Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[176z]

 

 

 

Ringkasan:

Penghakiman Pra-Advent [176z]

(Edisi 2.0 19970904-20000712)

 

Penghakiman Pra-Advent adalah suatu pandangan palsu zaman akhir yang terdapat di dalam pergerakan Adventist berdasarkan pada kesilapan-kesilapan Ellen G White dan para pemimpin awal sistem tersebut. Dr Samuele Bacchiocchi, salah seorang daripada ahli akademiknya, dihadapkan dengan masalah bagaimana mengertikan Hari-hari Kudus di dalam batas pandangan kosmologi SDAnya. Ini adalah sangat sukar kerana sebab-sebab yang dihuraikan di dalam karya ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Penghakiman Pra-Advent [176z]

 


Dr Samuele Bacchiocchi dari Universiti Andrews telah membuat kajian ke dalam Hari-hari Kudus dan mendapat kesimpulan bahawa mereka harus dipelihara. Kini dia berhadapan dengan masalah bagaimana mengertikan Hari-hari Kudus ini di dalam batasan pandangan kosmologi SDAnya. Ini sangat sukar kerana sebab-sebab yang dihuraikan. Jelas sekali Sam Bacchiocchi kini berhadapan dengan masalah berkenaan penghakiman pra-advent (pra-kedatangan) itu. Dia telah mengutarakan persoalan berikut:

 

Soalan: Haruskah Jemaat Advent Hari Ketujuh kita menimbang untuk memperluaskan dasar tipologi Hari Pendamaian bagi penghakiman pra-Advent itu dengan memasukkan Perayaan Sangkakala-sangkakala?

 

Sam Bacchiocchi bersandar pada komen-komen Rabbi S.M. Lehrman bahawa:

 

“Alkitab yang biasanya memberikan sebab bagi setiap acara yang dipelihara tidak berbuat demikian di dalam kes Rosh Hashanah [Tahun Baru atau Perayaan Sangkakala-sangkakala], dengan menganggap kesejahteraan rohani setiap individu sudah cukup jelas hingga tidak memerlukan komen. Daripada guru-guru kemudiannya kita mendapat gambaran tentang suatu hari penghakiman di mana semua manusia akan melalui Takhta Surgawi itu untuk memberikan penjelasan perbuatan-perbuatan mereka dan untuk menerima janji belas kasihan.”

 

Komen tentang guru-guru kemudian itu sangat penting. Maksud-maksud perayaan-perayaan itu terkandung di dalam Alkitab. Judaisme rabbinikal tidak mengiktiraf Perjanjian Baru. Di situlah letaknya masalahnya. Bahagian kedua masalah ini adalah pemahaman Adventist mengenai penghakiman pra-advent ini.

 

Pemahaman mereka bersandar pada suatu fiksyen sejarah, bahawa Kristus memasuki tempat suci menurut nubuatan, yang menentukan tahun 1844 sebagai masa peristiwa tersebut. Tarikh ini ditentukan daripada suatu siri premis-premis palsu.

Premis palsu pertama adalah bahawa Empayar Rom Suci, yang secara nubuatannya menduduki masa 1,260 tahun, dan [ungkapan] satu masa, dua masa dan setengah masa yang sesuai dengan pernyataan Wahyu 12:6,14 (lihat Wahyu 12:1-18), telah berakhir dengan Revolusi Perancis. Umat Adventist di bawah Miller dan White berpendapat bahawa ia bermula pada tahun 538 dan berakhir pada 1798 atau sekitarnya. Ini menghasilkan pergerakan Advent tahun 1842-44. Mereka membuat kesimpulan yang betul bahawa Empayar Rom Suci itu adalah sistem Binatang serta Perempuan Sundal tersebut. Namun begitu, mereka tidak faham sepenuhnya jangkamasa empayar itu mahupun apa yang diwakili tanda binatang itu. Mereka membuat kesilapan-kesilapan berikut:

 

1. Mereka memutuskan bahawa Empayar Rom Suci telah berakhir dengan Revolusi Perancis. Ada orang, termasuklah E.G.White, mempercayai bahawa tempoh itu berakhir pada tahun 1798. Mereka membuat suatu teologi yang mengatakan bahawa kedua-dua saksi itu adalah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Tarikh advent atau kedatangan itu dibina sekitar tahun 1842. Tarikh-tarikh tersebut diubahsuai kepada sekitar Paskah dan kemudiannya hari Pendamaian tahun 1844. Kedatangan itu tidak terjadi, dan mereka yang tinggal, seperti E.G.White, cuba mencari sebarang pengertian kepada nubuatan palsu ini.

