Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[153z]
Ringkasan:
Perintah Pertama: Dosa Iblis
(Edisi 2.0 19960227-19991020)
Watak utama dalam penderhakaan angkatan syurgawi merupakan salah seorang anak Tuhan yang Alkitab sebutkan dengan berbagai nama – yang paling biasa ialah Iblis. Iblis dikenali dengan nama-nama lain, yang memperlihatkan sifatnya dan menunjukkan dosanya.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2003 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Tom Hoffahrt, ed.
Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Perintah Pertama: Dosa Iblis [153z]
Nama dan gelaran Iblis
Nama Iblis ialah perkataan Ibrani
(SHD 7854 sawtawn) yang bererti menyerang, justeru menuduh. Perkataan ini mempunyai eri seteru atau menahan.
Justeru konotasinya ialah penderhakaan. Iblis dikenali dengan nama-nama lain,
yang menampakkan sifatnya dan menunjukkan dosanya. Dia disebutkan sebagai
Azazel dalam tulisan-tulisan Ibrani. Perkataan ini pula diperolehi daripada SHD
5810 ‘azaz yang bererti menjadi kuat. Alkitab mengenal pasti
Iblis sebagai makhluk ini.
Nama Abaddon dalam Wahyu 9:11 ialah
perkataan Ibrani dan merujuk kepada malaikat pembinasa. Apollyon bererti pembinasa (SGD 623) dan justeru Iblis
(Wahyu 9:11). Katelogos daripada kata sebagai bawah atau menentang, distribusi atau intensiti dan logos sabda,
justeru penuduh (saudara) (Wahyu 12:10); juga musuh (1 Petrus 5:8). Konotasi di sini
adalah Iblis menuduh Tuhan membuat kesilapan dalam mencipta manusia. Nama-nama
lain ialah Beelzebub (Lukas 11:15).
Satu lagi istilah ialah musuh (Matius
13:39) (SGD 2190 echthros). Iblis
juga disebutkan sebagai roh jahat (1 Samuel 16:14) dan roh pendusta (1
Raja-raja 22:22). Dia ialah Bapa Segala
Dusta (Yohanes 8:44).
Wahyu merujuk kepadanya sebagai Naga Merah Padam Besar (Wahyu 12:3) dan Ular Tua (Wahyu 12:9; 20:2). Yohanes
8:44 mengkelaskannya sebagai seorang pembunuh kerana, melalui ajaran palsu dan
dusta, manusia terbunuh melalui dosa. Dia juga penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2); penghulu dunia yang gelap (Efesus 6:12) dan pencoba (Matius 4:3; 1
Tesalonika 3:5) melalui kuasa-kuasa ini. Justeru dia ialah ilah zaman ini (2 Korintus 4:4) dan roh jahat (Matius 12:43) dan si
jahat (Matius 13:19, 38).
Dosa Iblis
Dosa Iblis pertama sekali, ialah
pelanggaran perintah pertama (Keluaran 20:1-3). Dia cuba meninggikan dirinya
dan, melalui dia, anak-anak Tuhan yang lain kepada tahap kesetaraan kehendak
dan kedudukan dengan Eloah iaitu Allah Bapa. Aktiviti-aktivitinya bertentangan
dengan kodrat Tuhan, yang tersedia bagi anak-anak Tuhan melalui Roh Kudus
(lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117)
dan Satu Bersama dengan Bapa
(No. 81).
Kristus dan Angkatan setia tidak
membuat kesilapan ini. Shema menangani kedudukan asas ini.
Ulangan 6:4 Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah
kita, TUHAN itu esa! (KJV)
Teks ini telah digunakan oleh orang
Trinitarian dan Binitarian, untuk cuba menegaskan kesatuan kepada elohim,
hingga Tuhan dan Kristus adalah satu elohim. Bagaimanapun, ini palsu.
Ketunggalan Eloah adalah mutlak dan tidak termasuk anak yang dipilih sebagai
Mesias seperti yang ditunjukkan Amsal 30:4-5.
Elohim merupakan satu kemajmukan,
difahami sebagai Sidang Tua-tua (Wahyu 4:1 hingga 5:14), atau Tuhan-tuhan
Keadilan, dan termasuk Iblis serta angkatan derhaka. Tahu bahawa kita menyembah
Eloah dan bukan sesiapa daripada elohim itu adalah pusat kepada iman. Iblis
melanggar hubungan ini pada tahap rohaniah dan jasmaniah.
Kristus sendiri menyebutkan Ulangan
6:5 sebagai perintah pertama dan utama (Matius 22:37) dan prinsip dasar dan
asas hukum. Justeru Iblis melanggar perintah ini dan Krisus tidak. Ini ialah
perbezaan dasar antara mereka.
Ada Allah Maha Esa
Israel tidak boleh menerima tuhan
lain atau tatatertib hukum lain. Tuhan adalah esa dan kebenaran adalah esa.
Kebenaran adalah esa kerana, seperti asal usul kebaikan, ia terbit daripada
kemahakuasaan dan kemahatahuan Tuhan. Kebenaran ialah suatu kepusatan kuasa
Tuhan. Justeru, kebenaran hanya satu (esa).
Berkata bahawa seorang Tuhan esa
yang lain wujud abadi sebelum mulanya penciptaan Tuhan mewujudkan elohim lain
sebagai tumpuan ibadah selain Eloah. Ini jelas dilarang. Ajaran sebegitu
menghasilkan satu lagi Tuhan dan merupakan keberhalaan.
Kodrat Tuhan yang Tidak
Berubah dan Hukum
Kodrat Tuhan yang tidak berubah
bererti bahawa hukum tidak berubah. Ini adalah perlu, sebab hukum harus mula
daripada satu premis. Satu-satunya dasar untuk pengeluaran hukum adalah ia
bermula daripada kodrat Tuhan dan Dia tidak mungkin mengeluarkan sistem lain.
