Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[154z]

Ringkasan:

Golongan Nephilim [154z]

(Edition 2.0 19950303-19991108)

Golongan Nephilim telah disebut pertama kali dalam Alkitab dalam Kejadian 6:4 sebagai keturunan “anak-anak lelaki Allah” dan “anak-anak perempuan manusia”.  Ini adalah tema am yang terdapat sepanjang dunia purba dan tidak dihadkan didalam Alkitab.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 1995, 1999 Wade Cox)

(Summary by June Hoyt, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Golongan Nephilim


Subjek golongan Nephilim agak sukar.  Ia adalah tema am yang terdapat  sepanjang dunia pruba dan ia tidak dihadkan didalam Alkitab.  Ia adalah subjek yang luas yang terdapat diantara kebanyakan atau segala bangsa, yang mana kami ada rekod-rekod mereka.

Sebab Allah mengambil keputusan untuk memusnahkan bumi ialah aktiviti-aktiviti  manusia dan kumpulan yang terjatuh sehingga banjir.  Golongan Nephilim dianggap sebagai keturunan kepada yang terjatuh hasil daripada perhubungan mereka dengan perempuan-perempan (Kej. 6:1-5).

Konsep ini diterima pada masa banjir dan juga sehingga zaman Kristus.  Golongan Nephimim adalah dirujukkan sebagai Titans dalam dunia Greek.  Golongan Nephimim juga kelihatan sebagai tradisi-tradisi orang-orang Indo-Aryan dari India sehingga ke Asia, dan dunia Indian sebagai Raksasas (raksasa-raksasa) dan mereka kelihatan bertentangan dengan manusia.

Kejadian Apocryfon yang ditemui dalam bahasa Geza Vermes,  Gulungan Laut Mati dalam bahasa English menghasilkan satu perbualan dimana merujukkan kepada kelahiran Noah dan bapanya.  Lamech menduga bahawa isterinya berhubung dengan satu daripada malaikat-malaikat yang datang daripada syurga dan mendapatkan anak perempuan yang berkahwin dengan manusia (Kej. 6:1-4).  Lamech tidak percaya kepada penyangkalan isterinya meminta bapanya – Enoch yang pintas – untuk mencari kebenaran dari dia.  Didalam buku Enock kejatuhan malaikat-malaikat telah ditangani dengan lebih terperinci.

 Cerita Kejadian dalam 6:4 menerangkan juga kemurnian Noah dan keturunannya.  Ia bukanlah satu isu moral tetapi konsep fizikal yang telah dikendalikan.  Bullinger telah mengendalikan isu ini dalam versi Alkitab Companion dalam Appendex 26.  Appendex 23 dan 25 menunjukkan bahawa Noah dan keluarganya telah memelihara asal-usul mereka dan memelihara supaya ia sentiasa murni walaupun terdapat banyak korupsi yang telah dibawakan oleh malaikat-malaikat yang terjatuh.

Malaikat-malaikat dipanggil sebagai roh-roh (Maz. 104:4, Ibr. 1:7) sebab roh-roh dicipta oleh Allah.  Perkara tentang terdapatnya malaikat-malaikat yang terjatuh adalah pasti dari Yud 6.  Sifat kejatuhan mereka telah disebut dengan jelas didalam ayat yang sama.  Mereka telah meninggalkan tempat kediaman (oiketerion) mereka.  Perkataan ini terdapat hanya dalam 2 Korintus 5:2 dan Yud 6 dimana digunakan sebagai rohani (atau hidup kembali) badani.  Dosa mereka dinayatakan sebagai seperti Sodom dan Gomorrah (Yud 7).  Mereka adalah untuk dimasukkan dalam pengadilan (2Petrus 2:4).  Keturunan mereka memanggil Nephilim adalah raksasa-raksasa yang tidak kenal keadilan, manusia yang luar biasa dalam saiz dan tabiat.  Mereka mestilah dimusnahkan (Apendex 25).

Kemunculan kejatuhan malaikat-malaikat adalah cubaan pertama oleh Syaitan untuk menghalang kedatangan beni perempuan yang dinubuatkan dalam Kejadian 3:15.  Jika ini dicapai, perkataan Allah boleh dijatuhkan dan ajal Syaitan boleh diterbalikkan.  Tujuan musuh adalah untuk menduduki Kanaan sebelum Abraham, dan untuk mempertandingkan pendudukan oleh beninya.  Apabila Abraham memasuki Kanaan kita baca bahawa orang-orang Kanaan sudahpun didalam tanah tersebut (Kej. 12:6).

Pertentangan yang besar boleh dilihat disepanjang Alkitab.  Didalam setiap kes manusia mempunyai keinginan peribadi untuk melayani, manakala Syaitan mempunyai objeknya yang besar dalam pandangan.   Jadi, Allah bercampurtangan untuk menhalang syaitan.

Korupsi malaikat-malaikat (anak-anak Allah) yang terjatuh adalah cubaan yang pertama untuk memusnahkan pelan penyelamatan Allah dan ditujukan kepada semua bangsa manusia.  Yudas 6-9 juga mempunyai kosep bahawa malaikat-malaikat telah meninggalkan tempat mereka yang pertama dan melakukan perbuatan zina.

Penutup dan posisi perempuan berhubung dengan lelaki dalam 1Korintus 11 telah ditempatkan berhubung dengan aktivti-aktiviti kumpulan malaikat dan interaksi dengan perempuan manusia.  Cerita Kejadian menangani apa yang terjadi dalam pembiakan bersama dan akibatnya.  Konsep Rephaim diselidiki dalam Yesaya 26:12-21.  Ambil perhatian ayat 13-14.

Ayat dalam Yesaya menangani kebangkitan.  Ini juga terbukti dari perbandingan dengan ayat 19.  Ambil perhatian juga bahawa dunia tidak diubah oleh Israel (ayat 18).  Kebangkitan adalah terhad kepada satu spesies dan bukannya kepada yang lain.  Golongan Nephilim atau Rephaim tidak mempunyai kebangkitan.  Perkataan mati dalam ayat 14 tidak seharusnya diterjemah sebagai meninggal;  ia adalah gantinama, contoh, Rephaim.

Konsep adalah ialah dengan dosa fizikal mereka, malaikat menghasilkan bangsa manusia yang tidak baik dan ganas.  Dari permulaan, tujuan adalah untuk merosakkan rancangan Allah dengan mengeluarkan produk, dimana akan membiak bersama dengan dan mencemarkan sistem Adamik.

Terdapat satu lagi kejadian dan telah terjadi sebelum Kejadian 14.  Rephaim telah bercampur dengan lima bangsa termasuk Sodom dan Gomorrah.  Dua keturunan dari Nephilim adalah Rapha dan Anak.

Allah adalah mahatahu, mahakuasa dan baik sempurna.  Jadi, warga semesta alam yang rendah boleh dan tidak keliru tanpa meragukan sifat keperibadian Allah, ianya mungkin bahwa terdapat siri-siri percubaan untuk mencipta satu bentuk kehidupan yang bijak oleh warna semesta untuk menghalng rencana Allah.

Kesudahan campur tangan Allah melalui warna yang setia didalam pencipataan mengakhiri peperangan yang dilihat sebagai keganasan fizikal dan rohani yang mana telah memusnahkan keseluruhan sistem-sistem.  Kisah tentang peperangan di langit, apabila diceritakan akan membuat dunia ini kehairanan.