Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[145z]

 

 

 

Ringkasan:

Kidung Agung

(Edisi 2.0 19951021-19990607)

 

Kidung Agung ialah sebuah kiasan yang amat kuat, berhubungan dengan pemualafan Israel dan Yehuda. Ia juga membantu kita untuk lebih mengerti sifat dasar Jemaat serta hubungannya dengan Mesias.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2003 Wade Cox)

 

(Ringkasan ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Kidung Agung [145z]



Kidung Agung ialah sebuah kiasan yang amat kuat, berhubungan dengan pemualafan Israel dan Yehuda. Karya ini cuba mempertalikan Kidung ini ke dalam Perjanjian Baru dan membantu Yehuda kepada pemualafan. Dengan memahami dasar Mesianik kitab Ester dan Amsal 31, seseorang dapat melihat daripada Perjanjian Lama, bahawa orang dahulukala mengerti apa yang sedang berlaku dalam nubuatan-nubuatan Mesianik. Perjanjian Baru mengukuhkan Perjanjian Lama, dan tidak menggantikannya.

 

Karya ini memberi terjemahan Malbim untuk Kidung Agung, daripada Soncino, dan ini komen yang amat menarik tentang kisah ini.

 

Bagaimanapun, sebab para Rabai (Rabbi) telah mengajar bahawa Mesias belum lagi datang, mereka tidak mengerti bahawa Kidung Agung merupakan kisah Jemaat dan Mesias dan ia berlanjutan ke dalam bangsa Israel; iaitu sejarah Jemaat selepas kematian Mesias, dan selepas pembubaran Yehuda.

 

Para Rabai menolak Yesus Kristus, namun bahasa Malbim nyata Mesianik, dan mencerminkan simbol-simbol Kitab-kitab Injil. Mereka mempertalikan Kidung ini kepada konsep-konsep jiwa (pengaruh Babel) kerana tidak mampu mengaitkan teks ini kepada Mesias, sebagai Kekasih dan Jemaat sebagai gadis itu.

 

Bab 1 hingga Bab 2:7: Ada kata-kata Ibrani digunakan dalam Kidung Agung, dan ini tidak terjadi lagi di mana-mana dalam Alkitab. Sebagai contohnya, ‘ahabah’, kata Ibrani untuk kasih secara abstrak, telah ditransliterasi oleh Yunani sebagai “agape”, dan menandakan kasih Tuhan. Orang Yunani mempunyai kata-kata untuk kasih, satu untuk cinta seksual, eros, dan satu untuk kasih saudara, philadelphos, tetapi tiada perkataan untuk kasih Tuhan. Mereka tidak mempunyai konsep kasih orang atasan untuk orang bawahan. Segala idea falsafah mereka adalah hanya sejenis boleh mengasihi sejenis; bahawa hanya sejenis boleh memuaskan sejenis; dan hanya sejenis boleh bersahabat sejenis. Oleh itu seseorang hanya boleh didamaikan kepada Tuhan melalui korban seorang Tuhan. Jadi trinitas dikembangkan, meninggikan Yesus Kristus menjadi Tuhan, sebagai Tuhan, untuk mendamaikan kita kepada Tuhan. Ini begini walaupun banyak ayat yang bertentangan, dan merupakan konsep Yunani. Konsep Ibrani adalah orang atasan boleh didamaikan kepada orang bawahan melalui korban perantaraan.

 

Gadis (Jemaat) mencintai Gembalanya (Mesias), yang juga mengasihi JemaatNya. Perempuan Sulem ini gelap, sebab dia dipaksa bekerja di ladang-ladang anggur. Israel ialah ladang anggur Tuhan, dan perempuan (Jemaat) itu telah terpaksa memelihara ladang ini sendirian. Rujukan kepada khemah-khemah Kedar, mengambil kira bangsa-bangsa, dan sebab itu perempuan ini dan bangsa-bangsa dapat dibersihkan daripada kegelapan rohani mereka dan diputihkan oleh pemualafan.

