan kejam itu, hakim ditakuti itu, anak
iblis itu, ditakdirkan muncul dan bangkit, nabi memberi
kesaksian apabila berkata, Dan akan mengadili bangsanya sebagai salah satu suku Israel. Namun ada orang mungkin berkata bahawa ini merujuk kepada
Simson, yang keluar daripada
suku Dan, dan menghakimi bangsa dua puluh tahun. Baik, nubuatan itu digenapi sebahagiannya
dalam Simson, namun penggenapan lengkapnya tersedia untuk Antikristus. Sebab Yeremia juga berkata begini: Dengus kuda musuh
terdengar dari Dan; karena bunyi ringkik
kuda jantan mereka gemetarlah seluruh negeri. Seorang lagi nabi berkata:
Dia akan mengumpulkan seluruh kekuatannya, dari timur sampai
ke barat. Mereka yang dipanggilnya,
dan mereka yang tidak dipanggilnya, akan pergi bersamanya. Dia akan menjadikan laut putih dengan
layar kapal-kapalnya, dan lembah pula hitam dengan perisai-perisai peralatan perangnya. Sesiapa yang menentangnya dalam perang akan
tewas dengan pedang. Bahawa hal-hal ini diperkatakan
bukan tentang sesiapa lagi tetapi
raja lalim itu, orang tidak tahu malu,
dan musuh Tuhan, kami akan tunjukkan berikutnya.
[Perhatikan bahwa dalam dugaan lengkap
ini, Hippolytus mengabaikan
identifikasi khusus dalam Yeremia 4:15-27 yang mengidentifikasi
suara di Hari-hari Terakhir yang berhubungan dengan kedatangan Mesias sebagai berasal dari Dan Efrain yang merupakan gabungan suku Yusuf dari Wahyu Bab 7 yang tidak mencakup Manasye tetapi terdiri dari Efraim dan Dan sebagaimana yang tersirat dalam nubuat ini.
Lihat juga Peringatan Hari-hari Terakhir (No. 044). Ed.]
16. Tetapi
Yesaya juga berkata demikian: Tetapi apabila Tuhan telah menyelesaikan segala pekerjaan-Nya di gunung Sion dan
di Yerusalem, maka Ia akan menghukum
perbuatan ketinggian hati raja Asyur dan sikapnya yang angkuh sombong. Sebab ia telah berkata:
"Dengan kekuatan tanganku aku telah
melakukannya dan dengan kebijaksanaanku, sebab aku berakal budi;
aku telah meniadakan batas-batas antara bangsa, dan telah merampok persediaan-persediaan mereka, dengan perkasa aku telah
menurunkan orang-orang yang duduk di atas takhta. Seperti
kepada sarang burung, demikianlah tanganku telah menjangkau kepada kekayaan bangsa-bangsa, dan seperti orang meraup telur-telur yang ditinggalkan induknya, demikianlah aku telah meraup
seluruh bumi, dan tidak seekorpun yang menggerakkan sayap, yang mengangakan paruh atau yang menciap-ciap." Adakah kapak memegahkan
diri terhadap orang yang memakainya, atau gergaji membesarkan diri terhadap orang yang mempergunakannya? seolah-olah
gada menggerakkan orang yang mengangkatnya,
dan seolah-olah tongkat mengangkat orangnya yang bukan kayu! Sebab itu Tuhan, TUHAN semesta alam, akan membuat
orang-orangnya yang tegap menjadi kurus kering, dan segala kekayaannya akan dibakar habis,
dengan api yang menyala-nyala. Maka Terang Israel
akan menjadi api, dan Allahnya, Yang Mahakudus, akan menyala-nyala dan akan membakar dan memakan habis puteri malu
dan rumputnya pada satu hari juga.
17. Dan dia
berkata lagi di tempat lain: Wah, sudah berakhir si penindas
sudah berakhir orang lalim! TUHAN telah mematahkan tongkat orang-orang fasik, gada
orang-orang yang memerintah, yang memukul
bangsa-bangsa dengan gemas, dengan pukulan
yang tidak putus-putusnya;
yang menginjak-injak bangsa-bangsa
dalam murka dengan tiada henti-hentinya.
Segenap bumi sudah aman dan tenteram; orang bergembira dengan sorak-sorai. Juga pohon-pohon sanobar dan pohon-pohon aras di Libanon bersukacita karena kejatuhanmu, katanya: 'Dari sejak engkau rebah terbaring,
tidak ada lagi orang yang naik untuk menebang kami!' Dunia orang mati
yang di bawah gemetar untuk menyongsong kedatanganmu, dijagakannya arwah-arwah bagimu, yaitu semua bekas
pemimpin di bumi; semua bekas raja bangsa-bangsa dibangunkannya dari takhta mereka.
Sekaliannya mereka mulai berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga telah menjadi lemah seperti
kami, sudah menjadi sama seperti kami!' Ke dunia
orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu,
dan cacing-cacing sebagai selimutmu." "Wah, engkau
sudah jatuh dari langit, hai
Bintang Timur, putera Fajar, engkau
sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi,
hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak
mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah,
dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan,
jauh di sebelah utara. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. Orang-orang
yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar,
dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang,
yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah? Semua
bekas raja bangsa-bangsa berbaring dalam kemuliaan, masing-masing dalam rumah kuburnya. Tetapi engkau ini
telah terlempar, jauh dari kuburmu,
seperti taruk yang jijik, ditutupi dengan mayat orang-orang yang tertikam oleh pedang dan jatuh tercampak ke batu-batu liang kubur seperti bangkai yang terinjak-injak. Engkau tidak akan bersama-sama
dengan raja-raja itu di dalam kubur, sebab
engkau telah merusak negerimu dan membunuh rakyatmu. Anak cucu orang yang berbuat jahat tidak akan
disebut-sebut untuk selama-lamanya. Dirikanlah bagi anak-anaknya tempat pembantaian, oleh karena kesalahan nenek moyang mereka,
supaya mereka jangan bangun dan menduduki bumi dan memenuhi dunia dengan kota-kota."
[Dalam bagian ini
Hippolytus mencoba mengidentifikasi
rujukan dalam teks sebagai Antikristus,
yang dengan jelas mengidentifikasi Lucifer dalam pemberontakan, dan juga dengan jelas mengidentifikasi Lucifer sebagai manusia yang sedang berada dalam
fase akhir sebelum Kebangkitan Kedua. Kita melihat dia melanjutkan kesalahan ini dalam
Yehezkiel. Ed.]
18. Yehezkiel juga mengatakan benda sama tentangnya, jadi: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Karena engkau
menjadi tinggi hati, dan berkata: Aku adalah Allah! Aku duduk di takhta
Allah di tengah-tengah lautan.
Padahal engkau adalah manusia, bukanlah Allah, walau hatimu menempatkan diri sama dengan
Allah. Memang hikmatmu melebihi hikmat Daniel; tiada rahasia yang terlindung bagimu. Dengan hikmatmu dan pengertianmu engkau memperoleh kekayaan. Emas dan perak kaukumpulkan dalam perbendaharaanmu. Karena engkau sangat pandai berdagang engkau memperbanyak kekayaanmu, dan karena itu engkau
jadi sombong. Oleh sebab itu beginilah
firman Tuhan ALLAH: Karena hatimu
menempatkan diri sama dengan Allah maka, sungguh, Aku membawa orang asing melawan engkau, yaitu bangsa yang paling ganas, yang akan menghunus pedang mereka, melawan hikmatmu yang terpuja; dan semarakmu dinajiskan. Engkau diturunkannya ke lobang kubur,
engkau mati seperti orang yang mati terbunuh di tengah lautan. Apakah engkau masih akan
mengatakan di hadapan pembunuhmu: Aku adalah Allah!? Padahal terhadap kuasa penikammu engkau adalah manusia,
bukanlah Allah. Engkau akan mati seperti
orang tak bersunat oleh tangan orang asing. Sebab Aku yang mengatakannya, demikianlah firman Tuhan
ALLAH."
[Jadi kedua teks PL
yang kritis tersebut disalahpahami maksudnya melalui penjelasan ini. Ed.]
19. Justeru
dengan cara kata-kata ini disajikan, mari kita perhatikan
dengan lebih terperinci apa yang Daniel katakan dalam penglihatannya.
Sebab dalam membeda-bedakan kerajaan-kerajaan
yang bakal timbul sesudah semua itu,
dia juga menunjukkan kedatangan Antikristus pada zaman
akhir, dan penyempurnaan seluruh dunia. Maka dalam penghuraian visi Nebukadnezar, dia berkata demikian: Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung
yang amat besar! Patung ini tinggi,
berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya
dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut
dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi
dengan kakinya sebagian dari besi
dan sebagian lagi dari tanah liat.
Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung
itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga
remuk. Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat,
tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya
menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin
menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya
yang ditemukan. Tetapi batu
yang menimpa patung itu menjadi gunung
besar yang memenuhi seluruh bumi.
20. Sekarang
jika kita bandingkan penglihatan Daniel sendiri dengan ini, kita akan
mendapat satu eksposisi untuk diberikan mengenai kedua-duanya bersama, dan akan (dapat) menunjukkan
betapa rukunnya antara keduanya, dan betapa benar. Sebab
dia berkata demikian: Aku Daniel mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari
langit mengguncangkan laut besar, dan empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan
yang lain. Yang pertama rupanya
seperti seekor singa, dan mempunyai sayap burung rajawali;
aku terus melihatnya sampai sayapnya tercabut dan ia terangkat dari
tanah dan ditegakkan pada
dua kaki seperti manusia,
dan kepadanya diberikan hati manusia. Dan tampak ada seekor
binatang yang lain, yang kedua,
rupanya seperti beruang; ia berdiri
pada sisinya yang sebelah,
dan tiga tulang rusuk masih ada
di dalam mulutnya di antara giginya. Dan demikianlah dikatakan kepadanya: Ayo, makanlah daging banyak-banyak. Kemudian aku melihat,
tampak seekor binatang yang lain, rupanya seperti macan tutul;
ada empat sayap burung pada punggungnya, lagipula binatang itu berkepala
empat, dan kepadanya diberikan kekuasaan. Kemudian aku melihat
dalam penglihatan malam itu, tampak
seekor binatang yang keempat, yang menakutkan dan mendahsyatkan, dan ia sangat kuat. Ia bergigi
besar dari besi; ia melahap
dan meremukkan, dan sisanya
diinjak-injaknya dengan kakinya; ia berbeda
dengan segala binatang yang terdahulu; lagipula ia bertanduk
sepuluh. Sementara aku memperhatikan tanduk-tanduk itu, tampak tumbuh di antaranya suatu tanduk lain yang kecil, sehingga tiga dari
tanduk-tanduk yang dahulu itu tercabut; dan pada tanduk itu tampak
ada mata seperti mata manusia
dan mulut yang menyombong.
