Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[223z]

 

 

 

Ringkasan:

Lucifer: Pemegang Terang dan Bintang Fajar

(Edisi 1.0 19970807-19970907)

 

Lucifer secara efektif bererti “Pemegang Terang.” Disebabkan salah erti biasa terhadap istilah “Lucifer” dan “Bintang Fajar”, dan salah pakainya sebagai nama-nama peribadi, ada yang sampai mengelirukan Kristus dengan Iblis.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 1997 Wade Cox)

(Ringkasan ed. Wade Cox)

(tr. 2012)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Ringkasan: Lucifer: Pemegang Terang dan Bintang Fajar



“Lucifer” dikaitkan dengan Iblis sebagai namanya, dan difahami secara negatif. “Bintang Fajar” begitu juga digunakan sebagai satu nama bagi Yesus Kristus. Kebingungan yang disebabkan oleh salah pakai ini telah membuatkan sesetengah orang menyatakan bahawa Kristus dan Iblis adalah oknum yang sama, sebagai dua sebelah koin (syiling) yang sama.

 

Orang Yahudi tidak memahami sepenuhnya apabila mereka menolak Mesias sebagai Bintang Fajar.

 

LXX menterjemahkan Yesaya 14:12 sebagai, “Hai Lucifer yang terbit pada waktu pagi, engkau sudah jatuh dari langit”. Lucifer adalah terjemahan Inggeris bagi kata phosphoros Yunani bagi kata Bintang Terang, atau Bintang Fajar Ibrani. (Lihat juga naskah Anak Lembu Emas (No. 222)).

 

Dalam Perjanjian Baru bahasa Yunani, istilah yang disebut Day Star (Bintang Siang) dalam Inggeris sebenarnya adalah phosphoros (dalam 1 Pet. 1:19) berhubungan dengan Kristus dalam KJV tetapi ditulis sebagai Bintang Fajar dalam RSV. Kedua versi menjauhi pengertian sebenar, iaitu Pembawa Terang sebagai Phosphoros. Lucifer adalah terjemahan Latin perkataan ini. Jadi Pembawa Terang yang terbit dalam hati kita adalah seorang Lucifer (Yes. 14:12). Kristus dan Iblis masing-masing dipanggil Lucifer sebagai Pembawa Terang atau Phosphoros.

 

Pembawa Terang dan Bintang Fajar atau Bintang Siang adalah pangkat dan bukan nama. Di situlah terletaknya kunci kepada kebingungan itu.

 

Dalam Wahyu 2:28 pangkat ini diperluaskan kepada umat pilihan. Wahyu 22:16 jelas merujuk kepada Yesus Kristus sebagai Bintang Fajar (Bintang Timur).

 

Nama-nama itu mempunyai asal mula yang sama namun merujuk kepada dua makhluk berbeza. Dengan itu kita berbicara tentang pangkat dan fungsi yang dipegang oleh Iblis, dan akan diambil oleh Kristus pada Kedatangannya.

 

Ini ditunjukkan selanjutnya dalam bahasa Ibrani Ayub 38:4-7. Kata-kata itu diterjemahkan sebagai Bintang-bintang Fajar dan menunjukkan dua atau lebih makhluk dengan pangkat ini, yang termasuk Kristus, Iblis dan anggota lain Bani syurgawi. Bintang-bintang ini mewakili pangeran/putera Bani syurgawi.

 

Dari segi linguistik makhluk-makhluk ini “bernyala-nyala seperti bintang fajar”; merujuk kepada bintang paling terang di langit iaitu Venus. Orang Babel menerapkan bintang ini kepada ilah mereka, Ishtar.

 

Daripada Ayub 38:4-7 kita lihat “semua anak Tuhan” dan “bintang fajar” bernyanyi bersama-sama. Difahamkan bahawa penciptaan bintang-bintang ini terjadi selepas penciptaan anak-anak Tuhan. Ertinya, pangkat-pangkat ini diciptakan selepas makhluk-makhluk itu dan kedudukan ini dilambangkan oleh bintang-bintang itu sendiri, yang membentuk sebahagian daripada bidang kekuasaan mereka.

 

Pada kedatangan Kristus, pemerintahan planet ini dipindahkan daripada Iblis kepada Kristus, dan dari Wahyu 2:28 pangkat bintang fajar/timur diperluaskan kepada umat pilihan Tuhan, yang melalui Roh Kudus, sama-sama memerintah planet ini dengan Kristus.

 

Penjelasan yang cuba menjadikan Kristus dan Iblis satu, atau menyangkal keduanya merupakan bintang fajar, melanggar pemahaman perpindahan kuasa ini serta peranan umat pilihan pada Kedatangan itu.

 

q