Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[147z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Ketuhanan Kristus

(Edisi 20 19951203-19991108)

 

Adakah Kristus hanya seorang manusia tanpa prakewujudan?

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

 

(Ringkasan ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Ketuhanan Kristus [147z]



Menuntut adanya Allah Maha Esa dan menyangkal prakewujudan Kristus dipanggil Unitarianisme Radikal dan berikutnya menunjukkan pandangan ini ialah bidaah bukan alkitabiah. Kita perhatikan dalam Yohanes 1:1 ada dua makhluk ilahi, seorang, Allah “itu”, dan seorang “tuhan”, sebagaimana ditunjukkan tatabahasa Yunani. Allah “itu” hanya merujuk kepada Bapa.

 

 Prakewujudan Kristus dinyatakan dalam Yohanes 1:2-3, dan peranannya dalam penciptaan dalam Yohanes 1:10. Kristus, Firman, menjadi daging dan hidup sebagai seorang manusia, dan dia satu-satunya tuhan yang lahir daripada seorang perempuan. Dia bukan Allah “itu” tetapi satu-satunya tuhan yang lahir, yang ada dalam pangkuan Bapa yang berfirman atau menyatakannya (Yohanes 1:18).

 

Tuhan membawanya ke dunia (Ibrani 1:6) dan ayat-ayat 8 dan 9 mengenalpastinya dalam Mazmur 45:6-7. Dialah anak sulung (Kolose 1:15-18) ciptaan, dan justeru itu permulaan ciptaan (Wahyu 3:14).

 

Tuan ini (atau kurios) berbicara untuk Bapa dalam padang gurun (Kisah 7:33). Dalam Yohanes 17:5 Kristus jelas menyatakan prakewujudanNya.

 

Kristus bukanlah satu-satunya anak Tuhan, sebab ada banyak makhluk roh (Ayub 38:4-7) yang dipanggil anak-anak Tuhan. Makhluk-makhluk ini biasa datang ke takhta Tuhan (Ayub 1:6, 2:1), termasuk Iblis, iaitu tuhan dunia ini (2 Korintus 4:4). Bukan semua anak-anak ini yang setia (Yudas 6; Kejadian 6:4; Wahyu 12:7-9).

 

Kristus berkongsi sifat Tuhan melalui kuasa Roh Kudus, dan dengan itu mempunyai rupa Tuhan. Dia tidak mencapai kesetaraan dengan Tuhan (Filipi 2:7-8). Sama seperti itu, umat pilihan mempunyai sifat ini (2 Petrus 1:4).

 

Kristus menjadi manusia dalam segala hal agar Dia dapat menjadi Imam Besar yang mampu mengerti semua kelemahan kita, dan dia dicuba dalam segala sesuatu (Ibrani 2:17-18). Dia mati sebagai pendamaian untuk segala dosa manusia, hanya dia tidak berbuat dosa (lihat Ibrani 4:15).

 

Namun begitu, dia memiliki intisari Tuhan (Kolose 2:9) dan sifat ilahi ini juga boleh didapati manusia (Kolose 3:10).

 

Sebagai umat pilihan, kita boleh menjadi waris-waris bersama dengan Kristus (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11.9; Yakobus 2:5; 1 Petrus 3:7), dikembangkan oleh Roh Kudus, agar Tuhan dapat menjadi semua dalam semua (1 Korintus 15:28).

 

Namun hanya ada seorang Allah Maha Esa (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) yang satu-satunya abadi (1 Timotius 6:16), dan Kristus ialah anakNya (Yohanes 17:3).

 

Allah Bapa dipanggil Eloah (Amsal 30:4-5) dan Tuhan Mahatinggi, berbeza daripada Kristus (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7).

 

Tiada seorangpun pernah melihat Tuhan atau mendengar suaraNya (Yohanes 1:18, 5:37).