21. Sementara
aku terus melihat, takhta-takhta diletakkan, lalu duduklah Yang Lanjut Usianya; pakaian-Nya putih seperti salju
dan rambut-Nya bersih seperti bulu domba;
kursi-Nya dari nyala api dengan roda-rodanya
dari api yang berkobar-kobar; suatu sungai api timbul
dan mengalir dari hadapan-Nya; seribu kali beribu-ribu melayani Dia, dan selaksa kali berlaksa-laksa berdiri di hadapan-Nya. Lalu duduklah Majelis Pengadilan dan dibukalah
Kitab-kitab. Aku terus melihatnya,
karena perkataan sombong yang diucapkan tanduk itu; aku
terus melihatnya, sampai binatang itu dibunuh, tubuhnya
dibinasakan dan diserahkan ke dalam api
yang membakar. Juga kekuasaan
binatang-binatang yang lain dicabut,
22. Aku terus
melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang
dengan awan-awan dari langit seorang
seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa
ke hadapan-Nya. Lalu diberikan kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja, maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan musnah.
23. Sebab
hal-hal ini, yang dibicarakan begitu dengan makna mistik,
mungkin kelihatan susah difahami sesetengah orang, kami tidak akan menyembunyikan apa-apa yang patut untuk menyampaikan satu pengertian bijaksana akan semua itu kepada
mereka yang memiliki fikiran waras. Dia kemudian berkata, bahawa seekor singa [betina] naik dari dalam laut,
dan dengan itu dia maksudkan kerajaan
orang Babel dalam dunia, yang juga merupakan kepala emas pada patung itu. Dengan mengatakan
bahawa ia mempunyai sayap burung rajawali, dia maksudkan bahawa
raja Nebukadnezar telah diangkat dan diagungkan bertentangan Tuhan. Kemudian dia berkata, sayapnya
tercabut, maknanya, keagungannya dimusnahkan; sebab dia dihalau
keluar dari kerajaannya. Dan kata-kata, kepadanya
diberikan hati manusia dan ia terangkat dari tanah dan ditegakkan pada dua
kaki seperti manusia, merujuk kepada hakikat bahawa dia bertaubat dan mengakui dirinya hanya manusia, dan memberi kemuliaan itu kepada Tuhan.
24. Kemudian,
selepas singa itu, dia melihat
binatang kedua seperti beruang, dan itu menandakan orang Persia. Sebab selepas orang Babel, orang
Persia memegang kuasa tertinggi. Dengan berkata bahawa adanya tiga tulang
rusuk dalam mulutnya, dia menunjuk kepada tiga bangsa, iaitu,
orang Persia, orang Media, dan orang Babel; yang juga digambarkan
pada patung itu oleh perak selepas emas.
Kemudian (adanya) binatang ketiga, macan tutul, yang bermakna orang Yunani. Sebab selepas orang Persia, Alexander dari
Macedon/Makedonia memperolehi kuasa
tertinggi setelah menumbangkan Darius, seperti yang
juga ditunjukkan oleh tembaga
pada patung itu. Dan dengan berkata bahawa ia mempunyai
empat sayap burung, dia mengajar
kita dengan jelas sekali bagaimana
kerajaan Alexander dibahagikan.
Sebab dengan bercakap tentang empat kepala, dia menyebut tentang
empat raja, iaitu, mereka yang timbul daripada (kerajaan) itu. Sebab Alexander, ketika hampir mati,
membahagikan kerajaannya kepada empat bahagian.
25. Lalu dia
berkata: Binatang keempat,
yang menakutkan dan mendahsyatkan;
ia mempunyai gigi besi dan kuku tembaga. Siapa lagi ini kalau
bukan orang Roma? Dan (kerajaan)
ini yang dimaksudkan besi itu- kerajaan
yang kini mantap; sebab paha (patung)
itu adalah besi. Selepas ini,
apa yang tinggal, kalau bukan jari-jari
kaki patung itu, yang sebahagiannya besi dan sebahagian lagi tanah liat, bercampur
bersama?
Dari segi
mistik dengan jari-jari kaki itu dia maksudkan raja-raja yang akan muncul dari
antara mereka; sebab Daniel juga berkata (dalam kata-kata itu), Aku melihat binatang itu, dan lihat, ada sepuluh tanduknya,
dan antaranya suatu tanduk lain yang kecil, satu cabang, sehingga
tiga dari tanduk-tanduk yang dahulu itu tercabut.
Di sini
menandakan tiada lain selain Antikristus, yang juga dirinya membangkitkan kerajaan orang Yahudi. Dia berkata bahawa tiga tanduk yang tercabut olehnya itu, iaitu, tiga
raja Mesir, dan Libia, dan Etiopia, yang dicabutnya dalam pertempuran. Dan dia, selepas mendapat kuasa dahsyat atas
semua, sebagai seorang lalim, akan membangkitkan kesengsaraan dan penganiayaan terhadap manusia, mengagungkan dirinya terhadap mereka. Sebagai Daniel berkata: Aku memperhatikan tanduk itu, dan lihat tanduk itu berperang
melawan orang-orang kudus, dan mengalahkan
mereka, sampai binatang itu dibunuh,
tubuhnya dibinasakan dan diserahkan ke dalam
api yang membakar.
[Catatan: Antikristus
dari Dan adalah dugaan belaka. Dalam Wahyu Bab 7,
Dan tidak termasuk dalam 144,000; Dan bergabung dengan Efraim sebagai suku baru Yusuf. Pengadilan juga ditempatkan di bawah Dan pada hari-hari terakhir. Ed.]
26. Selepas
seketika sebuah batu akan datang dari
langit yang menimpa patung itu dan meremukkannya, dan menumbangkan semua kerajaan itu, dan memberikan kerajaan itu kepada
orang-orang kudus Yang Mahatinggi. Inilah batu yang menjadi gunung besar, dan memenuhi seluruh bumi, dan tentangnya Daniel berkata: Aku terus melihat dalam penglihatan
malam itu, tampak datang dengan
awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia;
datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke
hadapan-Nya. Lalu diberikan
kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja, maka orang-orang dari segala bangsa,
suku bangsa dan bahasa mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan musnah. Dia memperlihatkan segala kuasa yang diberikan oleh Bapa kepada Anak, yang ditahbiskan
Tuan segalanya di syurga,
dan segalanya atas bumi, segalanya di bawah bumi, dan Hakim semuanya: segalanya di syurga, sebab Dia lahir, Firman Tuhan, sebelum segala (zaman); dan segalanya atas bumi, sebab Dia menjadi manusia di tengah-tengah manusia, untuk mencipta kembali Adam kita melalui diriNya; dan segalanya di bawah bumi, sebab Dia juga pernah dihitung antara orang mati, mengabarkan Injil kepada jiwa-jiwa orang-orang
kudus, (dan) melalui kematian
mengalahkan maut.
[Catatan: Roh orang-orang kudus telah kembali kepada
Allah. Ia pergi dan berkhotbah kepada roh-roh di penjara (Kej.6:4) yang
sebelumnya tidak menaati Allah 1Ptr. 3:19 RSV. Mereka adalah
Hosti yang Jatuh dan bukan milik Orang-orang Kudus. Ed.]
27. Sebab
semua ini adalah pada masa depan, dan sebab sepuluh jari
kaki patung itu sama dengan (begitu
banyak) demokrasi, dan sepuluh tanduk binatang keempat itu dibahagi-bahagikan antara sepuluh kerajaan, marilah kita melihat subjek
ini dengan lebih dekat lagi,
dan mempertimbangkan hal-hal
ini seperti dalam terang jelas
tinjauan peribadi.
[Perhatikan bahwa sepuluh jari kaki itu dilihat sebagai
demokrasi-demokrasi, namun Kekaisaran Binatang adalah kekuatan gabungan di mana demokrasi-demokrasi menyerahkan kekuasaan mereka kepada Binatang di era pasca-demokrasi
ini. Ed.]
28. Kepala
emas patung itu dan singa menandakan
orang Babel; bahu dan lengan perak,
dan beruang, menggambarkan
orang Persia dan Media; perut dan paha
tembaga, dan macan tutul, bermakna orang Yunani,
yang memegang kuasa tertinggi sejak zaman Alexander;
kaki besi, dan binatang menakutkan dan dahsyat, menggambarkan orang Roma, yang berkuasa
sekarang ini; jari-jari kaki yang sebahagian tanah liat dan sebahagian besi, serta sepuluh tanduk,
ialah lambang-lambang kerajaan-kerajaan yang bakal muncul; satu lagi
tanduk kecil yang tumbuh antara mereka
bermakna Antikristus di tengah-tengah mereka; batu yang menimpa bumi dan mendatangkan pengadilan pada
dunia ialah Kristus.
[Perhatikan bahawa kerajaan yang menyusuli sistem Roma dilihat semuanya sebagai berada di bawah Antikristus dan dengan itu sistem akhir
itu bukan lain daripada Kerajaan Roma Suci selama 1260 tahun dari 590 sampai 1850 di bawah kultus Matahari
dan sistem Triune. Maka itulah
Kerajaan sistem Antikristus
keseluruhannya sampai zaman
akhir dan kedatangan
Mesias, yang membunuh nabi Palsu itu dan Antikristus
pada kedatangannya. Justeru
sistem Kristian aliran
Utama jelas dikenal pasti sebagai sistem
Antikristus. Itulah dua sistem kaki besi dan tanah liat serta
sepuluh jari kaki seperti yang kita lihat di atas. Ed.]
29. Semua
ini, hai kekasih, kami berikan kepadamu dengan takut, namun dengan
senangnya, disebabkan kasih Kristus, yang melampaui segalanya. Sebab jika nabi-nabi
yang diberkati yang mendahului
kita tidak memilih untuk menyatakan
semua ini, walaupun mereka mengetahuinya, secara terbuka dan berani, hingga menggelisahkan jiwa-jiwa manusia, tetapi menceritakannya secara mistik dalam
perumpamaan dan pepatah
yang menyuramkan, berkata demikian, Yang penting di sini ialah akal
yang mengandung hikmat, betapa besar lagi
risiko yang akan kita hadapi dalam
usaha untuk menyatakan secara terbuka kesengsaraan apakah yang ditakdirkan menimpanya dalam kemurkaan Tuhan sebelum pengadilan sebagai kesungguhan kecelakaannya.
30. Jadi marilah,
hai Yesaya yang diberkati; bangun, beritahu kami dengan jelas apa yang engkau nubuatkan mengenai Babel yang perkasa. Sebab engkau juga berbicara tentang Yerusalem, dan kata-katamu disempurnakan. Sebab sesungguhnya engkau berbicara dengan berani dan terbuka. Negerimu menjadi sunyi sepi, kota-kotamu
habis terbakar; di depan matamu orang-orang asing memakan hasil
dari tanahmu. Sunyi sepi negeri itu seolah-olah ditunggangbalikkan orang asing.
Puteri Sion tertinggal sendirian
seperti pondok di kebun anggur, seperti
gubuk di kebun mentimun dan seperti kota yang terkepung.
Jadi bagaimana?
