Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[073z]

Ringkasan:

Samson dan Para Hakim

(Edisi 1.2 19941022-19990523)

Cerita ini mempunyai beberapa pelajaran yang menarik dan mengejutkan pada hari ini didalam pemahaman kita tentang aktiviti-aktiviti Mesiah serta Jemaat.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1994, 1998, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Samson dan Para Hakim


Aktiviti-aktiviti dan kejahatan Israel dibawah hakim-hakim membesarkan Samson untuk menjadi hakim Israel, dari suku Dan.  Selepas kemasukan ke Kanaan, orang-orang Israel menyembah Tuhan sepanjang tempoh Joshua (keselamatan) anak Nun (ketahanan) – cth. Keselamatan datang dari ketahanan, dari dia yang memimpin mereka.  Apabila semua ketua-ketua gereja pada era Joshua mati,  Israel melakukan kejahatan, dan menyembah Balaam atau tuhan-tuhan lain (Hak. 2:7-11)

Ini telah menjadi ciri-ciri orang Israel dibawah pemerintahannya sendiri.  Apabila Allah menjadi murkah and menganggap Israel sebagai perosak dan perampas, orang-orang Israel menangis kepada Tuhan untuk kebebasan.

Dengan kebiasaan yang berterusan ini, Allah mendidik ramai hakim-hakim untuk membawa Israel keluar daripada tawanan, tetapi sebaliknya mereka melakukan perbuatan yang lebih teruk iaitu penyembahan berhala.

Allah menguji mereka dengan tidak mengusir orang-orang asli keluar, untuk melihat sama ada mereka berjalan pada jalanNya.  Sekarang ini, kita diuji oleh bangsa dan orang yang bergaul dengan kita.  Begitu juga orang-orang murtad dibenarkan didalam gereja Allah sekarang ini, untuk mengeluarkan mereka yang boleh melihat penipuan yang datang kepada mereka, dan mengambil pendirian bagi kebenaran Allah.  Ini memerlukuan pemisahan dari organisasi Gereja tersebut.

Jadi, Hakim-hakim telah dibangunkan dan kemudian meninggal, dan Israel kembali kepada jalannya sendiri.  Walau bagaimanapun, terdapat tujuh contoh yang terjadi pada tahun-tahun tertentu dimana Allah sengaja membebaskan Israel dengan menggunakan cara yang sangat lemah – yang menunjukkan kuasaNya (1Kor. 1:27, 2Kor. 12:9).

Tangan kiri (Hak. 3:21)

Tongkat penghalau lembu (Hak 3:31)

Perempuan (Hak. 4:4)

Paku (Hak. 4:21)

Satu batu kilangan (Hak 9:53)

Obor dan Sangkakala (Hak 7:20)

Rahang seekor keldai (Judg. 15:16)

Ia menarik sekali mengetahui bahawa Allah memilih hakim-hakim untuk Israel dari suku kaum yang berlainan, dan dengan autoriti yang berlainan dengan hakim sebelumnya.  Tidak pernah anak hakim menggantinya dengan tujuan yang baik atau dengan autoriti Allah.

Cerita mengenai Abimelich, yang membunuh 70 saudaranya dan mengambil alih kerajaan, mempunyai kepentingan rohani yang sangat kuat.  Tengkoraknya dipecahkan dengan batu yang dilemparkan oleh perempuan, dia meminta orang yang membawa alat pelindungnya untuk membunuh dia.  Dia tidak mahu dinyatakan bahawa dia telah dibunuh oleh seorang perempuan.  Ini adalah mengumpamakan Warga Semesta dimana Iblis, yang berperang dengan 70 Semesta Alam, telah dikalahkan oleh perempuan, iaitu Gereja (Kej. 3:15) – benih perempuan mencederakan kepala ular.

Jephthah, seorang hakim lain, membuat satu janji yang bodoh kepada Allah.  Terdapat perdebatan sama ada ia dilaksanakan atau tidak – tetapi kebenarannya ialah tiada seorangpun di Israel yang terikat dengan janji yang melanggar hukum Allah.