 

Gadis membantah kepada gembalanya bahawa dia mawar Saron, bunga bakung di lembah-lembah, amat sederhana. Namun Kristus berkata bunga bakung padang lebih baik daripada Salomo – justeru gadis ini, Jemaat, lebih besar daripada Salomo dan sistem Judaik. Dia bunga bakung di antara duri-duri, iaitu umat pilihan di antara puteri-puteri Yerusalem, orang Farisi dan imam, yang menawan orang Yahudi dalam hukum lisan mereka, dan yang tidak mengendahkan peringatan Mesias, dalam tanda Yunus.

 

Perempuan Sulem merayu kepada penggoda-penggoda wanita itu untuk tidak menggodanya daripada kekasih pertamanya, kepada seorang lain. Kita harus memiliki hubungan berterusan dengan Mesias.

 

Bab 2:8-17: Jadi Jemaat ada di Yerusalem dan orang Yahudi cuba menghapuskan Jemaat. Mesias memanggil umatNya dan mereka menjawab dan mendengar suaraNya.

 

Gadis ini mendengar suara kekasihnya dan langkah kakinya melepas Bukit-bukit.

 

Orang Yahudi menghendaki Mesias-Raja, namun Dia datang sebagai Mesias-Imam dan mereka tidak dapat menerima itu, dan sebab itu terpesong daripada kebenaran dan telah silap selama 2000 tahun. Kristus datang sebagai hamba Tuhan yang sederhana, sebagai seorang gembala. Orang Yahudi zaman Kristus sedar akan 2 kedatangan itu. Skrol-skrol Laut Mati (DSS) cukup jelas.

 

Bab 2:12: “musim menyanyi” diterjemahkan dalam LXX sebagai “musim memangkas”. Dengan kata lain, ia waktu kesukaran untuk Jemaat, dan menandakan sidang-sidang Nicea, Constantinople dan Chalcedon. Rujukan kepada tekukur di tanah yang dipanggil melambangkan Jemaat yang bersembunyi ketika penganiayaan dan Kristus memanggilnya bertindak.

 

Ayat 15-17: “rubah-rubah kecil yang merosakkan kebun anggur” merujuk kepada unsur-unsur yang memasuki Jemaat Tuhan, seperti Gnostikisme (yang dilawan Yehuda) dan nabi-nabi palsu yang melemahkan kebenaran, justeru mencipta Kekristianan aliran umum sepanjang 2000 tahun kebelakangan ini. Yehuda telah buta dan tidak menerima Kristus sebagai Mesias, namun kebutaan itu akan diterangi kebenaran dalam zaman akhir juga dan Yehuda akan berubah dan dipulihkan dahulu. Para Rabai mengetahui adanya satu perpisahan (komen ayat 17), yang membawakan pemulihan pada akhirnya – yang menjadi sebahagian daripada jamuan perkahwinan dengan Kristus dan Jemaat. Sebaik saja Yehuda mengerti Kidung Agung sebagai pengasasan Jemaat dan hubungannya kepada Yehuda, mereka akan diubahkan.

 

Bab 3: Kita perhatikan, Kristus tidak dapat ditemui dalam lingkungan Judaisme – seorang harus dipanggil ke dalam Jemaat, dalam padang gurun dunia ini. Orang Yahudi telah memelihara pengertian Jasmaniah kitab suci dan merindukan Mesias, walaupun Dia sudah ada pada kedatangan pertama.

 

Kidung Agung mengisahkan Jemaat yang dipanggil keluar daripada Yehuda, keluar daripada batas-batas adat dan ajaran Talmud yang kemudian, dan ditempatkan dalam padang gurun, dan diajar daripada Alkitab, agar kasih sejati Mesias dapat dibuktikan.

 

Ayat 4: Jemaat dan Kekasih pergi ke rumah Ibu – iaitu ke Yerusalem. Kristus akan kembali ke Yerusalem dan menjadikannya sebagai pusat kekal sistem Milenium.

 

Keseluruhannya, Kidung Agung boleh disebut sebagai simbol zaman-zaman Jemaat Tuhan. Konsep ini dapat difahami dengan lebih lengkap daripada kajian seluruh karya ini (lihat karya Kidung Agung (No. 145).