 

Ellen White seharusnya membuang seluruh senario tersebut dan bermula semula, mencari kesilapan mudah di sebalik logik itu. Empayar Rom Suci tidak berakhir pada tahun 1798 mahupun 1814 seperti yang dikatakan beberapa pihak. Pandangan yang satu lagi itu adalah bahawa Napoleon merupakan penamat Empayar Rom Suci dan mereka terpaksa mencipta titik-titik permulaan bagi tempoh 1,260 tahun ini. Hasilnya, permulaan Empayar Rom Suci telah ditetapkan pada pelbagai tarikh-tarikh salah sekitar zaman pemulihan Justinian dan daripada Busta Gallorum dan sebagainya.

 

Masalahnya adalah bahawa Napoleon tidak dikalahkan sehinggalah tahun 1815 di Pertempuran Waterloo dan dia bukannya sebahagian daripada Empayar Rom Suci. Hakikatnya, dia telah membubarkan Empayar Rom Suci pada tahun 1806.

 

Empayar itu kekal sehingga tahun 1850 apabila ia betul-betul terbubar. Tenteranya tidak habis bersurai sehinggalah tahun 1872. Inquistion (Pemeriksaan Menganiaya) yang terakhir terjadi antara tahun 1823-1846 di Negeri-negeri Paus (Papal). Jadi, tidak mungkin ada apa-apa yang berlaku hinggalah tahun 1850. Tidak mungkin adanya advent pada tahun 1844 kerana Inquistion masih berterusan dan tempoh 1,260 itu belum lagi berakhir. Empayar ini bermula pada tahun 590 TM daripada deklarasi Gregory I. Dengan itu nubuatan itu adalah nubuatan palsu.

 

2. Ellen White cuba membayangkan nubuatan palsu itu kepada suatu pendudukan Bait Suci surgawi. Dia kemudiannya membuat dakwaan, yang agak salah, bahawa Kristus telah memasuki tempat mahasuci itu pada tahun 1844 dan bahawa itu adalah peristiwa yang dinubuatkan. Cara pemikiran ini tidak salah, tetapi peristiwanya disalahtafsirkan. Kristus memasuki tempat suci itu sewaktu kenaikannya. Ibrani 8:1-2 menunjukkan bahawa Kristus duduk sebagai Imam Besar dan penatalayan tempat suci Khemah Suci sebenar itu. Ini terjadi pada abad pertama agar umat-umat pilihan dapat didamaikan dengan Tuhan. Peristiwa ini terjadi pada hari Minggu 18 Nisan atau 9 April tahun 30 TM (lihat karya Penetapan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]).

 

Ibrani 9:12 menunjukkan bahawa dia sudahpun memasuki sekali dan untuk selamanya, kerana telah mencapai keselamatan kekal untuk semua. Ini merupakan pandangan jemaat awal untuk selama sembilan belas abad. Jika Kristus tidak memasuki tempat suci itu sehingga tahun 1844, maka orang-orang yang mati syahid serta orang-orang kudus zaman-zaman awal telah mati sia-sia. Pandangan bidaah ini telah berkekalan, tanpa sebarang tentangan, di dalam sektor tertentu jemaat.

 

3. Senario 1844 itu gagal mengambil kira satu lagi nubuatan yang tidak difahami pada masa itu. Nubuatan ini menunjukkan bahawa kedatangan itu tidak mungkin terjadi dalam masa 190 tahun lagi. Ia berkaitan dengan kejatuhan Mesir dan Zaman Bangsa-bangsa lain (bukan Yahudi) (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]). Nubuatan ini memperlihatkan bagaimana seluruh Jemaat Koptik Mesir cuba bersatu semula dengan Rom dari tahun 1996 setelah terasing sejak tahun 451 TM.

 

Penghakiman pra-advent bermula dengan pemelukan jemaat pada Pentakosta tahun 30 TM. Pengadilan dunia ini bermula dari kedatangan pertama itu, bukannya yang kedua (Yohanes 12:31).

