Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[196z]

 

 

 

Ringkasan:

Tabut Perjanjian

(Edisi 1.1 19970329-19980605)

 

Karya ini adalah tentang Tabut Perjanjian, gambaran jasmani suatu entiti rohani dan bagaimana ia menggambarkan sifat dan Pemerintahan Tuhan. Apa yang dikaji ialah pembuatan, simbolisme dan nubuatan berkenaan tempat letak dan pemulihannya. Kononnya, ia dikeluarkan dan disembunyikan oleh nabi Yeremia menurut perintah Tuhan, untuk memberi laluan kepada struktur yang lebih agung.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997, 1998 Wade Cox)

 

(Ringkasan oleh Cherie Willett, ed. Wade Cox)

Tr. 2007

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Tabut Perjanjian [196z]



Tabut Perjanjian telah dibuat Musa mengikut perintah jelas Tuhan melalui makhluk yang muncul kepadanya di Sinai (Ibrani 8:5; Kisah 7:38). Ia merupakan salinan tempat kudus syurgawi dan dibuat untuk menempatkan simbol-simbol pemerintahan Tuhan. Ia sebahagian daripada Tempat Kudus dan titik pusat Tempat Mahakudus. Ia memberi kita banyak maklumat tentang pemerintahan Tuhan dan makhluk-makhluk terdekat denganNya yang berkuasa mengadili Angkatan Syurgawi.

 

Tabut itu terletak di dalam Tempat Mahakudus dan dibuka hanya kepada imam besar, sekali setahun. Tabir melambangkan pengecualian seluruh umat manusia, hingga Kristus, yang kini ialah imam besar kita. Dia menjadi korban untuk semua melalui darahnya sendiri, yang mengizinkan Roh Kudus, kuasa Tuhan, berdiam di kalangan manusia. Sampai titik ini kita tiada akses kepada Roh Kudus. Tujuan struktur-struktur itu adalah supaya Tuhan dapat berdiam dalam mereka dan dengan itu merupakan bayangan pendiaman Roh Kudus. Barang pertama Khemah Suci yang khusus disebut, ialah Tabut Perjanjian, yang merupakan objek utama Tempat Mahakudus dan simbol kuasa Tuhan serta kodratNya.

 

Kristus dijadikan manusia supaya dia boleh bersimpati dengan segala kelemahan kita. Ini membolehkan kita menghampiri takhta rahmat dengan yakin (Ibrani 4:14-16). Dia asalnya bukan imam besar dan dia juga tidak mengagungkan dirinya hingga ke jabatan itu. Dia diberikan kedudukan itu oleh Tuhan, Bapanya dan Bapa kita, dan melayani dalam tempat kudus syurgawi yang mana tempat kudus duniawi itu ialah salinannya. Kristus telah sentiasa setia kepada Dia yang menciptanya, sebab pembangun segala sesuatu ialah Tuhan (Ibrani 3:1-6). Kegagalan untuk memahami perkara penting ini ialah sebab orang Ibrani mengkritik Jemaat (Ibrani 5:11-14). Salah erti peranan Kristus sebagai imam besar dan kedudukannya dalam Khemah Suci ialah sebab kenapa sesetengah orang tidak mampu terus kepada makanan keras dan masih memerlukan susu (Ibrani 5:1-9).

 

Perjanjian Lama telah dihapuskan dan apa yang tidak terpakai lagi ialah sistem korban. Ini perlu kerana kita tiada hubungan terus dengan Tuhan, atau akses kepada Roh KudusNya pada masa itu. Kini kita mampu memelihara hukum itu secara terus, tanpa guru, dengan pimpinan Roh Kudus ke dalam cara dan kodrat Tuhan.

 

Perjanjian Baru telah dibayangi oleh cara pencatatan hukum taurat. Musa diberikan hukum itu pada dua loh batu, yang dipotong oleh Tuhan. Bagaimanapun, sesudah kemusnahannya oleh Musa, dia (Musa) terpaksa memotong dua loh batu lagi dengan sendiri. Loh-loh ini cukup kecil untuk Musa mengangkatnya dalam satu tangan, tiap satunya ditulis pada kedua-dua belahnya, dan menunjuk secara parabolik kepada hukum yang mempunyai dua bahagian; jasmaniah dan rohaniah.