Selepas banyak generasi yang runtuh/rentetan restitusi, Tuhan membebaskan Israel ke dalam tangan orang-orang Filistin untuk 40 tahun (Hak. 13:1)

SAMSON

Malaikat Tuhan memberitahu Manoah dari suku Dan dan isterinya, bahawa mereka akan mendapatkan seorang anak akan mula membebaskan Israel dari orang FilistinJadi, pembebasan telah ditakdirkan oleh Malaikat YHVH yang dikenali sebagai Kristus.

Samson telah dikhaskan dibawah undang-undang Nazarite sebelum kelahiran sebagai seorang yang suci dihadapan Tuhan.  Ini menggambarkan pentakdiran kepada yang terpilih sejak dari perlumaan dasar dunia.

Dalam Kejadian 49:16 warisan Dan ialah untuk mengadili orang-orangnya sebagai satu daripada suku kaum Israel, oleh itu, Samson menjadi hakim yang pertama dari Dan.

Janji Nazarite sahaja yang merupakan cara untuk menjadi lebih rapat dengan Allah, tanpa kehadiran Roh Suci.  Selepas Messiah, janji tidak lagi diperlukan, sebab Roh Suci sudahpun tersedia bagi yang terpilih, dan hubungan secara langsung dengan Allah.

Pendidikan Samson juga dibawah arahan (Hak. 13:8-18).  Dalam ayat 18, Tuhan berkata bahawa namaNya adalah ajaib (SHD 6383) yang mana namanya juga dari Yesaya 9:6.

Jadi, Samson telah dilahirkan dan Roh Tuhan mula menggerakkan dia (Hak. 13:19-25).  Rambut panjang Samson adalah simbol fizikal, yang diberikan sebagai manifestasi kehadiran Roh Suci didalam dia.

Samson mengingini perempuan Timnite (kafir) dan bapanya memberikannya kepada dia.  Ini mengumpamakan Allah yang memilih orang-orang yang menjadi mengantin Kristus.  Dia memilih dan memerikan mereka kepada Kristus (Yoh. 6:44).  Perkahwinan Samson ini dibenarkan dibawah rencana Tuhan, untuk menyelamatkan Israel dari Filistin (Hak. 14: 1-4).

Semasa perayaan perkahwinan sedang diadakan, Samson memberikan teka-teki kepada tiga puluh rakan, dengan hadiah yang istimewa jika mereka dapat menjawabnya.  Tetapi isterinya menghianatinya.  Jadi, Samson membalas dendam, membunuh 30 orang, dan menanggalkan jubah mereka, dimana dia berikan kepada yang lain.  Jubah ketiga puluh orang tersebut mempunyai kaitan dengan karunia Allah, dimana tidak boleh diperolehi melalui paksaan.  Dengan penipuan, ketiga puluh orang telah mendapat jawapan yang betul, dan 30 daripada orang-orang mereka sendiri telah disembelih.

Samson pulang ke rumah dengan kemarahan dan pengantinnya telah diberikan kepada orang yang terbaik, dibawah undang-undang orang Jahiliah.  Undang-undang ini telah dicipta oleh Semesta yang terjatuh, untuk menggantikan Hukum-hukum Allah.  Oleh itu, tradisi orang-orang Kafir mencampuri hal pemanggilan yang terpilih, dan pengantin telah kehilangan kedudukannya sebagai isteri pertama.

Kemudian Samson kembali kepada isterinya, tetapi diberitahu bahawa dia telah diberikan kepada orang lain.  Dengan kemarahannya, dia menagkap 300 musang dan dengan menggunakan mereka sebagai lampu penerang, dia memusnahkan ladang-ladang dan pohon-pohon zaitun orang-orang Kafir.  Tetapi sebagai balasan, orang-orang Kafir kemudiannya membakar perempuan tersebut, bapanya dan seluruh keluarganya.