Justeru rahmat tidak mungkin satu
alternatif kepada hukum. Ia haruslah satu tambahan kepada sistem itu dan suatu
cara penyempurnaan di dalam sistem ini. Alternatif kepada hukum ialah kekacauan
(tiada hukum). Ini dipanggil antinomianisme,
daripada nomos atau hukum. Ini secara
dasarnya ialah doktrin Gnostik, dan mengizinkan pengagungan Kristus yang
mencapai dua tujuan: Ia mengeluarkan Mesias secara ontologi daripada umat
pilihan dan, dengan itu, meniadakan warisan umat pilihan sebagai waris bersama.
Kedua, dengan meninggikan Kristus kepada kesetaraan dan keabadian sama dengan
Tuhan tuntutan boleh dibuat bahawa Kristus telah menghapuskan hukum Tuhan.
Seluruh hujah hukum/rahmat Kekristianan moden merupakan pandangan Gnostik yang
diilhami iblis (lihat juga karya-karya Hubungan Antara Keselamatan
melalui Rahmat dan Hukum (No. 82), Teks Pekerjaan Hukum - atau
MMT (No. 104) dan Bidaah dalam Jemaat
Kerasulan (No. 89)).
Ketaatan kepada Tuhan
Ini mungkin yang paling sukar
tetapi paling utama kepada aktiviti-aktiviti Kristus. Kristus mempelajari
penurutan daripada segala yang dideritainya (Ibrani 5:8). Manusia harus mentaati
Tuhan sepenuhnya.
Monoteisme berdasar sepenuhnya pada
ketaatan kepada kehendak Tuhan, yang, sebagai hukum, berasal daripada
kodratNya. Semua makhluk berada di bawah kehendak ilahi, seperti yang
dinyatakan oleh hukum, atau mereka politeis, dengan kehendak mereka di luar
daripada kehendak Tuhan. Dari segi ini Binitarianisme adalah politeis, sebab ia
cuba mengadakan dua kehendak abadi.
Menderhaka terhadap kehendak Tuhan,
dan kehendakNya sebagai hukum, bererti menuntut kebebasan daripada Tuhan dan
mempersoalkan keperluan logik monoteisme.
Pendidikan dalam Hukum
Pendidikan dalam hukum tidak boleh
diasingkan daripada ketaatan kepada hukum dan daripada ibadah. Ibadah berpusat
sepenuhnya pada Eloah yang merupakan tumpuan ibadah dan pusat Bait (Ezra 4:24;
5:1-2,8,12-17; 6:3-12). Justeru: Tiada
Tuhan melainkan Eloah.
Berbahasa roh sama ada bahasa
manusia atau iblis setan, asing dan nyata, atau berputar belit dan tidak jelas,
atau khayalan, juga ialah pelanggaran prinsip-prinsip di dalam perintah
pertama.
Rahmat dalam Hukum
Ini mungkin konsep yang paling
disalah erti atau sengaja disalah tafsir. Seluruh hujah Rahmat/Hukum berpunca
daripada salah guna ayat-ayat alkitabiah. Kesilapan-kesilapan ini cukup dikutuk
oleh seluruh struktur sistem Reformasi (lihat karya Perbezaan dalam
Hukum (No. 96)).
Justeru hukum tetap utuh dan
dipelihara oleh umat Kristian. Ia dipertahankan oleh para nabi dan rasul.
Sekiranya orang yang mengaku Kristian tidak berbicara menurut Hukum dan
Kesaksian, maka tiada terang dalam mereka (Yesaya 8:20).
Takut akan Tuhan dan
CemburuNya
Takut akan Tuhan atau cemburu Tuhan
bergantung pada sudut pandangan dari mana aktiviti itu dilihat. Perkara utama
adalah tiada lagi tatatertib hukum selain apa yang diadakan oleh Tuhan. Justeru
Kristus tidak boleh meniadakan hukum, sebab dia gambaran Tuhan yang tidak
kelihatan. Justeru, dengan Roh Kudus yang dimiliki dia mengambil bahagian
kodrat ilahi dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa pengajaran selain apa yang
disampaikan kepadanya daripada kodrat Tuhan melalui Roh Kudus.
Tanggapannya adalah kekuatan dan
bilangan merupakan Jemaat Tuhan. Tanggapan ini tidak betul. Kemenangan Jemaat
Tuhan adalah pada kebangkitan pada kedatangan Mesias untuk pemerintahan
milenium.
Jangan Mencoba Tuhan
Ini berasal daripada Shema sebagai tidak mencoba Tuhan. Ini
berbeza daripada konsep menguji Tuhan,
yang dikatakanNya secara khusus untuk dilakukan berhubung persepuluhan
(Maleakhi 3:10). Memberi persepuluhan kepada sebuah sistem murtad bermakna
menyembah tuhan palsu dan melanggar perintah pertama (lihat karya Persembahan Persepuluhan
(No. 161)).
Justeru perintah pertama adalah
pusat kepada iman dan pada perintah inilah tergantung perintah lain dan
ketetapan. Memandang muka ialah dosa dan satu pelanggaran hukum dan kehendak
Tuhan (Yakobus 2:9) sama seperti keberhalaan dan ilmu sihir (lihat karya Perintah Terutama Kedua (No.
257)).
Iblis telah melanggar perintah
pertama dan cuba meredakan kedudukannya dengan menyesatkan pihak lain dan
dengan itu membenarkan iblis setan dalam aktiviti mereka.
Sembahlah Tuhan dan kepada Dia
sajalah berbakti (Matius 4:10).
q