 

Perintah agung pertama dan terutama (Matius 22:36-40) terdiri daripada empat perintah pertama, yang rohaniah, berkenaan dengan hubungan Tuhan-manusia. Perintah agung kedua, hubungan-hubungan jasmaniah, terdiri daripada enam perintah terakhir. Kedua-dua loh batu ini menunjuk ke arah keduaan hukum dalam cara yang sama, dan juga kepada perjanjian kedua. Struktur loh-loh ini menunjuk ke arah masa depan. Manusia tidak dapat hidup menurut hukum jasmaniah dan tidak dapat memenuhi hukum tanpa Roh Kudus. Kedua-dua tongkat Harun yang bertunas dan manna memberi laluan kepada Kuasa Tuhan, Roh KudusNya, dalam keimamatan dan kepada pemeliharaan Israel di padang gurun.

 

Angkatan derhaka dan manusia bumi, keturunan Abraham, semuanya dalam bahaya, dan untuk sebab itu Mesias telah diutus ke bumi. Di sini perbezaan panggilan menjadi nyata. Seluruh urutan ini dicerminkan barang-barang Bait Suci dan dalam cara ibadat dan korban.

 

Harun menjadi jurucakap untuk Musa sebagai imam besar sama seperti Kristus merupakan jurubicara untuk Eloah atau Bapa, sebagai kepala elohim. Tuhan mengeluarkan perintah-perintah khusus, melalui Yesus Kristus, tentang khemah suci dan segala kandungannya. Ini harus disediakan daripada umat itu yang sudi memberi kepada Tuhan sebagaimana diperintahnya untuk mereka beri (Keluaran 25:1-9).

 

Tabut diperbuat daripada kayu penaga. Umur penaga tidak boleh ditentukan kerana pohon-pohonnya tidak tumbuh lingkaran pohon. Tiada urat dalam kayunya. Simbolisme rohaninya ialah kekekalan Roh Kudus. Kayu ini dilapisi dengan emas dan dengan itu tidak kelihatan. Emas ini ialah emas yang dimurnikan oleh api Tuhan dan dibeli daripadaNya oleh umat pilihan. Tempat simpanan kandungannya yang melambangkan kodrat Tuhan dan hukumNya diperbuat daripada banyak kepingan kayu yang diolah sempurna dan digabung bersama menjadi bentuk keseluruhan. Konsep ini berlanjutan kepada papan-papan bangunan itu, tiap satunya sepuluh hasta tinggi dan satu setengah hasta lebar. (Keluaran 26:16). Ini konsep yang sama seperti batu-batu Bait Suci yang merupakan batu-batu hidup yang disusun tepat bersama (1 Petrus 2:5). Tabut ini tidak boleh disentuh tangan manusia walaupun oleh para Lewi, dan ini dengan ancaman maut. Ia dibawa dengan kayu-kayu pengusung, yang melalui lingkaran-lingkaran pada kedua sisinya (Bilangan 4:15).

 

Barang seterusnya untuk dibuat ialah ‘takhta rahmat’ (tutup pendamaian), yang diletakkan di atas Tabut itu (Keluaran 25:17-22). Erti sebenarnya ialah tutup atau penutup, yang bertujuan sebagai tutup penebusan, pengampunan atau pembatalan dosa (Yesaya 61:10).

 

Tutup keselamatan ini mempunyai dua makhluk yang diletakkan atasnya. Ini ialah kerubim dan makhluk-makhluk ini berkaitan secara langsung dengan fungsi-fungsi pengadilan dan rahmat. Dari segi ini mereka makhluk-makhluk paling berkuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa Tuhan. Ia tumpuan kaki takhta Tuhan (Mazmur 132:7; 1 Tawarikh 28:2). Tumpuan kaki ini takhta ini dianggap sebagai tempat di mana Tuhan bertemu wakil umat, iaitu imam besar. Simbol jasmaniah ini mencerminkan takhta Tuhan di mana imam besar bertemu dengan Tuhan di TakhtaNya. Dari segi ini, Kuasa Tuhan didelegasikan kepada Imam Besar apabila dia mendamaikan untuk semua selamanya seperti yang kita lihat dalam Ibrani.