Bukan hal-hal ini berlalu? Bukankah
hal-hal yang engkau nyatakan terjadi? Bukankah negeri mereka, Yudea, menjadi sunyi sepi? Bukankah
tempat kudus itu dibakar dengan api? Bukankah tembok-tembok
mereka dirobohkan? Bukankah kota-kota mereka dimusnahkan? Negeri mereka, bukankah orang asing memakan hasilnya?
Bukankah orang Rom memerintah
negeri itu? Dan sesungguhnya
bangsa tidak beriman ini membencimu,
dan menggergajimu, dan mereka
menyalibkan Kristus. Engkau mati dalam
dunia, tetapi engkau hidup dalam Kristus.
31. Jadi mana satu antara kamu
harus aku junjung melebihi kamu? Namun Yeremia juga dilempari
batu. Tetapi jika aku paling menjunjungi Yeremia, namun Daniel juga mempunyai kesaksiannya. Daniel, aku memujimu lebih daripada semua; namun Yohanes juga tidak memberi kesaksian palsu. Betapa banyak
mulut dan lidah aku memujimu; atau
sebaliknya Firman yang bersabda dalammu! Engkau mati dengan
Kristus; dan engkau akan hidup dengan
Kristus. Dengarlah, dan bergembiralah; lihatlah hal-hal yang engkau nyatakan sudah digenapi pada waktunya. Sebab engkau sendiri
melihat hal-hal ini dahulu, dan selepas itu engkau
mengumumkannya kepada semua generasi. Engkau melayani firman Tuhan kepada semua generasi. Engkau semua nabi-nabi
dipanggil, supaya engkau dapat menyelamatkan
semua. Sebab seseorang itu nabi
sesungguhnya, apabila, sesudah mengumumkan terlebih dahulu hal-hal yang akan terjadi, dia kemudiannya
dapat menunjukkan bahawa hal-hal itu telah benar-benar
terjadi. Engkaulah
murid-murid Tuan yang baik. Kata-kata ini aku ucapkan
kepadamu seolah-olah engkau hidup, dan dengan kesopanan. Sebab engkau sudahpun
memegang mahkota kehidupan dan hidup kekal yang tersedia untukmu di syurga.
32. Berbicaralah
denganku, hai Daniel yang diberkati. Berikan aku keyakinan penuh,
aku memohonmu. Engkau bernubuat mengenai singa di Babel; sebab engkau tawanan
di situ. Engkau telah mengungkapkan masa depan mengenai beruang; sebab engkau masih
di dunia, dan sesungguhnya melihat
hal-hal itu terjadi. Kemudian engkau berbicara kepadaku tentang macan tutul itu;
dan dari mana engkau mengetahui ini, kerana engkau sudahpun pergi kepada perhentianmu?
Siapa mengajarmu untuk mengumumkan semua hal ini,
kalau bukan Dia yang menjadikan kamu dalam (daripada) rahim ibumu? Itu Tuhan, engkau katakan. Sungguhnya engkau sudah berfirman, dan dengan benar. Macan tutul itu telah
bangkit; kambing jantan telah datang;
dia telah menanduk domba jantan itu; dia
telah mematahkan tanduk-tanduknya; dia telah menginjak-injaknya dengan kakinya. Dia telah dibesar-besarkan oleh kejatuhannya; empat tanduk tumbuh dari
bawah tanduk yang satu. Bergembiralah, Daniel yang diberkati! Engkau tidak salah: semua itu telah digenapi.
[Tiga kekaisaran Babilonia, Medo-Persia dan Yunani serta empat divisinya
sudah terjadi ketika mereka menulis
dan sistem Roma sudah ada, yang dia jelaskan
seterusnya. Ed.]
33. Selepas
ini lagi engkau telah memberitahu
aku tentang binatang yang menakutkan dan mendahsyatkan itu. Ia mempunyai gigi
besi dan kuku tembaga: ia melahap dan meremukkan, dan sisanya diinjak-injaknya dengan kakinya. Besi itu sudahpun memerintah;
ia sudahpun menakluki dan meremukkan semua; ia sudahpun
menakluki semua yang tidak sanggup; kami sudah melihat semua
ini sendiri. Sekarang kami memuliakan Tuhan, sebab diajar kamu.
34. Tetapi
sebab tugas kami sekarang adalah untuk berbicara tentang pelacur itu, moga engkau
bersama kami, hai Yesaya yang diberkati.
Mari kita
perhatikan apa yang engkau katakan tentang Babel. Turunlah dan duduklah di atas debu, hai anak
dara, puteri Babel! Duduklah di tanah dengan tidak bertakhta,
hai puteri Kasdim! Sebab engkau
tidak akan disebutkan lagi manis dan genit. Ambillah batu kilangan dan gilinglah tepung, bukalah kerudungmu; angkatlah sarungmu, singkapkanlah paha, seberangilah sungai-sungai! Biarlah auratmu tersingkap dan aibmu kelihatan! Aku akan mengadakan pembalasan dan tidak menyayangkan seorangpun, kata Penebus kami, TUHAN
semesta alam nama-Nya, Yang
Mahakudus, Allah Israel. Duduklah
dengan berdiam diri dan masuklah ke dalam gelap,
hai puteri Kasdim! Sebab engkau
tidak akan disebutkan lagi ratu atas kerajaan-kerajaan.
35. Aku tadinya
murka terhadap umat-Ku, menajiskan milik pusaka-Ku, dan menyerahkannya ke dalam tanganmu; dan engkau tidak menaruh
belas kasihan kepada mereka, bahkan sangat memberatkan kukmu kepada orang yang tua. Katamu tadinya:
"Untuk selama-lamanya aku tetap menjadi
ratu!" sedang engkau tidak menyadari dan tidak memikirkan kesudahan semuanya itu. Oleh sebab itu, dengarlah ini, hai orang yang hidup bermanja-manja, yang
duduk-duduk dengan tenang,
yang berkata dalam hatimu: "Tiada yang lain di sampingku!
Aku tidak akan jadi janda dan tidak akan menjadi
punah!" Kedua hal itu akan
menimpa engkau dalam sekejap mata,
pada satu hari juga. Kepunahan dan kejandaan dengan sepenuhnya akan menimpa engkau,
sekalipun banyak sihirmu dan sangat kuat manteramu. Engkau tadinya merasa aman dalam kejahatanmu,
katamu: "Tiada yang melihat
aku!" Kebijaksanaanmu
dan pengetahuanmu itulah
yang menyesatkan engkau, sehingga engkau berkata dalam hatimu:
"Tiada yang lain di sampingku!" Tetapi malapetaka akan menimpa engkau,
engkau tidak tahu mempergunakan jampimu terhadapnya; bencana akan jatuh
atasmu, engkau tidak sanggup menampiknya
dengan mempersembahkan
korban; kebinasaan akan menimpa engkau dengan sekonyong-konyong, yang tidak terduga olehmu.
Bertahan sajalah dengan segala manteramu
dan sihirmu yang banyak itu, yang telah kaurepotkan dari sejak kecilmu; mungkin engkau sanggup mendatangkan bantuan, mungkin engkau dapat menimbulkan
ketakutan. Engkau telah payah karena
banyaknya nasihat! Biarlah tampil dan menyelamatkan engkau orang-orang
yang meneliti segala penjuru langit, yang menilik bintang-bintang dan yang
pada setiap bulan baru memberitahukan apa yang akan terjadi
atasmu! Sesungguhnya, mereka sebagai jerami yang dibakar api; mereka tidak
dapat melepaskan nyawanya dari kuasa
nyala api; api itu bukan bara api untuk memanaskan
diri, bukan api untuk berdiang!
Demikianlah faedahnya bagimu dari tukang-tukang
jampi itu, yang telah kaurepotkan dari sejak kecilmu;
masing-masing mereka terhuyung-huyung
ke segala jurusan, tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau. Semua ini Yesaya
nubuatkan untukmu. Sekarang mari kita
lihat sama ada Yohanes berbicara tentang hal sama.
36. Sebab
dia melihat, ketika di pulau Patmos, satu penglihatan penuh rahsia mengerikan,
yang dia ceritakan dengan bebas, dan memberitahunya kepada orang lain.
Beritahu aku, Yohanes yang diberkati, rasul dan murid Tuan Yesus,
apakah yang engkau lihat dan dengar mengenai Babel? Bangun, dan berbicaralah; sebab itu juga menjadikan engkau buangan. Lalu datanglah seorang dari ketujuh malaikat,
yang membawa ketujuh cawan itu dan berkata
kepadaku: "Mari ke sini, aku akan
menunjukkan kepadamu putusan atas pelacur
besar, yang duduk di tempat
yang banyak airnya. Dengan dia raja-raja di bumi telah berbuat
cabul, dan penghuni-penghuni
bumi telah mabuk oleh anggur percabulannya." Dalam roh aku dibawanya ke
padang gurun. Dan aku melihat seorang
perempuan duduk di atas seekor binatang yang merah ungu, yang penuh tertulis dengan nama-nama hujat. Binatang itu mempunyai tujuh
kepala dan sepuluh tanduk. Dan perempuan itu memakai kain
ungu dan kain kirmizi yang dihiasi dengan emas, permata
dan mutiara, dan di tangannya
ada suatu cawan emas penuh
dengan segala kekejian dan kenajisan percabulannya. Dan pada dahinya tertulis suatu nama, suatu rahasia: "Babel besar, ibu dari
wanita-wanita pelacur dan dari kekejian bumi."
37. Dan aku
melihat perempuan itu mabuk oleh darah orang-orang kudus dan darah
saksi-saksi Yesus. Dan ketika aku melihatnya,
aku sangat heran. Lalu kata
malaikat itu kepadaku: "Mengapa engkau heran? Aku akan mengatakan kepadamu rahasia perempuan itu dan rahasia binatang yang memikulnya, binatang yang berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh itu. Adapun binatang yang telah kaulihat itu, telah ada,
namun tidak ada, ia akan
muncul dari jurang maut, dan ia menuju kepada
kebinasaan. Dan mereka yang
diam di bumi, yaitu mereka yang tidak tertulis di dalam kitab kehidupan sejak dunia dijadikan, akan heran, apabila mereka melihat, bahwa binatang itu telah ada,
namun tidak ada, dan akan muncul
lagi.
38. Yang penting
di sini ialah akal yang mengandung hikmat: ketujuh kepala itu adalah
tujuh gunung, yang di atasnya perempuan itu duduk, ketujuhnya adalah juga tujuh raja: lima di antaranya sudah jatuh, yang satu ada dan yang lain belum datang, dan jika ia datang, ia
akan tinggal seketika saja. Dan binatang yang pernah ada dan yang sekarang tidak ada itu,
ia sendiri adalah raja kedelapan dan namun demikian satu dari ketujuh
itu dan ia menuju kepada kebinasaan.
Dan kesepuluh tanduk yang telah kaulihat itu adalah sepuluh
raja, yang belum mulai memerintah, tetapi satu jam lamanya mereka akan menerima
kuasa sebagai raja, bersama-sama dengan binatang itu. Mereka seia sekata, kekuatan
dan kekuasaan mereka mereka berikan kepada binatang itu. Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba akan mengalahkan
mereka, karena Ia adalah Tuan di atas segala tuan dan Raja di atas segala raja. Mereka bersama-sama dengan Dia juga akan menang, yaitu
mereka yang terpanggil,
yang telah dipilih dan yang
setia."
