Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[062z]
Ringkasan:
Peranan Wanita Kristian
(Edition 1.0 20021015-20021015)
Karya ini melihat kepada peranan wanita di dalam rencana Allah dan dongengan yang menyatakan bahawa kaum wanita adalah tergolong sebagai umat percaya kelas kedua. Hanya satu Allah, satu Iman, satu Tubuh, satu Jemaat tetapi banyak anggotanya (lelaki dan wanita).
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Peranan Wanita Kristian [062z]
Wanita yang mahu mengetahui perananya di dalam masyarakat harus melihat kepada sumber dan semua pengetahuan yang telah diberikan oleh Allah Bapa di dalam firmanNya. Spekulasi manusia adalah sia-sia.
Allah mempunyai rencana, yang mana mendamaikan manusia serta warga semesta denganNya, an Dia telah menetapkan Hukum-Hukum, spiritual serta fizikal untuk menguasainya dengan tekun dan dengan teratur (1 Kor 14: 40).
Perkahwinan telah diperkenalkan oleh Allah yang satu sewaktu Dia menciptakan Adam dan Hawa (Kej 2:18, 23-24, Mar 10: 6-9). Oleh kerana dosa, Adam dan Hawa telah disingkirkan dari Taman untuk keluar ke dunia dan hidup dengan Hukum-Hukum Allah (Kej 3: 23-24).
Melalui perkahwinan fizikal kita, kita mempelajari pelbagai aspek tentang bagaimana perkahwinan kita dengan Messiah (Ef 5: 22-33).
Seorang wanita tertakluk kepada suaminya selagi dia masih hidup kecuali dalam kes-kes perzinaan (atau perbuatan zina) atau kecurangan (Mat 5:31-32; Mar 10:2-12).
Perzinaan dengan jelasnya dikutuk (1 Kor 6:16-18) dan merujuk kepada kedua-dua aspek kehidupan fizikal dan spiritual. Perzinaan spiritual adalah bergabung dengan Jemaat yang salah (Penyundalan) dan tidak bergabung dengan tubuh Kristus – Jemaatnya. Oleh kerana itu, biarlah setiap lelaki memiliki isterinya sendiri, dan biarlah setiap wanita memiliki suaminya sendiri (1 Kor 7:2). Kematian mendadak, perceraian dll. Adalaj terkecuali dan mempunyai situasi yang khusus.
Perkahwinan memerlukan keseiaan terhadap pasangan sendiri (Ef 5:22-33; Kol 3:19, Am 5:18-19). Sekiranya suaminya mati, wanita itu bebas dari perjanjian perkahwinan dengan suaminya dan bebas untuk berkahwin semula (Rom 7:1-3).
Perceraian dibenarkan dibawah hukum tetapi Allah membenci perceraian (Mal 2:16). Hal-hal perundagan hukum mengenainya adalah Ulangan 24:2-5 dan Matius 19:7-8.
Alkitab menggaris pandukan kekuasaan delegasi di dalam keluarga (Kej. 3:16; Kol. 3:18; 1Pet. 3:1-2; 1Tim. 2:11-l4; Ef. 5:24). Bagaimana pun, setiap individu harus menuruti Allah dahulu (Ul 10:12-13).
Mengenai perkahwinan sebelum mualaf, terdapat petunjuk kepada pihak yang percaya yang mempunyai impak penting kepada pasangannya serta anak-anaknya (1 Kor 7:12-16).
Allah telah menyucikan atau menetapkan keluarga berdasarkan mualaf dan penurutan dari salah satu pihak atau kedua-dua ibu bapa (1 Kor 7:14).
Alkitab dengan jelas menyatakan kita harus tidak menjadi yang tidak seimbang dengan pasangan yang tidak percaya (2 Kor 6:14). Oleh kerana itu, perkara ini harus diambil kira apabila memilih pasangan.
Kita diperintahkan untuk berkahwin dan membesarkan anak-anak untuk kemuliaan Allah (Kej 1:28, 2:24, 9:1; 1 Tim 5:14). Anak-anak adalah berkat dari Allah yang Dia telah perintahkan (Maz 127:3-5).
Ianya adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka untuk takut akan Allah, seperti juga mereka (Ul 4:9, 11:19; Am 1:8, 22:6; Ef 6:4). Hukum Allah harus diajar setiap hari; anak-anak mendapat pengawalan diri dengan ketekunan ibu bapa dan pengaruh Roh Suci.
1 Timotius 2:13-15. “wanita akan selamat dalam pengasuhan anak,” tidak bererti bahawa hanya wanita yang mempunyai anak yang akan selamat. Selamat diterjemahkan sebagai “dipelihara”. Perkataan ini adalah SGD 4982 – diselamatkan – dan mempunyai maksud pelbagai yang berkaitan dengan keselamatan.
Pengguguran dibenarkan di dalam Hukum Allah hanya sekiranya hidup si ibu berada di dalam bahaya. (Kel 21:15), selain dari itu, ia adlah pelanggaran kepada hukum yang keenam.
