Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[274z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Sabat dalam Quran

(Edisi 1.1 19981212-19990921)

 

Karya tulis ini melihat kepada perletakan Sabat dalem teks Quran [Koran]

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998, 1999 Dr. Thomas McElwain, Wade Cox)

 

(Ringkasan oleh Diane Flanagan, Suntingan Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Ringkasan: Sabat dalam Quran



Pengenalan

 

Berikut ini adalah ringkasan pendek tentang Sabat dalam Quran. Quran adalah teks Timur Tengah yang datang dari kawasan geografi yang sama dengan Taurat Ibrani. Quran juga dibahagikan kepada “bab-bab” walaupun ianya dirujuk sebagai surah-surah. Surah ini secara tipikalnya membawa satu nama seperti Lembu dan satu nombor seperti 2. Oleh kerana itu satu rujukan dalam Quran akan kelihatan seperti Q2:67. Ini adalah rujukan kepada surah kedua ayat 67.

 

Memang terdapat alasan untuk menjangkakan kedua-dua teks kudus untuk merujuk kepada topik yang sama dalam konteks kebudayaan yang sama. Quran ini merujuk kepada Alkitab dalam beberapa teks. Dalam surah yang kedua. Lembu, yang mana dinamakan dari kisah anak lembu emas dalam ay 67-71 adalah rujukan puisi kepada anak lembu merah dalam Alkitab.

 

Disepanjang masa kuasa resmi telah dipengaruhi oleh terjemahan; tradisi fahaman Yudaisme rabinikal yang berdasarkan kaedah orang Farisi dan dikutuk oleh Kristus. Demikian juga dengan persidangan Kekristianan yang cuba untuk mengubah firman dan Hukum Allah. Proses yang sama terjadi dalam Hadis (Catatan tradisi) dalam Islam. Alkitab adalah sangat jelas bahawa sekiranya seorang nabi tidak bercakap menurut Hukum dan Kesaksian, tidak ada terang didalam dirinya (Yes 8:20). Wahyu Perjanjian Baru harus berdiri dan mengesahkan Perjanjian Lama dan tidak menentangnya. Quran juga dinyatakan oleh nabi sebagai teks yang diinspirasikan. Dia kata ia aadalah terjemahan Alkitab kedua-dua Taurat dan Injil. Oleh kerana itu ianya harus tidak bertentangan dengan Alkitab. Setiap daripada teks, Perjanjian Baru dan Quran, membantu untuk menjelaskan teks alkitabiah kepada orang-orang pada masa teks ini ditulis.

 

Quran ini membawah kesaksian Yesus kepada orang Yahudi dan kepada orang Kristian dari kuasa Yesus. Apabila Quran ditulis kemurtadan Triniti sudahpun berlaku dan orang Kristian telah menyebarkan konsep tentang Satu Allah yang Benar, Allah’ dalam bahasa Arabik, dan Eloah dalam bahasa Ibrani.

 

Rujukan pertama kepada Sabat boleh didapati dalam Surah kedua dalam Quran.

 

“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada h ari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa” Q2:65;66

 

Teks yang disebut diatas secara umumnya mengajar perkara yang sama dalam Q7:163, yang mana menjelaskan pelanggaran Sabat dengan menangkap ikan dan mengambil makanan. Kedua-dua teks ini sejajar dengan Keluaran 16 yang melarang mengumpul makanan/ manna pada hari Sabat.

 

Hukuman kerana tidak menurut adalah satu kutuk dimana orang akan menjadi kera. Q5:60 meluaskan kutuk ini.

 

“Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”

 

Disini kita melihat kutuk ini dibesarkan dari mereka yang melanggar Sabat, kepada mereka yang menyembah berhala.

 

Rujukan yang seterusnya bagi Sabat adalah dalam Surah 4.

 

“Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab! Berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka iaitu Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar” Q4:47, 48.

 

Disini kita lihat struktur unitariatan Allah ditekankan dan doktrin triniti atau rakan dengan Allah dipandang sebagai dosa yang besar.

 

Sebutan Sabat yang ketiga juga dalam Surah 4.

“Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat) dan Kami perintahkan mereka: Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri dan Kami juga perintahkan mereka: Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh.” Q4:154.

 

Disini kita melihat satu rujukan untuk melemahkan diri kita kepada Satu Allah yang Benar dan tidak melanggar Sabat dalam apa juga bentuk. Dengan menyembah Satu Allah yang Benar dan memelihara HukumNya serta perhimpunan yang diperintahkanNya, kita akan betumbuh dan akan diberkati. Surah ini tidak cuba untuk mengubah perintah hukum tetapi menjelaskannya.

 

Kita lihat satu lagi rujukan kepada Sabat dlam Surah 7.

 

“tanyalah mereka (O Muhammad) tentang wilayah yang berdekatan dengan laut, bagaimana mereka melanggar Sabat, bagaimana ikan besar mereka datang kepada mereka dengan nyata keatas hari Sabat mereka dan pada hari ketika mereka tidak memelihara Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Dengan ini mereka adalah orang yang berdosa”

 

Disini kita melihat orang-orang yang melanggar Sabat dan tidak diberkati oleh Allah sebab ketidakturutan mereka.

 

Sebutan terakhir tentang Sabar ialah dalam Surah 16.

 

“Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya. “ Q 16:124.

 

Disini kita melihat Quran menjelaskan hukuman alkitabiah yang dilakukan kerana melanggar Sabat. Sekiranya seseorang itu tidak bertobat dan memelihara Sabat, Bulan Baru, dan Perayaan-perayaan, individu itu akan berada dalam kebangkitan yang kedua atau dalam Taman yang kedua. Inia dalah konsisten dalam Perjanjian Baru, yang mana dikenal pasti umat kudus dari Kebangkitan Pertama sebagai mereka yang memelihara hukum perintah Allah dan kesaksian Yesus Kristus (Wah 12:17; 14:12; 22:14).

 

Dalam Quran hari keenam dalam minggu adalah tepat dalam Taurat, hari persediaan yang mengikuti Sabat.

 

 

q