 

Kerubim sebagai hiasan takhta sejak zaman terawal, merupakan pelindung kawasan suci (Kejadian 3:24; 1 Raja-raja 8:6-7). Ia mempunyai simbolisme berdua; dua kerubim pada tutup Tabut itu sekali lagi disalin sebagai penutup di dalam Bait. Ia digambarkan sebagai separuh manusia dan separuh singa tetapi terbalik daripada Sphinx purba Mesir (lihat Yehezkiel 41:15-26).

 

Penglihatan Yehezkiel ini adalah tentang sistem milenium dan kerubim di sini adalah daripada dua taip, sistem-sistem berkepala manusia dan singa. Mereka mewakili dua kerubim yang terkeluar daripada kasih karunia, Iblis dan yang kedua daripada sistem itu, kerub berkepala singa atau aeon yang berdiri di takhta Tuhan. Mereka akan diganti dari antara Angkatan Syurgawi. Semua simbolisme Bait ini berkaitan dengan pemulihan dan sistem akan datang, yang masih belum digenapi.

 

Faktor-faktor penting gambaran Yehezkiel berkaitan dengan takhta Tuhan di bawah kerubim dan kemunculan Kemuliaan Tuhan. Makhluk ini, Yesus Kristus, iaitu Kemuliaan Raja Israel ialah makhluk yang digambarkan sebagai melalui pintu gerbang timur di atas kereta takhtanya (Yehezkiel 10:18-19; 11:22-23). Dia kembali dari arah yang sama dan mentahbiskan semula Bait yang telah disucikan dengan hadiratnya (lihat Keluaran 40:34-38; 1 Raja-raja 8:10-11). Yesus Kristus ialah “Kemuliaan” Tuhan agung kita dan Juruselamat (Titus 2:11-13).

 

Kerubim bergerak bersama Roh ke mana saja ia bergerak dan sayap-sayap mereka menutup struktur itu dan bersentuhan sebagaimana dalam Bait (Yehezkiel 1:11-12). Yehezkiel 10 menghubungkan hal itu kepada Kemuliaan Tuhan Israel dan rencana keselamatan. Kita perhatikan daripada ujian ini bahawa Kemuliaan Yahovah meninggalkan kerubim dan pergi ke atas rumah itu dan rumah itu dipenuhi dengan awan, pelataran penuh dengan keterangan kemuliaan Yahovah. Kerubim itu dinyatakan mempunyai salah satu daripada empat muka yang, bila dibanding dengan Yehezkiel 1, menunjukkan bahawa muka kerub itu berupa lembu jantan, yang melambangkan taipologi pembunuhan Lembu daripada sistem Mithras dan Misteri.

 

Makhluk ini yang merupakan Kemuliaan Yahovah Semesta Alam dan dia sendirinya diberi nama Yahovah; bahagiannya ialah Yakub. Dialah malaikat dalam tiang api dan awan yang mengikut Israel dalam padang gurun (Ulangan 32:8-9). Jalan masuk Pintu Gerbang Timur rumah Tuhan dikhususkan untuk raja. Daripada kenaikannya dia diurapi melebihi teman-teman sekutunya dan menjadi anak Tuhan yang berkuasa daripada kebangkitannya daripada mati (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9; Roma 1:4).