Amsal 31 dengan jelas menunjukkan sifat dan manfaat dari seorang wanita kristian yang baik dalam menjaga kepada suami, anak-anak, pengurusan kewangan, kemurahan dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Terdapat juga perangai yang perlu dihindarkan, seperti dipesong kepada kesilapan, bergosip, berzina dan dll.
Penampilan wanita melalui pakaian dan tatatertib harus menggambarkan sikap wanita yang takut akan Allah ( 1 Tim 2:9-10, 1 Kor 11:5-15, Ul 22:5). Ingat tubuh kita adalah suci sekiranya Roh Suci berdiam di dalamnya, jadi kita harus menjaganya, memeliharanya supaya bersih dan sihat.
Alkitab menyatakan wanita adalah golongan yang lebih lemah (1 Pet 3:7). Bagaimana pun, wanita dan lelaki kedua-duanya adalah berasal dari keturunan rahmat hidup”.
Dalam perkahwinan, ada kalanya perhubungan seksual harus ditolak kerana berpuasa atau berdoa (1 Kor 7:1-9). Masa-masa yang lain dirangkum di dalam Imamat 15:24-33).
Wanita di dalam Jemaat harus mampu untuk memberikan jawapan kepada pengharapan yang ada di dalam dirinya (1 Pet 3:15) dan harus juga mampu memegang pedang roh dan perisai iman untuk mempertahankan kebenaran seperti juga dengan setiap lelaki (Ef 6:13-17). Kita harus bersatu dalam fikiran di dalam rumah Allah (1 Tim 3:14-16). Lelaki dan wanita telah diciptakan mengikut imej Allah dan oleh itu memiliki kedudukan yang sama di dalam rencana Allah.
Usaha bersama dari wanita dan lelaki di dalam jemaat pada hari ini bekerja bagi kemuliaan yang lebih besar kepada Allah, dan tidak ada pertandingan id antara lelaki dan wanita. Semuanya bekerja untuk tujuan yang sama (1 Pet 3:8-9). Kita harus melayan semua orang dan juga jemaat seluruhnya (Lukas 22:27).
Golongan lelaki telah diperuntukan untuk menghadiri perayaan Allah tiga kali setahun (Kel 34:22-23, 23:14-17; Ul. 16:16). Golongan wanita dikecualikan kerana alasan kehamilan, bayi-bayi yang baru lahir, memelihara golongan tua dan yang sakit. Bagaimana pun, semuanya harus menghadirinya untuk tujuan belajar (Yos 8;35).
Firman Allah menyediakan hukum-hukum dan peraturan tentang bagaimana lelaki dan wanita harus bersikap di dalam Jemaat dan mentertibkan kehidupan mereka secara umumnya (1 Tim 2:8-15).
Golongan wanita tidak melakukan upacara formal Sabat dalam gabungan yang bercampur. Tetapi wanita mempunyai peranan untuk mengajar (Kisah 18:26).
Wanita di dalam jemaat boleh beerpuasa dan berdoa bagi orang-orang yang sakit atau yang terpinggir, menyediakan layanan kemurahan, melawat orang yang sakit dan mengambil makanan dan menulis kata-kata yang menguatkan orang lain. Wanita boleh juga menulis pelajaran-pelajaran bagi kanak-kanak, menjelaskan serta mengajar firman Allah. Wanita boleh ditahbiskan sebagai diakonis, sekiranya mereka terbukti sesuai. Tidak ada buku yang mengekang golongan wanita dari melakukan perkara-perkara yang domestik.
Golongan wanita mempunyai peranan mereka, seperti yang dijelaskan di dalam Alkitab. Keselamatan wanita adalah pekerjaannya sendiri (Fil 2:12). Hanya Kristus yang menjadi pengantara di antara Allah dan menusia. Tidak ada imam, oendeta, uskup atau Paus yang boleh mengisi peranan itu. Justru itu, tanggung jawab wanita terhadap keselamatan adalah sama dengan lelaki.
Keseluruhannya, melalui darah Kristus yang menyelamatkan, semuanya menjadi anak-anak Allah dan sama keturunan dengan Kristus (Rom 8:17; Gal 3:26-29). Lukas 20:35-36 menunjukkan situasi di dalam kebangkitan.
Keselamatan bagi kedua-dua lelaki dan wanita adalah satu proses yang berterusan. Semuanya harus berjalan pada jalan kepercayaan yang sama di dalam Satu-satunya Allah yang Benar dan anakNya Yesus Kristus yang Dia telah utus. Semua harus bertobat dari dosa dan dibaptiskan, dan menerima kurnia Roh Kudus, yang mana membantu semua untuk bertumbuh di dalam kemuliaan dan pengetahuan.
Marilah kita semua menjadi seperti wanita di dalam Amsal 31:29…sorang wanita yang takut akan TUHAN.
q