 

Bab 4:1-16: Teks ini mengisahkan sifat-sifat gadis dikasihi itu. Telekung menutupi muka, hanya mata murni yang cantik terlihat. Atau boleh dianggap gadis dikasihi ini cantik tanpa menghiraukan batas-batas yang dikenakan oleh para Rabai dan batas penyingkapan segala rahsia Tuhan.

 

Gilead terkenal kerana padangnya yang subur dan kawanan yang banyak. Rambut gadis ini gelap dan berkilau, dan kebiasaannya adalah untuk menocangnya sebegitu cara hingga menunjukkan belahan-belahan putih. Jadi mungkinkah belahan-belahan putih itu baris-baris umat pilihan berjubah putih yang diatur pada permulaan sistem Mesianik? Gilead juga melambangkan tempat perhentian untuk golongan elit.

 

Gigi gadis ini berpasang dan sempurna, dan putih seperti salju. Secara simbolik, ini menggambarkan jubah-jubah putih umat pilihan yang sempurna dan tiada yang hilang. Amat banyak simbolisme dalam bahagian ini, diliputi lebih luas dalam karya.

 

Bab 5: Sementara kita teruskan, konsepnya ada kaitan dengan jamuan perkahwinan Anak Domba dengan Jemaat dan para sahabat. Merekalah yang melalui Kesukaran, memiliki pakaian perkahwinan putih, dan telah memelihara perintah-perintah Tuhan dan kesaksian Yesus.

 

Ayat 1 menyatakan: “Aku datang ke kebunku”, bahasa Ibraninya menandakan perbuatan masa hadapan pasti. Kristus telah datang, dan akan datang semula.

 

Ayat 2: Panggilan terhadap umat pilihan adalah untuk membuka kepada Mesias. Dia mengetuk dan akan datang kepada mereka yang membuka hati mereka (Wahyu 3:20 dan seterusnya); jemaat Laodikia dimuntahkan, namun Dia memanggil golongan individu. Jemaat Sardis telah mati.

 

Ayat 3 ialah bahasa sama yang Yesus gunakan pada jamuan malam sebelum Dia disalibkan.

 

Ayat 4 menunjukkan kedatangan semula Mesias daripada kebangkitan. Dia datang untuk memberi kekasihnya (Jemaat) cara untuk melepasi sistem dunia. Kemudian Dia pergi untuk waktu yang lama; waktu 40 Yobel untuk mengakhiri zaman Bangsa-bangsa dan waktu pemerintahan Iblis. Yehuda ialah saudara perempuan sedarah Mesias. Dia memanggilnya dinda, kasihnya, namun Yehuda tidak mahu mendengarNya.

 

Ayat 8 menunjukkan penukaran telah ditawarkan kepada puteri-puteri Yerusalem – iaitu orang Farisi, para imam dan bangsa, yang menolak. Gadis (Jemaat) diperlaku keras. Yehuda tidak mahu menerima Mesias.

 

Ayat 10: Gambaran kecantikan Yang Dikasihi adalah untuk melambangkan kesempurnaan rohani Mesias. Kekasih sempurna ini ialah kekasihnya dan sahabatnya.

 

Bab 6: Kini nampaknya berlaku perubahan hati puteri-puteri Yerusalem, yang mengusulkan untuk mencari Kekasih itu. Ini sebenarnya Yehuda yang mengejek Jemaat sebab iman Mesianiknya, dan begitu juga bangsa-bangsa.

 

Para juruulas Yahudi memperhatikan penebusan dosa-dosa gadis itu. Ini khususnya fungsi Mesias, yang seharusnya mereka kenali. Justeru mereka di ambang “menindas kebenaran” daripada bangsa mereka sendiri (Roma 1:18,19) dan menimbulkan murka Tuhan.

 

Ayat 4: Gadis itu sekali lagi dipuji kerana kecantikannya; iaitu Jemaat dipuji kerana kemurnian iman dan kesatuan tujuannya. Ini seharusnya datang selepas pencubaan atas Jemaat, yang sememangnya menderita penganiayaan dan penyusupan oleh Askenazi. Waktu ini lazimnya dikenali sebagai zaman Tiatira.