 

Taipologi aktiviti ini digambarkan oleh Korban Pendamaian dalam mana lembu jantan dikorbankan untuk persembahan penghapus dosa Pendamaian untuk imam besar dan keimamatan. Justeru Mesias dikorbankan untuk menyelamatkan dirinya dan Angkatan Syurgawi. Perbezaannya terletak dalam upacara darahnya. Imam mencelupkan jarinya ke dalam darah dan memerciknya tujuh kali di hadapan Tuhan di depan tabir tempat kudus itu dan juga pada tanduk-tanduk mezbah pembakaran ukupan dalam khemah pertemuan, sebagai sebahagian daripada korban atau acara harian. Pada Pendamaian, imam besar memasuki tempat kudus dengan ukupan dan membawa darah lembu jantan itu ke dalam Tempat Mahakudus di mana dia memerciknya tujuh kali setiap kali di hadapan, di atas dan di depan tutup pendamaian (Imamat 4:6-7, 16:12-14).

 

Asap ukupan melambangkan perlindungan awan Utusan Hadirat ketika ia muncul untuk Israel dan untuk melindungi imam besar itu daripada pendedahannya kepada hadirat “kemuliaan” Tuhan.

 

Tutup pendamaian sebenarnya terdiri daripada dua makhluk di atas tutup itu, bukan di kedua-dua sisinya, yang bertanggungjawab menutupi kesaksian itu. Fungsi keseluruhan tutup pendamaian itu adalah penghakiman yang mana makhluk-makhluk ini adalah sebahagian daripada sistem itu (Zakharia 3:1-10). Malaikat Tuhan atau Malaikat Yahovah telah diberikan kuasa pengadilan. Kita perhatikan terdapat dua makhluk di tempat ini. Seluruh struktur pemerintahan Tuhan adalah berdasarkan struktur asal ini.

 

Pada mulanya, Iblis merupakan seorang penjaga terurap atau kerub penutup tetapi telah diturunkan menjadi penuduh.

 

Justeru Tabut Perjanjian mencerminkan satu proses, yang merupakan gambaran jasmaniah kepada proses rohaniah dalam mana umat pilihan memasukkan hukum Tuhan ke dalam hati mereka dan menjadi gambaran hidup hukum-hukum Tuhan. Simbol jasmaniahnya terpaksa disingkir untuk memberi laluan kepada simbol rohaniah yang lebih agung yang mula-mula ternyata dalam Kristus namun akan meluas kepada seluruh umat pilihan sebagai anak-anak Tuhan. Umat pilihan menjadi naos atau Tempat Mahakudus (1 Korintus 3:17). Sebagaimana Kristus menjadi Logos (Firman), begitu juga kita menjadi Logoi. Lihat karya Firman Tuhan (No. 184). Kuasa Tuhan berdiam dalam setiap umat pilihan.

 

Tabut terpaksa memberi laluan untuk sistem yang lebih agung dan telah disingkir dan disembunyikan supaya ia tidak diingati. Nabi Yeremia menjelaskan apa yang berlaku kepada Tabut (Yeremia 3:16).

 

Tabut Perjanjian merupakan simbol kuat Bait dan hukum-hukum Tuhan. Ia dikaitkan dengan pemerintahan dan kewibawaan Tuhan. Perjanjian Lama memandang ke depan kepada Perjanjian Baru dalam mana Roh Kudus diberikan kepada umat Tuhan secara progresif. Tujuan keseluruhannya berpusat pada kuasa Tuhan dan menjadikan manusia lanjutan-lanjutan diriNya dengan pendiaman Roh Kudus. Tanpa pendiaman Roh Kudus, kita tidak dapat memelihara hukum-hukum Tuhan menurut maksudnya dan kita tentu menyelewengnya demi kepentingan kita sendiri. Judaisme melakukannya dengan tradisi mereka dan Kristus memarahi mereka kerana hakikat ini.

 

Jalan ke dalam Tabut Perjanjian dan Tempat Mahakudus dibuka untuk kita daripada kematian Kristus pada Paskah, ketika tabir bait terbelah dua (Matius 27:51; Markus 15:38; Lukas 23:45; Ibrani 6:19, 9:3; 10:20).

 

Kita ialah Tempat Mahakudus dan hati kita ialah Tabut Perjanjian rohaniah sebagai tempat simpanan hukum Tuhan.

 

q