39. Lalu ia
berkata kepadaku: "Semua air yang telah kaulihat, di mana wanita pelacur itu duduk, adalah bangsa-bangsa dan rakyat banyak dan kaum dan bahasa. Dan kesepuluh tanduk yang telah kaulihat itu serta
binatang itu akan membenci pelacur
itu dan mereka akan membuat dia
menjadi sunyi dan telanjang, dan mereka akan memakan dagingnya
dan membakarnya dengan api. Sebab Allah telah menerangi hati mereka untuk
melakukan kehendak-Nya dengan seia sekata
dan untuk memberikan pemerintahan mereka kepada binatang itu, sampai segala
firman Allah telah digenapi. Dan perempuan yang telah kaulihat itu, adalah kota
besar yang memerintah atas raja-raja di bumi.
40. Kemudian
dari pada itu aku melihat seorang
malaikat lain turun dari sorga. Ia
mempunyai kekuasaan besar dan bumi menjadi terang oleh kemuliaannya. Dan ia berseru dengan suara yang kuat, katanya: "Sudah rubuh, sudah rubuh
Babel, kota besar itu, dan ia telah
menjadi tempat kediaman roh-roh jahat dan tempat bersembunyi semua roh najis dan tempat
bersembunyi segala burung yang najis dan yang dibenci, karena semua bangsa telah
minum dari anggur hawa nafsu
cabulnya dan raja-raja di bumi
telah berbuat cabul dengan dia,
dan pedagang-pedagang di bumi
telah menjadi kaya oleh kelimpahan hawa nafsunya." Lalu aku mendengar suara lain dari sorga berkata:
"Pergilah kamu, hai umat-Ku, pergilah
dari padanya supaya kamu jangan
mengambil bagian dalam dosa-dosanya, dan supaya kamu jangan
turut ditimpa malapetaka-malapetakanya. Sebab
dosa-dosanya telah bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah telah mengingat segala kejahatannya.
41. Balaskanlah
kepadanya, sama seperti dia juga membalaskan, dan berikanlah kepadanya dua kali lipat menurut pekerjaannya, campurkanlah baginya dua kali lipat di dalam cawan pencampurannya; berikanlah kepadanya siksaan dan perkabungan, sebanyak kemuliaan dan kemewahan, yang telah ia nikmati. Sebab
ia berkata di dalam hatinya: Aku bertakhta seperti ratu, aku bukan janda,
dan aku tidak akan pernah berkabung.
Sebab itu segala malapetakanya akan datang dalam
satu hari, yaitu sampar dan perkabungan dan kelaparan; dan ia akan dibakar
dengan api, karena Tuhan Allah, yang menghakimi
dia, adalah kuat." Dan raja-raja di bumi,
yang telah berbuat cabul dan hidup dalam kelimpahan dengan dia, akan
menangisi dan meratapinya, apabila mereka melihat asap api yang membakarnya. Mereka akan berdiri jauh-jauh karena takut akan
siksaannya dan mereka akan berkata: "Celaka, celaka engkau, hai kota
yang besar, Babel, hai kota yang kuat, sebab dalam satu
jam saja sudah berlangsung penghakimanmu!"
Dan pedagang-pedagang di bumi
menangis dan berkabung karena dia, sebab
tidak ada orang lagi yang membeli barang-barang mereka, yaitu barang-barang dagangan dari emas
dan perak, permata dan mutiara, dari lenan
halus dan kain ungu, dari sutera
dan kain kirmizi, pelbagai jenis barang dari kayu
yang harum baunya, pelbagai jenis barang dari gading,
pelbagai jenis barang dari kayu
yang mahal, dari tembaga, besi dan pualam, kulit manis dan rempah-rempah, wangi-wangian, mur dan kemenyan, anggur, minyak, tepung halus dan gandum, lembu sapi, domba,
kuda dan kereta, budak dan bahkan nyawa manusia. Dan mereka akan berkata:
"Sudah lenyap buah-buahan yang diingini hatimu, dan segala yang mewah dan indah telah hilang dari
padamu, dan tidak akan ditemukan lagi." Mereka yang memperdagangkan
barang-barang itu, yang telah menjadi kaya oleh dia, akan berdiri
jauh-jauh karena takut akan siksaannya,
dan sambil menangis dan meratap, mereka berkata: "Celaka, celaka, kota besar,
yang berpakaian lenan halus, dan kain ungu dan kain kirmizi,
dan yang dihiasi dengan emas, dan permata dan mutiara, sebab dalam satu jam saja kekayaan sebanyak
itu sudah binasa." Dan setiap nakhoda dan pelayar dan anak-anak kapal dan semua orang yang mata pencahariannya di laut, berdiri jauh-jauh, dan berseru, ketika mereka melihat asap api yang membakarnya, katanya: "Kota manakah yang sama dengan kota
besar ini?" Dan mereka menghamburkan debu ke atas
kepala mereka dan berseru, sambil menangis dan meratap, katanya: "Celaka, celaka, kota besar,
yang olehnya semua orang,
yang mempunyai kapal di laut, telah menjadi
kaya oleh barangnya yang mahal, sebab
dalam satu jam saja ia sudah
binasa.
42. Bersukacitalah
atas dia, hai sorga, dan kamu, hai orang-orang kudus,
rasul-rasul dan nabi-nabi, karena
Allah telah menjatuhkan hukuman atas dia
karena kamu." Dan seorang malaikat yang kuat, mengangkat sebuah batu sebesar batu kilangan, lalu melemparkannya ke dalam laut, katanya:
"Demikianlah Babel, kota
besar itu, akan dilemparkan dengan keras ke
bawah, dan ia tidak akan ditemukan
lagi. Dan suara pemain-pemain kecapi dan penyanyi-penyanyi, dan peniup-peniup
seruling dan sangkakala, tidak akan kedengaran
lagi di dalammu, dan seorang yang ahli dalam sesuatu kesenian
tidak akan ditemukan lagi di dalammu, dan suara kilangan tidak akan kedengaran lagi di dalammu. Dan cahaya lampu tidak
akan bersinar lagi di dalammu, dan suara mempelai laki-laki dan pengantin perempuan tidak akan kedengaran lagi di dalammu. Karena pedagang-pedagangmu adalah pembesar-pembesar di bumi, oleh ilmu sihirmu semua
bangsa disesatkan."
Dan di dalamnya terdapat darah nabi-nabi dan orang-orang
kudus dan darah semua
orang, yang dibunuh di bumi.
43. Maka, berkenaan
pengadilan khusus dalam seksaan-seksaan yang bakal menimpanya pada zaman akhir oleh tangan orang-orang lalim yang akan muncul waktu itu,
keterangan paling jelas telah diberikan dalam petikan-petikan ini. Tetapi kita
harus selanjutnya dengan tekun meneliti
dan tentukan waktu bilamana benda-benda ini akan terjadi,
dan bagaimana tanduk kecil itu akan
timbul di tengah-tengah mereka. Sebab bila
kaki-kaki besi itu sudah keluar dalam
kaki dan jari-jari kaki, sesuai
dengan persamaan patung itu dan binatang dahsyat itu, seperti ditunjukkan
di atas, (maka tibalah waktunya) bilamana besi dan tanah liat akan
bercampur bersama. Sekarang Daniel akan menentukan subjek ini bagi kita.
Sebab dia berkata, Raja itu akan membuat perjanjian
itu menjadi berat bagi banyak
orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan
korban sembelihan dan korban santapan.
Dengan satu kali tujuh masa (satu minggu masa), dengan itu, dia maksudkan
minggu terakhir pada akhir zaman seluruh dunia dan dalam minggu ini
dua nabi Henokh dan Elia akan mengambil setengah. Sebab mereka akan berkhotbah
1,260 hari sambil berkabung, mengumumkan pertaubatan kepada umat dan kepada semua bangsa.
[Perhatikan bahwa gereja-gereja mempunyai doktrin-doktrin sama waktu itu seperti
yang kita ada sekarang berkenaan fakta bahawa Henokh
dan Elia merupakan dua saksi
Hari-hari Terakhir. Doktrin
tetap jemaat-jemaat Tuhan ini telah ditahan
supaya sehingga pelayanan gereja-gereja Tuhan dari AS pada abad kedua puluh dapat
mengklaim bahwa kepala atau gembala
berhala mereka sebenarnya adalah Elia, yang merupakan penipuan. Ed.]
44. Dua kedatangan
Tuan dan Juruselamat kita dinyatakan dalam Kitab Suci, satu ialah
kedatangan pertamaNya sebagai manusia, yang berlangsung tanpa penghormatan kerana dia ditentukan sebagai kosong, sebagaimana Yesaya mengatakan tentangNya sebelum itu, iaitu, Ia
tidak tampan dan semaraknyapun
tidak ada sehingga kita memandang
dia, dan rupapun tidak, sehingga kita menginginkannya. Ia dihina dan dihindari
orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; ia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kitapun
dia tidak masuk hitungan. Namun kedatangan keduaNya diumumkan sebagai mulia, apabila Dia datang dari syurga dengan
angkatan malaikat, dan kemuliaan BapaNya, sebagaimana nabi berkata, Engkau akan melihat
Raja dalam kemuliaan, dan,
Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak
datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia;
datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke
hadapan-Nya. Lalu diberikan
kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja, maka orang-orang dari segala bangsa,
suku bangsa dan bahasa mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan musnah. Justeru
dua pendahulu juga dinyatakan.
Pertama ialah Yohanes anak Zakharia, yang tampak dalam segala sesuatu
seorang pendahulu dan bentara Juruselamat kita, mengajarkan terang syurgawi yang telah muncul di dunia. Dia mula-mula menyelesaikan bahagian pendahulu, dan itu daripada rahim
ribunya, dikandungi oleh
Elisabet, agar bagi mereka
yang juga anak-anak daripada
rahim ibu mereka dia dapat
umumkan kelahiran baru yang bakal terjadi untuk kebaikan
mereka melalui Roh Kudus
dan Perawan itu.
45. Dia, sesudah
mendengar salam yang diucapkan kepada Elisabet, melonjak gembira dalam rahim ibunya,
mengenali Firman Tuhan yang
dikandungi dalam rahim Perawan itu.
Selepas itu dia tampil berkhotbah
di padang gurun, menyatakan baptisan pertaubatan kepada orang ramai itu, (dan dengan itu) mengumumkan
secara nubuatan keselamatan kepada bangsa-bangsa yang hidup dalam padang gurun
dunia. Selepas ini, di
Yordan, melihatkan Juruselamat
dengan matanya sendiri, dia menunjuk
kepadaNya, dan berkata, Lihatlah anak domba
Allah, yang menghapus dosa dunia! Dia juga mula-mula berkhotbah kepada mereka dalam
dunia orang mati (Hades), menjadi
pendahulu di sana apabila dia dibunuh oleh Herodes, agar di
situ juga dia dapat membayangkan bahawa Juruselamat akan turun untuk menebus
jiwa-jiwa orang-orang kudus daripada
tangan maut.
