Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[091z]

Ringkasan:

Abraham dan Sodom

(Edition 2.0 19950212-20000201)

Karya ini merangkumi pemusnahan Sodom dan Gomorrah dan pergerakan Abraham dan pelajaran-pelajaran bagi zaman sekarang.  Aktiviti-aktiviti Lot dan keluarganya juga penting.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1995, 2000 Wade Cox)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Abraham dan Sodom



Karya ini menerangkan mengenai kemusnahan Sodom dan Gomorrah.  Kemusnahan tersebut adalah visi apa yang akan terjadi di dunia pada zaman akhir.

Selepas air bah, dunia mempunyai satu bahasa dan satu keimamatan yang berpusat di Salem dibawah Melkisedek.  Identiti Melkisedek atau ‘Raja saya adalah Kebenaran’ telah banyak kali tidak dijelaskan.  Yang mempunyai kemungkinan besar dalam sejarah ialah Shem, imam Allah yang Maha Tinggi, dan anak Noah.  Shem hidup melebihi 500 tahun.  Anaknya Arpachsad, cucu kepada Shalach dan cicik kepada Eber semuanya masih hidup pada masa Abram.  Buku Kejadian bukanlah dongeng.  Tiada yang tertulis dalam Alkitab secara kebetulan atau tiba-tiba.

Kejadian 11:1-32 memberitahu bahawa orang-orang telah bertaburan disebabkan oleh sistem yang salah yang dilaksanakan dibawah Nimrod pada Babel.  Mereka telah diberitahu supaya pergi ke tempat-tempat yang berlainan dan menduduki dunia.  Bahasa-bahasa mereka juga telah diubah, jadi, mereka tidak boleh menubuhkan sistem kerajaan dunia, yang mana mereka cuba buat sekarang.  Jika ia telah dilaksanakan dahulu, mungkin mereka telah memusnahkan planet dahulu lagi.  Para bapa hidup dalam zaman lampau.  Penyebaran bangsa-bangsa terjadi apabila Abraham berumur 48 tahun, pada kematian Peleg 340 tahun selepas air bah (Seder Olam Rabbah, Ch. 1).  Dia meninggalkan Haran apabila dia berumur 75 (Kej. 12:4).

Yahovah telah dinyatakan sebagai Allah Shem, dan Japeth akan hidup dibawah kemah Shem.  Ini adalah nubuatan pada zaman sekarang ini.  Shem adalah imam kepada Allah Maha Tinggi pada zaman Abraham.  Abram, yang ia dikenali kemudiannya, pergi ke Egypt disebabkan oleh kekurangan imam.  Ini adalah seperti kita sebelum perubahan.  Kita tidak percaya kepada Allah.  Firaun telah dihukum sebab mengambil isteri Abram, jadi, dia telah melanggar hukum.  Ketidaktahuan terhadap hukum tidak boleh diterima sebagai alasan.  Walaupun hukum telah ditulis pada batu dan tidak diberikan kepada Musa sehingga kira-kira empat ribu tahun kemudian, orang-orang pada masa tersebut dibawah keimamanan tinggi Shem mengetahui hukum tersebut.  Hukum-hukum Allah telah dibentuk dari Nuh dan air bah, melalui Babylon kepada Egypt, dan Firaun menyedari bahawa Shem adalah waris yang sah Allah.  Nuh memahami hukum-hukum Allah.

Air bah menghukum bangsa-bangsa disebabkan oleh kehidupan yang terlalu jahat, dan menghapuskan hidupan kacukan, kumpulan yang tidak dibangkitkan.  Mereka telah melanggar hukum dan  hukum ada dan telah diketahui (1 Yoh. 3:4).  Abram bertobat dan telah dikunjungi oleh Allah (Kej. 14:1-24).  Apabila mereka memilih tempat untuk tinggal, Lot mengambil tanah yang terbaik walaupun ia telah didiami oleh orang-orang yang jahat yang memberontak melawan pemerintah.  Dia telah meletakkan harta kebendaan diatas hukum-hukum Allah.

Dalam zaman akhir ia lebih jahat daripada Sodom dan Gomorrah.  Mereka akan mengutuk kita.  Bangsa kita sekarang adalah lebih jahat daripada dahulu.  Negara kita akan ditakluki kecuali kita bertobat.  Orang yang akan berurusan dengan kita akan diberi hati seperti batu oleh Allah, and muka-muka mereka akan menentang kita.  Sodom telah melanggar hukum-hukum Allah.  Kita melanggar hukum-hukum Allah sekarang ini, jadi, kita juga akan diuruskan oleh Allah yang berkuasa.  Ingatlah Amaran ini!

Lot telah pergi dalam tahanan bersama-sama dengan mereka.  Kita boleh pergi dalam tahanan jika kita melayani bangsa yang jahat, apabila Tuhan bertindak terhadap kejahatan tersebut.  Abram menyelamatkan Lot dan semasa berbuat demikian ia juga perlu menyelamatkan raja dan orang yang tidak adil.  Untuk menyelamatkan yang terpilih, yang jahat juga terselamat.  Cerita ini mempunyai persamaan dengan Gideon;  bilangan dan urutan adalah sama.  (Lihat karya Gideon’s Force and the Last Days [022]).