 

Salomo, dalam Kidung Agung, merupakan antipati Tuhan; dialah tuhan dunia ini, dan sesungguhnya Salomo menjadi penyembah berhala. Ayat 8 adalah Yang Dikasihi berkata – seluruh dunia dimiliki Iblis (Salomo), berikan kepadaku dia yang kusayangi.

 

Si Kekasih memeriksa buah lembah itu. Ini bererti Kristus memerhatikan JemaatNya dan bangsa Israel. Dia melakukan pekerjaan BapaNya.

 

Bab 7: Nampaknya cukup banyak perbezaan dalam terjemahan-terjemahan dan teks-teks itu perlu dikaji dalam karya ini.

 

Ayat 1: Tuhan seniman yang cekap (Mazmur 139:133-18), dan ini juga berkaitan penentuan dari semula.

 

Ayat 2: rujukan kepada gandum, justeru itu, mungkin tuaian Pentakosta, yang mewakili perempuan Sulem, iaitu Jemaat.

 

Ayat 5: Pemakaian warna merah lembayung kepada rambut dan tawanan Raja (Salomo) mempunyai erti tambahan iaitu Salomo sendiri tunduk kepada Jemaat, sebab dia nampaknya telah mati seorang penyembah berhala. Soncino berpendapat bahawa Salomo berhenti mengejar kasih gadis itu, dan berundur serta meninggalkannya untuk pulang kepada Kekasihnya – iaitu Iblis mengaku kalah. [Bagaimanapun tulisan-tulisan Salomo akhirnya kelihatan menunjukkan pertaubatan dan perubahan. Justeru apa yang ada di sini ialah simbolisme].

 

Ayat 9: Anggur sebagai darah Anak Domba ialah pesan injil, yang umpama kata-kata manis gadis itu, yang mewakili Jemaat.

 

Ayat 10: Penolakan raja muktamad. Jemaat menang atas Iblis. Mesias dan JemaatNya memeriksa anggur (Israel) untuk mereka yang menghasilkan buah Kerajaan Tuhan.

 

Yehuda akan diubahkan, agar Yerusalem dan keluarga raja (umat pilihan) tidak dapat memuliakan diri mereka mereka lebih daripada Yehuda (Zakharia 12:7,8).

 

Bab 8: Jemaat telah dipandang hina mula-mula sekali oleh Yehuda, kemudian oleh Bangsa-bangsa kerana aspek-aspek Perjanjian Lama, dan juga kerana memelihara Hukum-hukum Tuhan dan semua Sabat, yang dilihat sebagai adat Yahudi.

 

Ayat 3 mengulangi 2:6 dan ini menunjukkan penantian kedatangan Kekasih. Namun ayat 4 membayangkan tiadanya kebangkitan cinta sehingga umat dipanggil dan khususnya dikasihi, apabila Tuhan memilih waktu untuk panggilan ini.

 

Ayat 5: istilah ‘bersandar pada kekasihnya’ secara harfiah ialah disatukan, berkaitan dengan si kekasih. Jemaat akhirnya disatukan kepada Mesias, tiada lagi dapat memisahkan mereka, dan jemaat berada di bawah perlindungan Mesias.

 

Jemaat ialah Israel rohaniah, dan seluruh Israel, rohaniah dan jasmaniah, ingin dihapuskan Iblis, tuhan dunia ini (2 Korintus 4:4) dan penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2). Sasarannya juga termasuk sebarang umat pilihan Tuhan dari Bangsa lain.

 

Ayat 8-10: Jemaat ini telah setia, diberikan kepada Mesias, Raja Damai.

 

“Adik perempuan” ayat 8, Yehuda dan Benyamin, berubah dan disatukan kepada Israel rohaniah dengan Mesias pada kedatangan itu. Ayat terakhir Kidung ialah satu panggilan kepada Mesias untuk datang cepat, satu pengakhiran sesuai kepada Kidung serta kepada Alkitab (Wahyu 22:20-21).

 

Amin, datanglah, Tuhan Yesus! Kasih karunia Tuhan Yesus menyertai kamu sekalian! Amin.

 

q