[Catatan: 1 Petrus 3:19 Ia
pergi memberitakan Injil kepada roh-roh
yang di dalam penjara
(KJV): bukan Injil tetapi ia mengumumkan
kemenangannya; mereka adalah para malaikat dari Kej. 6:2,4 (Bullinger). Bukan
kepada orang-orang kudus karena
roh mereka telah kembali kepada
Tuhan. Hades adalah kuburan,
Tartaros dan Sheol adalah dua hal yang berbeda. Teks tersebut gagal memahami perbedaan itu dan dalam dua kebangkitan bdk. Wahyu 20 dan Penghakiman Setan-setan (No. 080). Orang-orang kudus dibangkitkan dalam Kebangkitan Pertama pada Kedatangan Kedua Mesias di akhir Zaman. Ini mungkin menunjukkan tangan seorang juru tulis
yang kurang berpendidikan.
Ed.]
46. Tetapi
sebab Juruselamat merupakan permulaan kebangkitan semua manusia, wajar Tuan seorang saja yang bangkit daripada mati, dan melaluinya juga pengadilan datang untuk seluruh dunia, supaya mereka yang telah berjuang dengan layak juga boleh dimahkotakan dengan layak oleh Dia, oleh Pengadil termasyhur itu, yang sendirinya mula-mula menyempurnakan jalan itu, dan diterima ke dalam
langit, dan duduk di sebelah
kanan Allah Bapa, dan akan menjelma sekali lagi pada akhir dunia sebagai Hakim. Sememangnya para pendahuluNya harus muncul dahulu, seperti kataNya melalui Maleakhi dan malaikat tersebut, Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Maka ia akan
membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.
Maka mereka ini akan datang dan menyatakan manifestasi Kristus yang akan datang dari syurga;
dan mereka juga akan melaksanakan tanda-tanda dan keajaiban, supaya manusia menjadi malu dan bertaubat atas kebiadapan dan kejahatan melampau mereka.
47. Sebab
Yohanes berkata, Dan Aku akan
memberi tugas kepada dua saksi-Ku, supaya mereka bernubuat
sambil berkabung, seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.
Itu ialah separuh minggu yang Daniel bicarakan.
Mereka adalah kedua pohon zaitun dan kedua kaki dian yang berdiri di hadapan Tuhan semesta alam. Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, keluarlah api dari mulut
mereka menghanguskan semua musuh mereka.
Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, maka orang itu harus mati
secara itu. Mereka mempunyai kuasa menutup langit, supaya jangan turun
hujan selama mereka bernubuat; dan mereka mempunyai kuasa atas segala
air untuk mengubahnya menjadi darah, dan untuk memukul bumi
dengan segala jenis malapetaka, setiap kali mereka menghendakinya. Dan apabila mereka telah menyelesaikan
kesaksian mereka, apa kata nabi itu?
maka binatang
yang muncul dari jurang maut, akan
memerangi mereka dan mengalahkan serta membunuh mereka, kerana mereka tidak memuliakan
Antikristus. Sebab inilah yang dimaksudkan dengan tanduk kecil
yang tumbuh. Dia, yang kini
besar hatinya, mula mengagungkan dirinya, dan memuliakan dirinya sebagai Tuhan, menganiaya orang-orang kudus dan menghujat
Kristus, seperti kata
Daniel, Aku memperhatikan tanduk
itu, dan pada tanduk itu tampak ada
mata seperti mata manusia dan mulut yang menyombong; dia akan mengucapkan
perkataan yang menentang
Tuhan. Dan tanduk itu berperang melawan orang-orang
kudus dan mengalahkan mereka
sampai binatang itu dibunuh, tubuhnya
dibinasakan dan diserahkan ke dalam api
yang membakar.
48. Tetapi
sebab wajib bagi kita membincangkan
hal binatang ini dengan lebih
tepat lagi, khususnya soal bagaimana Roh Kudus juga telah menunjukkan secara mistik namanya dengan satu bilangan,
kita akan teruskan untuk menyatakan dengan lebih jelas lagi
semua mengenainya. Lalu
Yohanes berkata demikian:
Dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari dalam
bumi dan bertanduk dua sama seperti anak
domba dan ia berbicara seperti seekor naga. Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya
di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh. Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api
dari langit ke bumi di depan
mata semua orang. Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu.
Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan
patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan
nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung
binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga
semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.
Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual
selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu
nama binatang itu atau bilangan namanya.
Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa
yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan
binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan
seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.
49. Maka dengan
binatang yang keluar dari bumi, dia
maksudkan kerajaan Antikristus; dan dua tanduk itu dia maksudkan
dia dan nabi palsu selepasnya. Dengan mengatakan tanduk sama seperti
anak domba, dia maksudkan bahawa
dia akan menjadikan dirinya seperti Anak Tuhan, dan menjadikan
dirinya sebagai raja.
Istilah-istilah, ia berbicara seperti seekor naga, bermakna bahawa dia seorang
pendusta, dan tidak bercakap benar. Kata-kata, Dan seluruh kuasa binatang
yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan
seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh, bererti bahawa, mengikut gaya hukum Agustus, yang melaluinya kerajaan Rom diasaskan, dia juga akan memerintah dan mentadbir, menyetujui segalanya dengannya, dan mengagungkan lagi dirinya.
Sebab ini ialah
binatang keempat, yang kepalanya telah luka dan sembuh kembali, dalam perpecahannya malah diaibkan, dan dibahagikan kepada empat mahkota;
dan dia kemudiannya (Antikristus) dengan kecekapan bangsa akan menyembuhkannya, dari satu segi,
dan memulihkannya. Sebab inilah maksud nabi
apabila dia berkata, Dia akan memberi nyawa kepada
patung binatang itu, sehingga patung
binatang itu berbicara. Dia akan bergiat kembali, dan terbukti kuat disebabkan
hukum-hukum yang ditetapkan
olehnya; dan dia akan menyebabkan semua yang tidak menyembah patung binatang itu dibunuh.
Di sini iman dan ketabahan orang-orang kudus akan muncul, sebab dia
berkata: Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar,
kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual
selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu
nama binatang itu atau bilangan namanya.
Sebab dia penuh tipu muslihat,
dan mengagungkan dirinya terhadap hamba-hamba Tuhan, dan ingin
menindas mereka dan menganiaya mereka dengan hebat sekali,
kerana mereka tidak memuliakannya, dia akan memerintahkan dulang-dulang kemenyan didirikan oleh semua di semua tempat, hingga
tiada antara orang-orang
kudus dapat membeli atau menjual tanpa
mula-mula mempersembah
korban; sebab inilah erti tanda pada tangan kanan itu.
Dan perkataan--pada dahi mereka--menunjukkan bahawa semua dimahkotakan, dan memakai mahkota api, bukan kehidupan,
tetapi kematian. Sebab dengan cara
ini juga, Antiochus Epiphanes raja Aram, keturunan Alexander dari
Makedonia, menemukan cara membereskan orang Yahudi. Dia
juga, dalam keagungan hatinya, mengeluarkan satu perintah pada zaman itu, supaya semua
harus mendirikan keramat-keramat di depan pintu mereka, dan memberi korban, dan mereka harus berarak untuk
menghormati Dionysus, sambil
melambaikan tasbih-tasbih ivy; dan mreka yang tidak menurut harus dibunuh
dengan cekikan dan seksaan. Tetapi dia juga mendapat balasannya yang patut di tangan Tuhan, Hakim adil dan
Tuhan yang mahatahu; sebab dia mati dimakan
cacing-cacing. Jika sesiapa
ingin menyelidiki hal ini dengan
lebih tepat lagi, dia dapat
menemukannya tercatat dalam kitab-kitab Maccabee.
50. Tetapi
sekarang kita akan bercakap tentang
hal di depan kita. Sebab cara-cara
sebegitu juga akan dia rencanakan, untuk berusaha menindas orang-orang kudus dengan
apa cara sekalipun. Sebab nabi dan rasul berkata: Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa
yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan
binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan
seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam. Berkenaan
namanya, kita tidak berdaya menjelaskannya
dengan tepat, kerana
Yohanes yang diberkati memahaminya
dan diajar mengenainya, tetapi hanya untuk
memberi laporan tekaan tentangnya; sebab apabila dia
muncul, dia yang diberkati akan menunjukkan kita apa yang kita ingin
tahu. Namun sejauh mana pengertian kami yang sangsi, itu kami boleh katakan: Sesungguhnya kami temui banyak nama, yang mana huruf-hurufnya
sama dengan bilangan ini: contohnya,
perkataan Titan, satu nama purba dan terkemuka; atau Evanthas, sebab ini juga menjadi bilangan sama; dan banyak lain yang boleh ditemui. Tetapi, seperti yang sudah kami katakan, luka binatang pertama
itu disembuhkan, dan dia (binatang kedua)
akan membuatkan patung itu berbicara,
dengan kata lain, dia seharusnya sangat kuat; dan jelas bagi semua
bahawa mereka yang masih berkuasa sekarang ini ialah
orang Latin. Jadi, jika kita
mengambil nama itu sebagai nama seorang saja, ini menjadi
Latin. Sebab itu kita harus jangan
menyatakannya seolah-olah ini pasti namanya,
juga jangan abaikan fakta yang dia mungkin tidak digelar
sebaliknya. Tetapi dengan rahsia Tuhan dalam hati kita,
kita harus dengan takut memelihara
dengan setia semua yang telah diberitahu kepada kita oleh nabi-nabi yang diberkati, supaya apabila benda-benda itu terjadi, kita
boleh bersedia untuknya, dan tidak tertipu. Sebab bila waktu berjalan,
dia juga, yang tentangnya diperkatakan semua ini, akan menjadi
nyata.
51. Namun
untuk tidak membataskan diri kita kepada kata-kata dan penjelasan ini saja, bagi tujuan
meyakinkan mereka yang suka mempelajari firman Tuhan, kita akan mempertunjukkan hal ini dengan
banyak lagi bukti. Sebab Daniel berkata, Tetapi dari tangannya akan terluput tanah
Edom, tanah Moab dan bagian
yang penting dari bani
Amon. Amon dan Moab ialah anak-anak
yang lahir bagi Lot melalui anak-anak perempuannya, dan bangsa mereka masih ada
sekarangpun. Yesaya berkata: Tetapi mereka akan terbang ke barat, ke atas
lereng gunung Filistin, bersama-sama mereka akan menjarah
bani Timur; mereka akan merampas Edom dan Moab, dan orang Amon akan
patuh kepada mereka.