 

Jemaat memasuki pengadilan dengan pembaptisan (1 Petrus 1:17). Penghakiman sudahpun bermula di dalam keluarga Tuhan pada abad pertama TM sebelum Petrus menulis: Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya. (Roma 8:29-30). Kristus layak. Iblis sudahpun dihakimi. Masa pengadilan kita adalah sekarang ini. Dunia akan diadili pada Hari Besar Terakhir.

 

Perayaan-perayaan Sangkakala-sangkakala dan Pendamaian tidak menggambarkan pengadilan. Mereka adalah taip bagi campur tangan dan perdamaian. Sangkakala-sangkakala mewakili seruan kedatangan Mesias dan kejatuhan kerajaan-kerajaan dunia ini. Terdapat dua sangkakala (Bilangan 10:1). Peristiwa ini dinubuatkan bukan saja di dalam Wahyu tetapi juga di dalam Yosua di Yerikho (lihat karya Kejatuhan Kota Yerikho [142]) dan di dalam Ester (lihat karya Komentar Mengenai Ester [063]).

 

Pendamaian mempunyai maksud berdua di dalam proses penyucian. Taip pertama adalah sebagai Mesias Imam yang diwakili pakaian lenan. Taip kedua adalah sebagai Mesias Raja yang diwakili pakaian diraja Imam Besar. Kambing Azazel itu mewakili pengikatan Iblis agar pemerintahan Mesias Raja ini dapat bermula. Itulah sebabnya kenapa urutannya adalah seperti yang ternyata di dalam Imamat 16:1-34.

 

Simbolismenya jelas sekali difahami sebagai mewakili dua Mesias, Mesias Harun dan Mesias Israel. Kedua-dua ini adalah Mesias yang sama. Ini diketahui sejak sebelum zaman Kristus dan direkodkan di dalam DSS di Damascus Rule VII dan sisa kepingan dari gua IV. Maksudnya adalah bahawa Mesias Imam telah menebus serta mendamaikan Israel daripada penyaliban, kebangkitan dan kedatangan itu.

 

Penghakiman kita adalah sekarang ini. Pencabul dari Korintus itu telah diserahkan kepada musuh itu agar nyawanya dapat diselamatkan pada hari terakhir (1 Korintus 5:5). Dia nampaknya telah bertaubat dan dipulihkan ke dalam jemaat. Dunia dihakimi selepas Milenium pada Hari Besar Terakhir, yang mewakili Pengadilan Besar Takhta Putih daripada Wahyu 20:11 dan seterusnya. Hari Besar Terakhir ini adalah suatu perayaan lagi secara sendirinya. Ia mewakili persediaan untuk kedatangan kota Tuhan ke dunia sesudah pemerintahan milenium Kristus sebagai Mesias Raja bersama-sama dengan orang-orang kudus selama seribu tahun.

 

Kebangkitan kedua adalah kebangkitan untuk menghadapi penghakiman dan bukannya untuk menghadapi neraka seperti yang disebutkan KJV (Yohanes 5:29). Pandangan bahawa dunia yang selebihnya terlaknat adalah suatu penajisan terhadap sifat Tuhan (lihat karya Kebangkitan Orang Mati [143]).

 

Ellen G White menerima pandangan Jerome berkenaan Milenium surgawi itu, yang telah ditolak oleh jemaat-jemaat pemelihara Sabat selama tujuh belas abad sebagai bidaah. Selain itu, dia juga tidak dapat mengerti struktur sekitar kegagalan nubuatan 1844 ini. Sebalik meninggalkan kepalsuan ini, Adventisme telah dilumpuhkan sejak itu. Kesilapan-kesilapan Alkitabnya berkenaan Milenium sungguh berat sekali.

 

Kita tidak boleh memasukkan anggur yang baru ke dalam bekas lama atau rosak. Amsal 16:3 mengatakan bahawa jika kita menyerahkan jalan-jalan kita kepada Tuhan maka dia akan mengukuhkan fikiran-fikiran kita. Ia bukanlah sebaliknya. Apabila Tuhan telah membuka mata kita kepada perayaan-perayaan ini, kita harus memelihara mereka dan kemudiannya barulah kita akan berkembang di dalam pemahaman kita.

 

 

q