Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[198z]
Ringkasan:
Tuhan Juruselamat Kita [198z]
(Edisi 1.0 19970426-19970426)
Identiti Juruselamat lazim membingungkan di kalangan umat Kristian. Alkitab nampaknya mengenalpasti kedua-dua Tuhan dan Kristus sebagai Juruselamat. Adakah ini bermakna mereka adalah sama, seperti yang golongan Trinitarian ingin kita percaya?
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 1997 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Tom Hoffahrt, Diedit oleh Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Tuhan Juruselamat Kita
Terdapat banyak teks yang menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat kita dan juga bahawa Tuhan adalah Juruselamat kita. Golongan Trinitarian menyimpulkan dari ini bahawa Tuhan dan Kristus adalah sub-elemen makhluk esa yang dipanggil Tuhan.
Yudas membuat perbezaan antara Allah bijak yang tunggal Juruselamat kita dan Yesus Kristus Tuan kita yang melaluinya kita dapat dipersembahkan kepada Tuhan tanpa cela (Yudas 24-25).
Kristus seorang Juruselamat
Petrus nampaknya mengisahkan Kristus sebagai Juruselamat dalam 2 Petrus 3:2,18.
Ianya jelas bahawa Yohanes memandang Kristus sebagai telah diutus oleh Tuhan sebagai Juruselamat dunia ini (1 Yohanes 4:14).
Pandangan Paulus adalah bahawa Tuhan adalah Juruselamat semua manusia (1 Timotius 4:10). Tidak mungkin adanya implikasi Trinitarian dalam Paulus kerana dia membuat perbezaan jelas antara Tuhan yang merupakan Juruselamat dan Kristus. Dalam 2 Timotius 1:8-10, Paulus menegaskan kedudukan Juruselamat kepada Kristus.
Tuhan telah menyelamatkan kita dan memanggil kita dengan panggilan kudus sesuai dengan tujuanNya dan rahmat, yang Dia berikan kita dalam Kristus Yesus berzaman-zaman dahulu. Kita telah dituliskan dalam Kitab Hidup sejak dunia dijadikan (Wahyu 13:8; 17:8).
Bapa Kita - Juruselamat
Kristus datang sebagai Juruselamat yang dilantik Tuhan dan mengakhiri kematian dan membawa kehidupan dan hidup kekal kepada terang melalui injil. Dia menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui kebangkitannya dari mati (Roma 1:4). Ianya kuasa Tuhan yang membolehkan Kristus diutus sebagai Juruselamat yang dipilih Tuhan kepada dunia.
Hosea tegas bahawa tiada Juruselamat selain Tuhan (Hosea 13:4). Juruselamat ini telah diperuntukkan sejak dunia dijadikan untuk penyelamatan Israel (Kejadian 48:15-16).
Tuhan telah memberikan Malaikat Yahovah perintah untuk berbicara melalui nabi Yesaya untuk mengumumkan Juruselamat yang akan datang sebagai Mesias. Tuhan memerintahkan pendirian mezbah kepada Yahovah di Mesir. Tuhan akan mengutus kepada mereka seorang Juruselamat dan seorang Yang Agung dan dia akan melepaskan mereka (Yesaya 19:19-25).
Mezbah ini adalah Bait di Leontopolis dalam nome Heliopolis dan ditutup dengan perintah Vespasian pada tahun 71 CE (TM). Ditubuhkan sekitar 160 BCE (SM) ia terus berfungsi sepenuhnya sehinggalah pembubaran itu dan malah selepas kejatuhan Yerusalem pada 70 TM. Ia disediakan khususnya untuk Mesias dihantar ke Mesir dan telah dibina sebagai tanda bahawa Tuhan akan menebus Mesir bersama Asyur di samping Israel.
Nubuatan ini mengambil masa dua ribu tahun untuk lengkap. Ia merentangi kedatangan pertama dan kedua Mesias. Kekristianan tidak melihat signifikans kedatangan-kedatangan tersebut serta pemerintahan Mesias di bawah sistem milenium itu. Kebanyakannya mengabaikan Milenialisme (atau Chiliasme) dan dengan itu tidak memahami nubuatan ini.
Yahovah merupakan elohim Israel. Dia adalah Yang Kudus bagi mereka dan Juruselamat mereka. Kita maksudkan proses delegasi dari Bapa kepada Mesias sebagai Elohim yang diurapi oleh elohim melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7).
Juruselamat: tugas yang didelegasikan
Paulus memahami bahawa delegasi dari Bapa kepada Mesias adalah demi kemuliaan lebih besar Allah Bapa. Tiada dualiti (kependuaan) Trinitarian atau Modalist untuk Tuhan tetapi sebaliknya sebuah proses delegasi kuasa dan kewibawaan melalui ketaatan. Kristus berada dalam rupa Tuhan namun tidak ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan seperti yang telah dilakukan oleh Iblis (Yesaya 14:14; Yehezkiel 28:14-18). Lihat karya Binitarianisme dan Trinitarianisme (No. 76).
Mesias
Dalam Yesaya 49 kita perhatikan bahawa Mesias disebutkan sebagai dia yang telah dipanggil dari rahim (perut) dan dijadikan dengan mulut seperti pedang (Yesaya 49:1-6).
Mesias telah diberikan sebagai terang kepada bangsa asing agar keselamatan Tuhan dapat sampai ke hujung dunia. Mesias akan menjadi Israel dan Jemaat telah diramalkan sebagai tubuh Kristus dan tubuh Israel dan satu-satunya jalan keselamatan melalui Yesus Kristus.
Mesias sebagai Juruselamat telah menubuhkan Perjanjian Tuhan untuk dan bagi pihak Tuhan selaku Juruselamat. Yesaya bercakap tentang ini sebagai akan berlanjutan hingga zaman akhir dan kedatangan Mesias ke Sion. Pada waktu ini keadilan dan kebenaran telah jatuh ke tanah dan hukum telah terdesak ke belakang (Yesaya 59:1-14). Tuhan melihat ini dan tiadanya pengantara, dan kerana itu Dia bertindak (Yesaya 59:15-21).
Tuhan telah mengutus Kristus di bawah perintah, pada waktu yang ditentukan. Maka Mesias sebagai agen terlantik adalah Juruselamat mengikut delegasi sehinggalah setiap pemerintahan dan kekuasaan diletakkan di bawah dia (Kisah 13:22-23). Tidak dipersoalkan kecukupan pengorbanan Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita. Hubungan Juruselamat ini kepada mereka yang diselamatkan adalah yang utama bagi tujuan Tuhan (Efesus 5:23).
Maka Tuhan adalah sebahagian dari Kristus seperti mana Dia adalah sebahagian dari kita. Kita akan menjadi anak-anak Tuhan dan waris-waris bersama dengan Kristus dan bani syurgawi (Filipi 3:20).
Tuhan adalah Juruselamat kita dan Dia telah melantik Kristus untuk mati bagi kita sebagai alat keselamatan kita dan dengan itu adalah Juruselamat kita melalui delegasi. Kedua-dua Tuhan dan Krisus hidup dalam kita melalui Roh Kudus dan Tuhan akan menjadi semua dalam semua. Maka kita mempunyai seorang Tuhan dan Bapa kita semua (Efesus 4:6).
q