 

Penggunaan nama Yehovah (Yahovah) adalah melalui delegasi. Yahovih Elohim ialah Allah “itu”, Tuhan kepada Yehovah yang merupakan Tuhan bangsa Israel, dan inilah pengertiannya dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. Mesias bertindak dalam nama Yahovah Elohim (Mikha 5:4).

 

Tuhan Semesta Alam mengutus Yahovah kepada semua bangsa (Zakharia 2:8-9). Lihat juga Zakharia 12:8 dalam mana Mesias dikenali sebagai elohim daripada Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9.

 

Ada lebih daripada dua elohim. Mazmur menunjukkan bahawa elohim ialah satu sidang (Mazmur 82:1; 86:8; 89:6-7; 95:3; 96:4; 97:7,9; 135:5). Pangkat ini diperluaskan kepada manusia (Mazmur 82:6 dan Zakharia 12:8).

 

Kristus menjadi anak Tuhan yang berkuasa daripada kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4), dan sebagai waris bersama dengan Kristus umat pilihan juga mencapai kuasa ini.

 

Elohim yang berbagai itu dikenali sebagai bene elyon atau anak-anak Yang Mahatinggi. Penjelasan penuhnya terkandung dalam Wahyu 4:1 hingga 7:14, dan mencerminkan Sidang, yang mempunyai struktur luaran dan dalaman qadosim SHD 6918, atau orang kudus berupa malaikat (lihat Mazmur 89:1-8; Ayub 5:1; Zakharia 14:5). Para anggota Jemaat sekarang di atas bumi juga orang-orang kudus.

 

Kumpulan Sanhedrin berjumlah tujuh puluh campur dua, dan apabila Kristus mentahbiskan kumpulan tujuh puluh orang Dia secara kesannya menarik kuasa daripada orang Yahudi, dan menempatkannya dalam Jemaat.

 

Anak-anak Tuhan yang membentuk Angkatan Syurgawi dikenali dengan berbagai cara sebagai utusan, malaikat, pemerhati (Daniel 4:13, 17, 23) dan tidak berdiam di antara manusia (Daniel 2:11).

 

Semua anak Tuhan, malaikat dan manusia, berkongsi sifat ilahi Tuhan, melalui kuasa Roh Kudus (Yohanes 1:9).

 

Falsafah Yunani tidak dapat memahami bahawa pengorbanan pihak tidak berbahaya untuk mendamaikan pihak bawahan kepada pihak atasan merupakan satu proses pemikiran yang perlu kepada ibadat Ibrani, sebab mereka percaya hanya sama jenis boleh mendamaikan untuk sama jenis. Jadi Kristus harus ditinggikan kepada kesetaraan dan keabadian Tuhan untuk tujuan itu. Trinitarianisme menggunakan konsep ini untuk membolehkan pertukaran waktu dan hukum alkitabiah. Mereka menuntut Roh Kudus bagi Tuhan dan Yesus Kristus saja, justeru menyangkal sifat ilahi itu kepada yang lain – roh atau manusia. Modalisme menjadikan Kristus suatu entiti berbeza daripada Tuhan, namun tidak terpisah. Dengan itu pihak Trinitarian boleh berkata bahawa Kristus, sebagai makhluk setara dengan Tuhan, berhak membatalkan hukum-hukum Ibrani. Justeru Kristus boleh memberi hukum-hukum baru dan melemahkan keunggulan Allah Bapa sebagai Pemberi Hukum, dan sebagai Allah Maha Esa (Yohanes 17:3).

 

Allah Bapa mempunyai Anak-anak (Kejadian 6:4; Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7) dan Kristus ialah salah seorang mereka (Yohanes 17:3). Dia saja yang abadi (1 Timotius 6:16) dan hidup selama-lamanya (Wahyu 4:9). Melalui kehendakNya segala sesuatu ada dan diciptakan (Wahyu 4:11).