52. Lalu pada zaman itu, dia akan
bangkit dan menemui mereka. Sesudah dia menguasai tiga
tanduk daripada sepuluh itu dalam
susunan perang, dan mencabut mereka ini, iaitu, Mesir, dan Libia, dan
Etiopia, dan telah mendapatkan jarahan dan hiasan-hiasan mereka, dan sudah menakluki sisa tanduk-tanduk itu yang menderita, dia akan mula
angkuh, dan mengagungkan dirinya melawan Tuhan sebagai tuan seluruh dunia. Dan ekspedisi pertamanya adalah terhadap Tirus dan Beritus, dan wilayah sekeliling. Sebab dengan menggempur
kota-kota ini dahulu dia akan
menimbulkan rasa ngeri dalam mereka yang lain, seperti kata Yesaya, Tahulah malu hai
Sidon, sebab laut, benteng laut, berbicara,
katanya: "Aku tidak pernah menggeliat sakit dan tidak melahirkan, aku tidak pernah membesarkan
anak-anak teruna, dan tidak mengasuh anak-anak dara. Apabila kabar tentang
Tirus itu sampai ke Mesir, mereka akan gemetar mendengarnya.
53. Semua
hal ini akan
terjadi pada masa depan, hai kekasih; dan setelah tiga tanduk
itu dibinasakan, dia akan mula
memperlihatkan dirinya sebagai Tuhan, seperti kata
Yehezkiel sebelumnya: Karena engkau
menjadi tinggi hati, dan berkata: Aku adalah Allah! Serupa juga Yesaya berkata: Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu:
Aku hendak naik ke langit, aku hendak
mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah,
dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan,
jauh di sebelah utara. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati (Hades) engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. Sama seperti itu juga Yehezkiel: Apakah engkau masih
akan mengatakan di hadapan pembunuhmu: Aku adalah Allah!? Padahal terhadap kuasa penikammu engkau adalah manusia, bukanlah Allah.
[Perhatikan bahawa teks ini sekali
lagi mengelirukan Iblis dengan Antikristus dan mengelirukan Dan waktu itu sebagai bukan
suku Israel milik Tuhan tetapi dari konsep sesat
ini iaitu Antikristus. Ed.]
54. Maka sebab
sukunya, dan manifestasinya,
dan kebinasaannya, telah ditetapkan dalam kata-kata ini, dan sebab namanya juga telah dinyatakan secara mistik, mari kita
perhatikan juga perbuatannya.
Sebab dia akan mengumpulkan semua orang kepada dirinya, dari setiap
negeri penyebaran, menjadikan
mereka miliknya, seolah-olah mereka anak-anaknya sendiri, dan berjanji untuk memulihkan negeri mereka, dan mengasaskan kembali kerajaan dan bangsa mereka, supaya dia disembah oleh mereka sebagai Tuhan, seperti kata nabi: Dia akan mengumpulkan seluruh kerajaannya, dari terbitnya matahari sampai kepada terbenamnya: mereka yang dipanggilnya dan mereka yang tidak dipanggilnya akan berjalan bersamanya. Dan Yeremia
berkata mengenainya demikian dalam satu perumpamaan: Seperti ayam hutan
yang mengerami yang tidak ditelurkannya, demikianlah orang
yang menggaruk kekayaan secara tidak halal, pada pertengahan usianya ia akan kehilangan
semuanya, dan pada kesudahan
usianya ia terkenal sebagai seorang bebal.
55. Justeru
tidak berbahaya bagi perjalanan hujah kita sekarang
ini, jika kita menjelaskan seni makhluk itu,
dan menunjukkan bahawa nabi itu bukannya
berbicara tanpa tujuan dalam menggunakan
perumpamaan (persamaan) makhluk itu. Oleh sebab ayam hutan
itu seekor makhluk yang angkuh, apabila ia melihat
sarang ayam hutan lain berdekatan dengan anak-anak di dalamnya, dan dengan induknya di luar sarang mencari makan, ia meniru
suara panggilan ayam lain itu, dan memanggil anak-anak itu kepadanya; dan mereka, menganggapnya induk mereka sendiri,
lari kepadanya. Dan ia bergembira bangga
dengan anak-anak ayam itu seolah-olah
miliknya sendiri. Tetapi apabila induk ayam sebenar
kembali, dan memanggil mereka dengan panggilan
biasanya sendiri, anak-anak itu mengenalinya,
dan meninggalkan penipu itu, dan pergi kepada induk sebenar.
Maka hal ini diambil oleh nabi sebagai satu persamaan,
menerapkannya dengan cara sama kepada
Antikristus. Sebab dia akan menarik
umat manusia kepada dirinya, ingin memiliki mereka yang bukan miliknya, dan menjanjikan keselamatan kepada semua, padahal dia tidak dapat
menyelamatkan dirinya sendiri.
56. Dia kemudiannya,
setelah mengumpulkan semua yang tidak percaya di seluruh dunia, datang bila dipanggil
mereka untuk menganiaya orang-orang kudus, musuh
dan lawan mereka, seperti kata rasul dan penginjil:
Dalam sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan
Allah dan tidak menghormati
seorangpun. Dan di kota itu ada seorang
janda yang selalu datang kepada hakim itu dan berkata: Belalah hakku terhadap
lawanku. Beberapa waktu lamanya hakim itu menolak. Tetapi
kemudian ia berkata dalam hatinya:
Walaupun aku tidak takut akan Allah dan tidak menghormati seorangpun, namun karena janda ini
menyusahkan aku, baiklah aku membenarkan
dia, supaya jangan terus saja
ia datang dan akhirnya menyerang aku.
57. Hakim yang tidak adil itu,
yang tidak takutkan Tuhan,
dan tidak menghormati seorangpun, tanpa ragu dia maksudkan Antikristus,
kerana dia anak setan dan bejana Iblis. Sebab apabila dia
memiliki kuasa, dia akan mula
mengagungkan dirinya terhadap Tuhan, juga dalam kebenaran tidak takutkan Tuhan, juga tidak menghormati Anak Tuhan, yang merupakan
Hakim semua. Dengan berkata bahawa ada seorang janda
di kota itu, dia maksudkan Yerusalem
sendiri, yang memangpun janda, ditinggalkan pasangan syurgawinya yang sempurna, Tuhan. Si janda memanggil Dia lawannya, dan bukan Juruselamatnya; sebab dia tidak
mengerti apa yang telah dikatakan oleh nabi Yeremia: Sebab mereka tidak menurut
kebenaran, suatu roh yang menyesatkan akan berbicara kepada bangsa ini
dan kepada Yerusalem. Yesaya juga berbicara serupa: Oleh karena bangsa ini telah
menolak air Syiloah yang mengalir lamban, dan telah tawar hati
terhadap Rezin dan anak Remalya, sebab itu, sesungguhnya, Tuhan akan membuat air sungai Efrat yang kuat dan besar, meluap-luap atas mereka, yaitu
raja Asyur dengan segala kemuliaannya. Dengan raja dia maksudkan Antikristus secara kiasan, juga seperti kata seorang nabi lain: Orang inilah damai daripadaku, bila orang Asyur itu datang memasuki
negerimu, dan bila dia menginjak-injak di pergununganmu.
58. Seperti
itu juga Musa, yang tahu terlebih dahulu bahawa bangsa itu
akan menolak dan tidak mengakui Juruselamat sebenar dunia, dan mengambil bahagian dengan kesesatan, dan memilih raja duniawi dan menjadikan Raja syurgawi seperti tiada ertinya,
berkata: Bukankah hal itu tersimpan
pada-Ku, termeterai dalam perbendaharaan-Ku? Hak-Kulah dendam dan pembalasan, pada waktu kaki mereka goyang, sebab hari
bencana bagi mereka telah dekat,
akan segera datang apa yang telah disediakan bagi mereka. Mereka memang goyang, justeru itu, dalam
segalanya, sebab mereka didapati tiada kerukunan dengan kebenaran; juga tidak dengan hukum,
kerana mereka telah menjadi pelanggar hukum; juga tidak dengan para nabi, sebab mereka sendiri
membinasakan nabi-nabi sekalipun; juga tidak dengan suara Kitab Injil, sebab mereka
menyalibkan Juruselamat Sendiri; juga tidak dalam mempercayai rasul-rasul, sebab mereka menganiaya
mereka. Setiap waktu mereka mempertunjukkan
diri mereka musuh dan pengkhianat kebenaran, dan didapati sebagai pembenci Tuhan, dan bukan mengasihiNya; dan begitulah mereka bilamana mereka mendapat peluang: sebab, membangkitkan diri mereka melawan
hamba-hamba Tuhan, mereka akan
cuba mendapatkan pembalasan dendam dengan tangan seorang
manusia. Dia pula, kembung dengan kebanggaan oleh kepatuhan mereka, akan mula mengirim
surat-surat terhadap
orang-orang kudus, memerintah untuk
membinasakan mereka di semua tempat, atas
alasan penolakan mereka untuk menghormati
dan menyembahnya sebagai
Tuhan, menurut kata Yesaya:
Wahai! Negeri dengingan sayap di seberang sungai-sungai Etiopia, yang mengirim duta-duta melalui laut dalam
perahu-perahu pandan mengarungi
permukaan air! Pergilah, hai utusan-utusan yang tangkas, kepada bangsa yang jangkung dan berkulit mengkilap, kepada kaum yang ditakuti dekat dan jauh, yakni bangsa yang berkekuatan ulet dan lalim.
59. Tetapi
kita yang mengharapkan Anak
Tuhan dianiaya dan diinjak-injak
oleh mereka yang tidak beriman itu. Sebab
sayap itu ialah jemaat-jemaat; dan laut ialah dunia, di mana Jemaat diletakkan, seperti sebuah kapal yang dilambung di tengah laut, namun
tidak binasa; kerana ia mempunyai bersamanya
Pemandu, Kristus. Ia membawakan di tengah-tengahnya juga piala (yang
didirikan) atas maut; sebab ia
membawa bersamanya salib Tuhan. Haluannya ialah timur, dan buritannya ialah barat, dan muatannya ialah selatan, dan kemudinya ialah dua Kitab Perjanjian; dan tali-tali yang merentang sekelilingnya ialah kasih Kristus, yang mengikat Jemaat; dan jaringan yang dibawanya ialah lapisan pembaharuan
yang membaharui mereka yang
percaya, dari mana jua kemuliaan-kemuliaan ini. Sebagai angin
Roh dari syurga hadir, dan dengannya mereka yang percaya dimeteraikan: ia juga mempunyai sauh-sauh besi mengiringinya, iaitu, perintah-perintah kudus Kristus Sendiri, yang kuat seperti besi.
Ia juga mempunyai pelaut-pelaut di kanan dan di
kiri, penaksir-penaksir seperti
para malaikat suci, dan dengan mereka Jemaat
sentiasa ditadbir dan dipertahankan. Tangga di dalamnya yang naik ke halaman berlayar ialah lambang keghairahan
Kristus, yang membawa
orang-orang beriman ke pendakian syurga. Layar-layar atas yang meninggi di halaman itu ialah rombongan
para nabi, mereka yang mati syahid, dan rasul, yang telah memasuki perhentian mereka dalam kerajaan Kristus.
60. Sekarang,
berkenaan kesengsaraan penganiayaan yang akan menimpa Jemaat dari musuh itu,
Yohanes juga berkata demikian:
Maka tampaklah suatu tanda besar di langit: Seorang perempuan berselubungkan matahari, dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya. Ia sedang mengandung
dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia berteriak
kesakitan. Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota.
Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan
Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. Maka ia melahirkan seorang
Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas
dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. Perempuan itu lari ke padang
gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara
di situ seribu dua ratus enam
puluh hari lamanya. Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat
bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular
tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia
dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. Dan aku mendengar suara
yang nyaring di sorga berkata: "Sekarang telah tiba keselamatan
dan kuasa dan pemerintahan
Allah kita, dan kekuasaan
Dia yang diurapi-Nya, karena
telah dilemparkan ke bawah pendakwa
saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita. Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi
nyawa mereka sampai ke dalam
maut. Karena itu bersukacitalah, hai sorga dan hai kamu
sekalian yang diam di dalamnya,
celakalah kamu, hai bumi dan laut!
karena Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, karena ia tahu, bahwa
waktunya sudah singkat." Dan ketika naga itu sadar, bahwa
ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu
perempuan yang melahirkan
Anak laki-laki itu. Kepada perempuan itu diberikan kedua
sayap dari burung nasar yang besar, supaya ia
terbang ke tempatnya di padang gurun, di mana ia dipelihara jauh
dari tempat ular itu selama
satu masa dan dua masa dan setengah
masa. Lalu ular itu menyemburkan dari mulutnya air, sebesar sungai, ke arah
perempuan itu, supaya ia dihanyutkan
sungai itu. Tetapi bumi datang
menolong perempuan itu. Ia membuka
mulutnya, dan menelan sungai yang disemburkan naga itu dari mulutnya.
Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi
memerangi keturunannya yang
lain, yang menuruti hukum-hukum
Allah dan memiliki kesaksian
Yesus.
61. Perempuan berselubungkan matahari, dia amat jelas
maksudkan Jemaat, dianugerahi dengan firman Bapa, yang cahayanya mengatasi matahari. bulan di bawah
kakinya dia maksudkan dia dihiasi,
seperti bulan, dengan kemuliaan syurgawi. Kata-kata, sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya, merujuk kepada dua belas rasul yang mengasaskan Jemaat. Ia sedang
mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan, bermakna bahawa Jemaat tidak akan
berhenti menyandang dari hatinya Firman
yang dianiaya oleh orang-orang kafir dalam dunia. Maka ia melahirkan, dia berkata, seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa, yang bermakna bahawa Jemaat, yang sentiasa melahirkan Kristus, anak lelaki
sempurna Tuhan, yang dinyatakan
sebagai Tuhan dan manusia, menjadi guru semua bangsa. Kata-kata, tiba-tiba Anaknya itu dirampas
dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya, menandakan bahawa dia yang sentiasa lahir daripadanya ialah raja syurgawi, dan bukan duniawi; malah seperti Daud nyatakan dahulu juga apabila dia berkata, Demikianlah
firman TUHAN kepada tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu
menjadi tumpuan kakimu. Dan naga itu, katanya, sadar dan memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu. Kepada perempuan
itu diberikan kedua sayap dari
burung nasar yang besar, supaya ia
terbang ke tempatnya di padang gurun, di mana ia dipelihara jauh
dari tempat ular itu selama
satu masa dan dua masa dan setengah
masa. Itu merujuk kepada seribu dua ratus enam puluh hari (setengah
daripada minggu) dan ketika ini orang lalim itu memerintah
dan menganiaya Jemaat, yang
lari dari kota ke kota,
mencari tempat persembunyian di padang gurun di antara gunung-gunung, tanpa apa-apa pertahanan lagi selain dua sayap burung nasar
besar itu, iaitu, iman Yesus
Kristus, yang, dengan merentangkan tangan-tangan kudusNya di pohon suci itu, membentangkan
dua sayap, kanan dan kiri,
dan memanggil kepadaNya semua yang percaya padaNya, dan menutupi mereka seperti ibu ayam menutupi
anak-anaknya. Melalui mulut Maleakhi juga Dia berkata demikian: Tetapi kamu yang takut akan nama-Ku, bagimu akan terbit
surya kebenaran dengan kesembuhan pada sayapnya.
[Perlindungan dan penganiayaan
jemaat selama 1260 tahun dan selepas itu 1260 hari nampaknya
disembunyikan daripada mereka pada waktu itu sebab jemaat
tentunya hilang semangat jika mereka
sudah tahu apa yang mereka harus lalui dan apa yang telah mereka lalui dengan
tabah di bawah penganiayaan dan kesusahan besar. Ed.]
62. Tuhan juga berkata, Jadi apabila kamu melihat Pembinasa
keji berdiri di tempat kudus, --para pembaca hendaklah memperhatikannya-- maka orang-orang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan.
Orang yang sedang di peranginan
di atas rumah janganlah ia turun
untuk mengambil barang-barang dari rumahnya, dan orang yang sedang
di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil
pakaiannya. Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu. Sebab pada masa itu akan terjadi
siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi
lagi. Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan
ada yang selamat. Dan
Daniel berkata, "Dan mereka
akan menempatkan kekejian yang membinasakan itu selama seribu
dua ratus sembilan puluh hari. Berbahagialah orang yang menanti-nantikan dan mencapai seribu dua ratus sembilan puluh lima hari."
[Catatan: Teks dalam
Daniel Bab 12 membahas tentang
1260+30+40+5 =1335 hari. Di sini
teks tersebut menghilangkan 40 hari penaklukan planet di bawah Kristus dan Hosti sebelum lima hari terakhir Pemulihan di akhir 1335 hari. Lihat No. 141C_4C; F027xii, xiii. Ed.]
63. Rasul Paulus yang diberkati, menulis kepada orang Tesalonika, berkata: Tentang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus dan terhimpunnya kita dengan Dia kami minta kepadamu, saudara-saudara, supaya kamu jangan
lekas bingung dan gelisah, baik oleh ilham roh, maupun
oleh pemberitaan atau surat yang dikatakan dari kami, seolah-olah hari Tuhan telah tiba. Janganlah kamu memberi dirimu
disesatkan orang dengan cara yang bagaimanapun juga! Sebab sebelum Hari itu haruslah datang
dahulu murtad dan haruslah dinyatakan dahulu manusia durhaka, yang harus binasa, yaitu
lawan yang meninggikan diri di atas segala
yang disebut atau yang disembah sebagai Allah. Bahkan ia duduk di Bait Allah dan
mau menyatakan diri sebagai Allah. Tidakkah kamu ingat,
bahwa hal itu telah kerapkali
kukatakan kepadamu, ketika aku masih
bersama-sama dengan kamu? Dan sekarang kamu tahu apa
yang menahan dia, sehingga ia baru
akan menyatakan diri pada waktu yang telah ditentukan baginya. Karena secara rahasia kedurhakaan telah mulai bekerja,
tetapi sekarang masih ada yang menahan. Kalau yang menahannya itu telah disingkirkan,
pada waktu itulah si pendurhaka baru
akan menyatakan dirinya, tetapi Tuhan Yesus akan membunuhnya
dengan nafas mulut-Nya dan akan memusnahkannya, kalau Ia datang kembali.
Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa
perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, dengan rupa-rupa
tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa karena
mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. Dan itulah sebabnya Allah mendatangkan kesesatan atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta,
supaya dihukum semua orang yang tidak percaya akan kebenaran
dan yang suka kejahatan. Yesaya berkata pula, Biarlah orang fasik dimusnahkan, supaya dia tidak akan
melihat kemuliaan TUHAN.
64. Maka dengan
hal-hal ini yang akan datang, hai
kekasih, dan satu minggu yang dibahagikan kepada dua bahagian, dan pembinasa keji yang ternyata pada waktu itu, dan dua nabi serta pendahulu Tuhan yang mengakhiri perjalanan mereka, dan seluruh dunia akhirnya menghampiri penyempurnaan itu, apa lagi tinggal
kalau bukan kedatangan Tuan dan Juruselamat kita Yesus Kristus
dari syurga, yang kita nanti-nantikan? Dia akan membawakan kebakaran besar dan penghakiman adil pada semua yang telah menolak untuk percaya
pada Dia.
Sebab Tuhan berfirman, Apabila semuanya itu mulai terjadi,
bangkitlah dan angkatlah mukamu, sebab penyelamatanmu
sudah dekat. Tidak sehelaipun dari rambut kepalamu akan hilang. Sebab sama seperti kilat
memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia. Kejatuhan itu terjadi di taman firdaus; sebab Adam jatuh berdosa di situ. Dia berfirman lagi, Dan pada waktu itupun Ia akan
menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dan akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari keempat penjuru bumi. Daud juga, dalam menyatakan secara nubuatan penghakiman dan kedatangan Tuhan, berkata, Dari ujung langit ia
terbit, dan ia beredar sampai ke ujung yang lain; tidak ada yang terlindung dari panas sinarnya. Panas ini dia maksudkan
kebakaran besar. Yesaya juga berkata demikian: Mari bangsaku, masuklah ke dalam
kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah
barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu.
Paulus juga begitu: Sebab murka Allah nyata dari sorga
atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman.
65. Selain itu,
berkenaan kebangkitan dan kerajaan orang-orang kudus, Daniel berkata,
Dan banyak dari antara orang-orang yang telah tidur di dalam debu tanah, akan
bangun, sebagian untuk mendapat hidup yang kekal, sebagian untuk mengalami kehinaan dan kengerian yang kekal. Yesaya berkata, orang-orang-Mu
yang mati akan hidup pula, mayat-mayat mereka akan bangkit
pula. Hai orang-orang yang sudah dikubur
di dalam tanah bangkitlah dan bersorak-sorai! Sebab embun TUHAN ialah embun terang,
dan bumi akan melahirkan arwah kembali. Tuhan berkata,
orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan mereka yang mendengarnya, akan hidup. Nabi pula berkata, Bangunlah, hai kamu yang tidur
dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya
atas kamu. Yohanes berkata, Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian
yang kedua tidak berkuasa lagi atas
mereka. Sebab kematian kedua ialah lautan api
yang membakar. Sekali lagi Tuhan berkata, Pada waktu itulah orang-orang benar akan bercahaya
seperti matahari dalam Kerajaan Bapa mereka. Kepada orang-orang kudus Dia akan
berkata, Mari, hai kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku,
terimalah Kerajaan yang telah
disediakan bagimu sejak dunia dijadikan. Tetapi apa kataNya
kepada orang jahat? Enyahlah dari hadapan-Ku,
hai kamu orang-orang terkutuk, enyahlah ke dalam api
yang kekal yang telah sedia untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya. Yohanes pula berkata,
Tetapi anjing-anjing dan tukang-tukang sihir, orang-orang sundal, orang-orang pembunuh, penyembah-penyembah berhala dan setiap orang yang mencintai dusta dan yang melakukannya, tinggal di luar; [sebab bagianmu ada dalam neraka
api]. Begitu juga Yesaya: Mereka akan keluar dan akan memandangi bangkai orang-orang
yang telah memberontak kepada-Ku. Di situ ulat-ulatnya tidak akan mati,
dan apinya tidak akan padam, maka
semuanya akan menjadi kengerian bagi segala yang hidup.