Perlambangannya ialah, sistem orang-orang Jahiliah yang salah telah dikalahkan oleh Roh Suci didalam tangan hakim-hakim, tetapi pengantin Kristus mengalami penganiayaan dan keganasan.

Ini berhubung kait dengan 300 orang Gideon dengan terang yang mengalahkan musuh (Hakim-hakim pasal 7).  Simbol ini menunjukkan bahawa pada zaman akhir terdapat pasukan yang kecil, yang mana akan menerangkan bumi dengan kebenaran Allah, dan memusnahkan sistem Syaitan.

Kemudian Filistin menyerangkan Judah (Hak. 15:9-13), dan Judah menawarkan untuk memberikan Samson kepada mereka.  Inilah gambaran yang kita lihat apabila orang-orang Yahudi memberikan Kristus kepada orang Rom untuk disalibkan.

Walau bagaimanapun, Samson telah melepaskan diri dengan pertolongan Tuhan, dan menghantar 1000 orang Filistin bersama dengan rahang keldai yang masih baru (Hak 15:14-17). Begitu juga jaminan daripada kata-kata Zechariah 4:6 “Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan rohKu, firman Tuhan semesta alam”

Dalam Hakim-hakim 15:18-20, Samson sangat dahaga dan Allah membukakan batu dan air mengalir.  Ini adalah replikasi aktiviti Musa, dan kita boleh melihat aktiviti Messiah untuk menyediakan sumber air kehidupan dari batu, iaitu Allah.

Dalam Hakim-hakim 16:1-3 kita sekali lagi melihat Samson yang telah menggunakan kuasa yang diterima atas persediaannya dari kelahiran sebagai orang Nazareth.  Kristus boleh bekerja sama dengan orang yang mempunyai pemikiran yang bersih and jiwa yang rela,  yang mana kita akan terima selepas pertobatan dan mualaf.

Cerita yang terkenal, tetapi kurang difahami mengenai Samson dan Delilah telah terjadi dari Hakim-hakim 16:4-20.  Samson telah terlepas dari setiap situasi – setiap satu adalah lebih sukar daripada yang sebelumnya.  Dia mula berfikir bahawa kekuatannya sendiri telah menyelamatkannya.  Alas! Ayat yang terakhir dalam ayat 20 adalah sangat sedih dan tajam – “dan dia tidak tahu bahawa Tuhan telah meninggalkan dia”.  Setiap manusia seharusnya memeriksa kerohaniannya sendiri dengan menyediakan telinganya, sebab ia adalah suatu keadaan yang menakutkan untuk dimasuki.

Orang-orang Jahiliah telah mengambil kuasa dari Hakim, tempat kediaman Roh Suci.  Mereka telah membutakan dia, sebagaimana yang telah dilakukan kepada Judah dan kepada kebanyakan orang-orang Israel.  Kuasa binatang adalah perluasan proses ini.

Samson telah dibuta dan dihina oleh orang-orang Kafir yang telah mengejek dan mencaci dia dalam Kaabah Dagon.  Tetapi rambutnya telah tumbuh, dan dia telah memanggil Allah dan semuanya telah berakhir dengan kemenangan keatas tuhan Filistin, tetapi telah mengorbankan hidupnya sendiri

Cerita Samson dalam kaabah Dagon adalah sebenarnya cerita tentang era terakhir Gereja.  Era Laodikia yang miskin, menyedihkan, buta dan telanjang, diejek oleh orang-orang Kafir, tetapi daripada sistem penentang agama yang lemah, timbul yang orang yang dipilih, dimana dengan kuasa Allah didalam Roh Suci, akan mengalahkan sistem Iblis yang memerintah bumi.  Keimamatan yang ingkar akan diganti dengan Kaabah Messiah yang baru di Jerusalem, yang memerintah dan melaksanakan Hukum Allah Bapa.