Abraham memberi persepuluhan kepada Melkisedek.  Ini menunjukkan kekembaliannya kepada Allah (Mal. 3:7-10).  Tidak sama sekali pernah planet ini tanpa imam atau hukum.  Selepas kematian Shem, keimamatan diperturunkan kepada anak-anak Isak dari Abraham.  Ini adalah keimamatan tanpa keturunan, tidak sama dengan keimamatan Aaronic yang perlu dibentuk.  Keimamatan pada masa hadapan dalam Millennium akan mengikut urutan Melkisedek, dengan Kristus sebagai Imam Besar (Ibr. 5:5-10).

Kejadian 15:1-21 menunjukkan kepada kita janji yang dibuat kepada Abram untuk mempunyai keturunan yang banyak.  Penahanan mereka di Egypt juga telah diramalkan.  Penahanan tersebut adalah simbol bangsa-bangsa dibawah Syaitan, apabila Messiah membebaskan mereka pada zaman akhir.  Inilah dasar perumpamaan mengenai domba dan kambing yang terdapat dalam Perjanjian Baru.  Bangsa-bangsa akan diadili berdasarkan cara mereka memperlakukan keturunan Abraham.  (Kej. 17:1-27).

Abram telah diberi nama Abraham (Bapa kepada segala Bangsa) dan Tuhan telah membuat perjanjianNya dengan dia, menamakan anaknya yang akan datang, Isak.  Penyunatan tersebut adalah simbol fizikal yang menunjukkan kepada perjanjian baru, iaitu Yesus Kristus.  Ia mengumpanakan pembersihan jiwa secara rohani dengan Roh Kudus.

Sebelum Allah menyelesaikan kota Sodom dan Gomorrah yang jahat, Dia menghantar tiga perwakilan kepada Abraham.  Malaikat-malaikat atau Elohim ini dirujukkan sebagai Yahovah.  Tiada seorangpun yang melihat Allah Bapa (Yoh. 1:18).  Ini lah tiga elohim yang dirujukkan sebagai Yahovah dalam ayat ini.

Kejadian 18:1-33 menunjukkan yang Abraham mengetengahkan untuk orang dalam bangsa-bangsa ini.  Allah tidak akan memusnahkan orang walaupun hanya terdapat sepuluh orang yang baik.  Jadi, tanggungjawab orang terpilih adalah berat, untuk memujuk dan mengetengahkan bagi orang supaya mereka tidak akan dimusnahkan pada zaman akhir.  Jehovah disini adalah malaikat Yahovah, iaitu elohim Israel yang merupakan pra-inkarnasi Yesus Kristus.

Kejadian 19:1-14 memberitahu kita bahawa orang telah diuji.  Mereka diadili berdasarkan cara mere melayani anak-anak perempuan.  Kepentingan rohani adalah berkait dengan hal gereja, dimana bangsa-bangsa akan diadili berdasarkan tingkah laku dalam perhubungan mereka dengan yang terpilih.  Dua gereja akan dimusnahkan dengan kerosakan pada zaman akhir.  Jemaat Sardi adalah mati dan Laodikia telah dimuntah dan dikeluarkan daripada belas kasihan (Wah. 3:1-2, 15-17).  Hanya sisa dari mereka sahaja yang akan hidup.  Ini juga berhubung kait dengan dua perjanjian dan bagaimana bangsa-bangsa mengendali mereka.

Mereka ditawarkan dengan keselamatan tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian sebab mereka tidak bertobat, jadi, mereka telah dibutakan pintu ditutup.  Anak buah Lot fikir bahawa dia berkata kosong apabila tempat tersebut dikutuk dan dimusnahkan.  Jadi, begitulah akan terjadi pada zaman akhir.  Sekarang ini orang tidak mengambil perhatian terhadap banyak amaran seperti paras air laut yang meningkat disebabkan oleh pemanasan dunia.

Kejadian 19:15-38 menunjukkan kepada kita bahawa Lot telah diberikan perlindungan.  Konsep mengenai tempat keselamatan ialah tempat dimana kita melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan diberikan istirehat semasa kemusnahan terjadi di sekeliling kita.  Allah meletakkan tanganNya pada kita dan membantu kita supaya jika ia terlalu jauh untuk kita, kita akan diberi tempat perlindungan (Mat. 10:23).  Masalah dengan isteri Lot ialah dia tidak bertobat sepenuhnya.  Dia telah dimusnahkan disebabkan sikapnya.  Dia tidak mahu meninggalkan dan gembira dan senang hidup dalam masyarakat yang berdosa.

Kemusnahan Kota Sodom dan Gomorrah adalah satu penglihatan dengan apa yang akan terjadi kepada dunia ini pada zaman akhir.  Semua ini adalah disebabkan oleh pelanggaran hukum-hukum Allah.  Kehancuran ini sudah dekat dan tidak boleh dihindari.  Keempat-empat malaikat sekarang sudahpun memulakan kehancuran dengan cepat (Wah. 8:7-13; 9:15).  Lihat juga karya Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218).

q