Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[201z]

Ringkasan: Ulangan 20

(Edition 1.0 19970511-19970511)

Zaman sekarang dunia menghakimi mengikut bilangan penduduk dan battalion, dan mengenepikan Allah didalam perdebatan.  Ayat ini menunjukkan pemikiran asas dibelakang penempatan pasukan tentera dalam perang.  Berita ini adalah untuk jemaat sekarang ini.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 2007 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Ulangan 20



Ayat didalam Ulangan 20 adalah peraturan mengenai siapa yang mesti dibenarkan untuk pergi berperang untuk Israel sebagai tentera Allah.  Persediaan utama ialah pembangunan rohani dan kesediaan untuk berperang untuk Allah, Eloah Israel.

Selepas askar-askar dikumpulkan, kemudian proses pemilihan akan dijalankan untuk penapisan.  Penentuan kecergasan dan kesesuaian pasukan tentera untuk peperangan adalah tugas pegawai-pegawai mengikut undang-undang.  Proses penapisan dibuat untuk memastikan supaya hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang betul dibenarkan untuk mengambil bahagian didalam peperangan (Ulangan 20:5-9).

Proses ini sedang berjalan dalam abad yang kedua puluh.  Konsep kebun anggur dan buah adalah berkaitan secara langsung kepada Perjanjian Allah sebagai kebun anggur Tuhan (Ulangan 20:6).

Pernyataan tentang Pertunangan ialah seseorang mestilah mempunyai satu hati yang terfokus kepada tugas yang ada dalam tangan.  Juga sesebuah bangsa mestilah mempunyai keturunan.  Persoalan mengenai harta-harta warisan kepada puak-puak juga dalam pertimbangan.  Allah mahu memastikan agar janji-janjiNya kepada Ibrahim dan para bapa akan dipenuhi (Ulangan 20:7).

Proses penapisan yang terakhir adalah untuk mereka yang mempunyai jiwa yang lemah.  Inilah perkara keseluruhan yang digunakan untuk penghitungan kos.  Yang takut, berjiwa lemah, atau orang yang berbelah hati tidak boleh diharapkan untuk berdiri teguh dalam peperangan.  (Ulangan 20:8).  Jika kita menjadi takut ditanah yang aman menjalankan pekerjaan Allah, bagaimana pula kita bertahan dalam masa peperangan?  Jika kita tidak pasti dengan kedudukan kita sekarang ini, bagaimana pula ia apabila dibawah tekanan?  Orang-orang yang tidak pasti dengan keperluan-keperluan perintah dan sistem Allah dihantar pulang.  Allah tidak perlahan atau lambat untuk bertindak sebagaimana beberapa orang yang menganggapNya lambat tetapi Ia mempunyai belas kasihan.

Inilah tujuan utama cerita Gideon.  Gideon telah diberitahu untuk menapis semua yang dihantar kepada dia and menghantar pulang semua mereka yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan (Hakim-Hakim 7:2-9).  Yahovah telah memberikan Gideon pengertian apa yang dia harus lakukan.  Apabila Gideon dan tiga ratus yang telah dibahagikan kepada tiga pasukan meneruskan perjalanan selepas Midian, mereka mengalami jenis orang yang berbeza.  Disebabkan mereka hanya tiga ratus dan belum lagi menunjukkan kekuatan mereka, orang-orang Succoth tidak akan membantu mereka.  Mereka tidak pun memberi roti kepada mereka.  Begitu juga dengan Orang-orang Penuel yang tidak membantu mereka (Hakim 8:4-9).  Orang-orang ini mahukan tanda-tanda kekuatan dan bilangan.  Mereka tidak akan membantu dalam kerja-kerja tentera Allah, walaupun dalam bentuk makanan.

Gideon telah mengistiharkan hukuman kepada mereka dan hukuman itu adalah pasti (Hakim 8:13-17).  Allah tidak ingin mereka yang berjiwa lemah untuk berjuang, jadi Dia menghantar pulang pasukan utama dibawah Gideon.  Ini terjadi dalam abad yang kedua puluh.  Walau bagaimanapun, Allah tidak bertolak ansur dengan campurtangan dan kegagalan untuk menjalankan tugas yang diperlukan.  Bangsa akan diberikan keamanan, dan mereka akan dijadikan sebahagian daripada Israel dan melayan Israel dan Allah yang Satu dan Benar.  Jika mereka tidak memberikan keamanan, maka lelaki akan dimusnahkan dan keluarga-keluarga dan harta benda akan diserapkan kedalam Israel.

Israel akan meneruskan didalam pekerjaan Allah sehingga keakhirat.  Kerja tersebut belum lagi dilakukan, begitu juga dengan injil yang belum lagi disebarkan ke seluruh dunia (Mat. 24:14).

Kejatuhan dan kebencian adalah sangat mengherankan pada zaman akhir (Mat. 24:7-13).  Tetapi Roh Suci membenarkan kejatuhan ini.  Ini adalah proses penapisan yang terdapat didalam perintah perjuangan Israel.  Banyak orang pada zaman akhir tidak mampu bertahan didalam tentera Israel.

Ketigaratusan dan Gideon telah berjaya mencapai apa yang mereka lakukan disebabkan kuasa Roh Suci, dan iman yang mereka ada didalam kuasa Allah untuk mengerjakan janji-janji dan visi yang Dia berikan kepada Gideon.

Mereka yang tidak dipanggil untuk angkatan yang pertama mestilah diberi kepastian bahawa pekerjaan mereka adalah sama pentingnya dengan kumpulan yang pertama.  Terdapat dua kumpulan dan kerja yang penting yang harus disiapkan pada zaman akhir.  Ia akan dilakukan oleh angkatan yang dipilih untuk menyebarkan kebenaran Allah sebagai satu kesatuan yang teratur dan berdisiplin.

Penghitungan kepada orang-orang yang dihantar pulang dan tidak dipakaigunakan didalam angkatan Gideon dan Ephraim telah dihakimi diantara satu dengan yang lain mengikut dengan ayat didalam Yeh. 34.  Ini adalah domba yang melawan domba.  Mereka dibuka sebagai pendeta didalam badan yang teratur supaya mereka tidak dinilaikan bagaimana mereka kerja dan melayan orang lain.  Tiada orang yang telah dibaptiskan didalam gereja Allah boleh menghindarkan proses ini.  Mereka sama ada bekerja sebagai sebahagian daripada angkatan yang teratur pada zaman akhir atau mereka dibawah pengadilan sebagai domba melawan domba, dan bertanggungjawab keatas apa yang mereka lakukan atau yang mereka tidak lakukan dengan talenta mereka.

Tanda pertaubatan dan pengembalian kepada Allah adalah memberi perpuluhan dan melalui badan Kristus yang bekerja (Mal. 3:7-12).  Apabila peperangan akhirat bermula, maka kita boleh menyiapkan kerja-kerja dan memberikannya kepada saksi-saksi.  Kita perlu bekerja bersama-sama, melupakan semua perbezaan demi kebaikan bersama iman dan kebenaran Bapa kita di Syurga.  Kita adalah angkatan yang teratur dan sedia untuk perjuangan.