[Perhatikan bahwa elemen penting dari teks tersebut
dihilangkan, yaitu bahwa kematian terjadi karena tidak mematuhi hari-hari Sabat dan Bulan-bulan baru. Ed.]
66. Berkenaan
kebangkitan orang benar,
Paulus juga berbicara demikian
dalam surat kepada orang Tesalonika: Selanjutnya kami tidak mau, saudara-saudara, bahwa kamu tidak
mengetahui tentang mereka yang meninggal, supaya kamu jangan
berdukacita seperti
orang-orang lain yang tidak mempunyai
pengharapan. Karena jikalau
kita percaya, bahwa Yesus telah
mati dan telah bangkit, maka kita
percaya juga bahwa mereka yang telah meninggal dalam Yesus akan dikumpulkan
Allah bersama-sama dengan
Dia. Ini kami katakan kepadamu
dengan firman Tuhan: kita yang hidup, yang masih tinggal sampai
kedatangan Tuhan, sekali-kali
tidak akan mendahului mereka yang telah meninggal. Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu
pada waktu penghulu malaikat
berseru dan sangkakala
Allah berbunyi, [Perhatikan
seruan dan sangkakala dikatakan datang daripada Tuhan, bukan penghulu malaikat, padahal ini tidak betul.
Ed.] maka Tuhan sendiri akan turun dari
sorga dan mereka yang mati dalam Kristus
akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita
yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat
bersama-sama dengan mereka dalam awan
menyongsong Tuhan di angkasa.
Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan.
67. Maka, semua
hal ini aku
tetapkan di depanmu, hai Theophilus, mengambilnya daripada Kitab Suci sendiri, supaya, dengan memelihara dalam iman semua
yang tertulis, dan menantikan
hal-hal yang bakal terjadi, engkau dapat memelihara dirimu tanpa kesalahan
terhadap kedua-dua Tuhan
dan manusia, menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar
dan Juruselamat kita Yesus Kristus, apabila, setelah membangkitkan orang-orang kudus di kalangan
kita, Dia akan bersukacita bersama mereka, memuliakan Bapa. Bagi-Nya
kemuliaan, sekarang dan sampai selama-lamanya. Amin.
Sistem ini berasal dari Binatang Romawi dan merupakan kelanjutan dari Kekaisaran Romawi Suci yang berkaki besi dan tanah liat Daniel. Sepuluh jari kaki ini juga terbuat dari besi
dan tanah liat dan membentuk persatuan bangsa-bangsa yang akan berusaha menguasai dunia. Kepala atau Antikristus
bukanlah orang Israel dari suku Dan, tetapi kelanjutan [kehidupan nyata] dari manusia
Dosa dan kekuatan Naga Merah, Lucifer atau Setan, yang waktunya sangat singkat. Sistem ini adalah
salah satu dari dua tanduk yang muncul di akhir zaman sebagai Antikristus dan Mesias Palsu.
Lelucon dan perebutan kekuasaan Tatanan Dunia Baru dengan kedok Perubahan
Iklim terus berlanjut dalam diskusi dengan
negara-negara bangsa di Cancun, Meksiko
dengan kota kecil yang berpenduduk 22,000
orang perwakilan dari berbagai golongan yang diterbangkan ke sana untuk memulai agenda Tatanan Dunia Baru dari Pemerintahan Satu Dunia.
Faktanya ialah urutan itu berterusan
dari upaya sistem Satu Dunia di pertemuan
Copenhagen pada Disember 2009 yang gagal dengan hebat
sekali. Di Cancun di bawah seorang wanita Amerika Latin kita lihat sistem
itu dibaktikan kepada seorang dewi Maya tanpa sedikitpun rasa malu atau pengertian lahiriah akan penghujatan
keberhalaan yang mereka kemukakan itu. Kenapa dewi Maya? Sebab mereka berniat
untuk mengikut dan membangunkan Tatanan Dunia Baru sebagai Pemerintahan Satu Dunia
dan menghapuskan demokrasi sepenuhnya selewat-lewatnya pengakhiran Kalendar Maya pada 21
Disember 2012. Jangan
salah, ketika akhirnya muncul, ini adalah
Binatang dari Wahyu bab 13.
Wahyu 13
[1] Lalu aku
melihat seekor binatang keluar dari dalam laut,
bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan pada kepalanya tertulis nama-nama hujat. [2]
Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan
tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. [3] Maka tampaklah kepadaku satu dari
kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh
dunia heran, lalu mengikut binatang itu. [4] Dan mereka menyembah naga itu, karena ia memberikan
kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil
berkata: "Siapakah
yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" [5] Dan kepada binatang itu diberikan
mulut, yang penuh kesombongan dan hujat; kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya
empat puluh dua bulan lamanya. [6] Lalu ia membuka mulutnya
untuk menghujat Allah, menghujat nama-Nya dan kemah kediaman-Nya dan semua mereka yang diam di sorga. [7]
Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk
mengalahkan mereka; dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap
suku dan umat dan bahasa dan bangsa. [8] Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya,
yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis
sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih. [9] Barangsiapa bertelinga, hendaklah ia mendengar!
[10] Barangsiapa ditentukan
untuk ditawan, ia akan ditawan;
barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan
pedang, ia harus dibunuh dengan
pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan
dan iman orang-orang kudus. [11] Dan aku melihat seekor
binatang lain keluar dari dalam bumi
dan bertanduk dua sama seperti anak domba
dan ia berbicara seperti seekor naga. [12] Dan seluruh kuasa binatang
yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan
seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh. [13] Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api
dari langit ke bumi di depan
mata semua orang. [14] Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu.
Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan
patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. [15] Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan
nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung
binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga
semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.
[16] Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, [17] dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual
selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu
nama binatang itu atau bilangan namanya.
[18] Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa
yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan
binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan
seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.
Perhatikan bahawa
Binatang Pertama ialah satu kerajaan yang berperang dengan orang-orang
kudus dan menawan ramai
orang. Tempoh pemerintahan
Binatang Pertama ini ialah empat puluh
dua bulan. Ini sama dengan 1260 hari atau satu masa, dua kali masa dan
setengah masa. Pengganti
Kerajaan Rom ialah Kerajaan Rom Suci
yang memerintah selama 1260
tahun dari 590 hingga 1850 dan berperang dengan orang-orang kudus dan menganiaya
mereka. Ia kemudiannya diganti oleh sistem agama terakhir yang mempunyai dua tanduk seperti anak domba
tetapi berbicara seperti naga dengan memiliki kuasa Iblis. Ia membuatkan api
turun dari langit di depan mata semua orang. Kita telah lihat daripada
tulisan-tulisan biskop kedua di tempat
yang kini adalah Lyon,
Irenaeus, yang dilatih di Smirna,
bahawa Binatang ini kedua-duanya berasal daripada orang Latin yang berpangkalan
di Rom dan orang Titan daripada sistem
Matahari yang ibadatnya berdasarkan Kultus-kultus Matahari dan yang Sabatnya adalah hari Minggu
dan yang melawan mereka
yang memelihara Sabat, iaitu
orang-orang kudus Tuhan. Sistem numerik
struktur antikristus kultus-kultus Matahari ini ialah 666 dan semua kata-kata ini dan sistem ini telah
dikenal pasti oleh Irenaeus
dan dikembangkan oleh Hippolytus.
Sistem yang dimusnahkan
pada 1850 oleh Revolusi-revolusi dan reorganisasi di Eropah telah dibangunkan kembali dan sistem Satanis tersebut direncana mulai 1871 (lihat naskah 2012 dan Antikristus (No. 299D)). Urutan
tiga perang dunia telah dirancangkan ketika itu dan dengan teliti dilaksanakan
sepanjang seratus tahun untuk menjalankan
fasa terakhir dan penghabisan kuasa Binatang dan penaklukan planet ini serta suku-suku bangsa Israel. Urutan perang ini dilakukan
supaya mereka dapat mencegah campur tangan Mesias dan mensia-siakan Milenium serta pemerintahan Mesias dan
Orang-orang Kudus.
Penting juga untuk kita mengerti apa
yang sedang terjadi dalam rencana permainan
PBB (UN) dan pembentukan pemerintahan
supranasional ini yang direncana untuk merampas kedaulatan
negara-negara. Pihak Barat secara
asasnya menyerahkan kedaulatannya dan sistem-sistem demokrasinya kepada sistem Binatang ini dan pihak media terlalu bebal dan terkawal untuk mendedahkannya dan ahli-ahli politik terlalu penakut dan penting diri untuk
menentangnya. Para bankir memaksanya kerana mereka mengharap untuk mendapat manfaat daripadanya dan berkuasa atas orde antarabangsa
itu. Ramai orang akan mati akibat sistem
ini dan kehilangan kebebasan yang menyusuli. Mereka
yang menerima tandanya akan kehilangan tempat mereka dalam
kedua-dua Kebangkitan Pertama dan sistem milenium sebagai manusia. Keluarga-keluarga mereka, dan kekayaan mereka, serta pusaka
mereka akan kehilangan. Mereka akan mati dalam perang-perang
terakhir dan kemurkaan
Tuhan.
Pautan
(URL) berikut mempunyai satu lampiran iaitu
satu ucapan oleh Christopher
Monckton, Viscount Monckton Ketiga Brenchley, mengenai penciptaan Binatang atau kerajaan sedunia
ini; walaupun dia tidak menggunakan
terminologi itu. http://www.ccg.org/Sabbath/2010/S_12_18_10_C.html
Negara-negara
membangun sedang ditipu dengan godaan
dalam pemikiran yang mereka akan mendapat
manfaat daripada sistem itu. Mereka akan tidak, dan mereka akan akhirnya
terpaksa berjuang demi kehidupan mereka itu juga.
Melainkan Mesias datang
dan menyelamatkan kita semua, tiada seorangpun
akan terselamat. Jangan terpedaya. Ini bukanlah satu sistem
yang akan membiarkan sesiapa hidup. Orang Anglo-Celt,
paling penting sekali, harus dihapuskan dan sesetengah mereka menganggap mereka dapat mengendalikannya. Iblis menginginkan supaya SEMUA binasa. Inilah sistem yang dipilihnya. Pion-pionnya ialah agama Kristian
Trinitarian, Islam Fundamentalis dan Zionisme, Yudaisme dan Teologi-teologi Pembebasan, serta pengikut-pengikutnya sendiri, yang semuanya akan mati.
Jemaat-jemaat Tuhan yang memelihara
Sabat iaitu Orang-orang Kudus ialah
sasaran pertama. Bagaimanapun, semua ada pada senarai itu. Jika Iblis membantah penciptaan manusia mula-mula dahulu kenapa sesiapa melainkan orang bodoh boleh menganggap ada antara kita
akan dilepaskan? Tanpa Mesias bererti tiada keselamatan dan tiada harapan. Mereka yang berseru pada Tuhan akan diselamatkan.
Berdoalah agar kita
dapat mengumpulkan umat pilihan pada hari-hari terakhir dan memanfaatkan kuasa Roh Kudus.
q