 

Kristus hidup oleh kuasa Tuhan, dan kita hidup di dalamnya (2 Korintus 13:4; 1 Petrus 1:5). Tiada  pemerintah melainkan daripada Tuhan (Roma 13:1).

 

Sebagai makhluk ciptaan, Anak-anak Tuhan lebih rendah pangkatnya, walaupun sama intipatinya. Anak-anak jasmaniah mempunyai intipati berlainan, tetapi mampu mendapatkan kuasa dan intisari Tuhan (2 Petrus 1:4), dan ditentukan untuk menjadi elohim (Zakharia 12:8) dan memiliki hidup kekal (1 Yohanes 2:25; 5:11).

 

Ketaatan ialah kunci untuk menerima hidup kekal seperti yang ditunjukkan Kristus (Ibrani 5:6,8,9). Tuhan memberi Kristus hidup (Yohanes 5:26) dan kuasa (Efesus 1:17-23) oleh Roh Kudus. Tuhan memberi hidup kepada segala sesuatu (1 Timotius 6:13).

 

Doktrin Antikristus dikenalpasti dalam teks 1 Yohanes 4:1-3 yang betul, oleh Irenaeus (Ch. 16:8, ANF. Vol. 1, nota kaki MS 443). Sejarahwan Socrates berkata (VII, 32, ms 381) bahawa bahagian itu telah diubah oleh mereka yang ingin memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus daripada keilahiannya.

 

Orang Trinitarian menyangkal bahawa Maria mempunyai anak-anak lain, walaupun Yesus anak sulungnya (prototokos) (Matius 1:25; KJV). Yesus ialah anak sulung (prototokos) ciptaan (Kolose 1:15). Mereka melakukan ini untuk menetapkan Maria sebagai perawan, sambil mengabaikan Matius 12:46; 13:55-56 dan Markus 6:3, demi mengukuhkan keilahiannya.

 

Kristus ialah satu-satunya Tuhan yang lahir (Yohanes 1:18), yang mula-mula diciptakan, dan yang pertama dibangkitkan dari antara orang mati.

 

Sebelum penjelmaanNya, Kristus sebahagian daripada angkatan malaikat tetapi selepas kebangkitannya Dia ditinggikan kepada pangkat lebih tinggi (Ibrani 1:3-4) oleh Roh Kudus, iaitu kuasa Tuhan.

 

Manusia akan sama seperti para malaikat (Lukas 20:36). Yesus mengakui kita di hadapan para malaikat (Lukas 12:8-9) yang merupakan saudara kita (Wahyu 12:10).

 

Sifat-sifat Tuhan ada melalui delegasi bagi Kristus dan Angkatan Syurgawi yang menjadi bawahan Tuhan. Tuhan meninggikan Kristus, dan mengaruniakan kepadanya nama dan kuasa (Filipi 2:5-11). Justeru hak Bapa untuk memberi kuasa tidak tersangkal lagi. Ini tidak bererti kesetaraan. Kristus tidak pernah menuntut dirinya Tuhan, dan hanya merujuk kepada Bapa sebagai Tuhan.

 

Mesias berfirman dalam nama Tuhan tetapi dia bukan Allah “itu”. Dia elohim, salah seorang anak-anak Tuhan, dan telah sentiasa taat kepada Dia yang menciptanya (Ibrani 3:2). (harfiah: kepada (dia) yang membuatnya; Marshall’s Interlinear).

 

Hanya ada Allah Maha Esa yang merupakan Tuhan dan Bapa kepada Yesus Kristus, dan Tuhan dan Bapa kita semua (Yohanes 20:17). Dia menganugerahkan pada semua yang mentaatiNya kemampuan untuk menjadi anak-anak Tuhan, dan dengan itu elohim atau theoi. Justeru Tuhan adalah Satu.

 

Baca karya Ketuhanan Kristus (No. 147), yang meliputi banyak masalah Trinitarianisme, dan memberi penyelesaian alkitabiahnya.

 

 

q