Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[182z]
Ringkasan: Bahasa Roh Berhenti Bila?
(Edisi 1.0 19961005-19961005)
Pada hari pertama Pentakosta Jemaat Perjanjian Baru, para rasul “berbicara dengan bahasa roh”. Karya ini yang ditulis seorang editor The Bible Advocate membincangkan apa ertinya “bahasa roh” (tongues) dan berapa lama fenomena ini berlangsung.
E-mail: secretary@ccg.org
Hakcipta ã 1996 oleh Roy A. Marrs
Editor Bible Advocate, organ
rasmi Jemaat Tuhan, Hari Ketujuh
(Ringkasan oleh Tom Hoffahrt,
diedit oleh Wade Cox)
(Tr. 2007)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Bahasa Roh Berhenti Bila? [182z]
Idea adanya pelbagai bahasa di
dunia ini merupakan idea yang sungguh menarik minat. Fakta manusia bertutur
berlainan bahasa sudah lazim menjadi masalah nyata. Sekiranya kita mengembara,
kita pantas menghadapi keperluan mengetahui bahasa orang lain, atau menemukan
seseorang yang mengetahui bahasa kita sendiri. Ini suatu masalah besar!
Perhatikan, bila berkaitan dengan
Perjanjian Baru, dan kisah hari Pentakosta, apabila murid-murid bertutur dengan
“bahasa lain” nampaknya Tuhan menangani masalah yang diciptaNya bagi manusia.
Agar orang ramai mengerti, Tuhan melakukan keajaiban dan membuatkan para murid
berbicara dalam bahasa-bahasa yang belum mereka belajar. Ia amat menakjubkan;
ini memberi penghormatan kepada Tuhan; dan membuatkan para pendengar sedar
bahawa Tuhan bekerja melalui mereka.
Tidak lama kemudian, sesetengah
umat percaya di negara lain juga dengan ajaibnya berbicara dalam bahasa yang
mereka tidak ketahui. Ini disebutkan beberapa kali dalam kitab Kisah, dan
Paulus menyebut tentangnya dalam tulisannya kepada orang Korintus. Markus
mengutip Yesus yang menubuatkan hal ini akan berlaku (Markus 16:17). Hanya
Lukas (penulis Kisah) dan Paulus menyebut tentang pengalaman bahasa roh (bahasa
lidah) itu, dan Markus meramalkan kejadiannya.
Daripada pengalamannya, penulis kita
menyelidik dengan teliti untuk memastikan daripada Kitab Suci sama ada Tuhan
bermaksud untuk pengalaman bahasa roh ini berterusan sampai zaman kita. Dua
ayat Alkitab kelihatan bersangkutan. Ayat pertama ialah nubuatan yang diberikan
dalam Markus 16:17-18 “Tanda-tanda
ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir setan-setan
demi nama-Ku, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka,
mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak
akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan
orang itu akan sembuh.” (Versi Berkeley).
1Korintus
14:13 menyatakan, “Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia
harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya.”
Dalam ayat 27 pula, Jika ada yang berkata-kata dengan bahasa roh, biarlah dua
atau sebanyak-banyaknya tiga orang, seorang demi seorang, dan harus ada seorang
lain untuk menafsirkannya”.
Dalam
menafsirkan “bahasa-bahasa para malaikat”, tiada seorangpun tahu sama ada
tafsirannya betul atau tidak – orang yang “menafsirkan” sekalipun tidak tahu
sama ada dia menafsirkan dengan betul atau tidak! Dia tiada cara untuk
mensahkan yang dia membuat tafsiran betul atau tidak.
Markus
16:17-18, seolah-olah berbunyi bahawa pengalaman ini akan menjadi lazim di
kalangan umat percaya, bersama dengan keajaiban lain. Apakah ayat lain Alkitab
yang menyebut tentang hal ini? Bagaimana dengan 1 Korintus 13:8? Ia berbunyi
(NIV): “Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan
berhenti; pengetahuan akan lenyap.”. Bahasa roh akan “berhenti” – maksudnya
apa? Maksudnya bila?
Namun
bagaimana dengan bahasa roh? “Bahasa roh akan berhenti” – hanya berhenti. Bila?
Alkitab tidak menyatakan. Kenapa? Alkitab tidak menyatakan secara khusus [namun
ia ada mengatakan kita akan diberikan suatu bahasa murni untuk kita beribadah
kepada Tuhan dengan bahu-membahu (Zefanya 3:9)]. Jadi apa lagi yang tinggal
bagi kita? Kita ditinggalkan dengan keperluan untuk saudara kita yang percaya
mereka berbicara dengan ajaibnya dalam bahasa asli (sama ada bahasa malaikat
atau manusia), untuk sudi melalui ujian-ujian yang boleh membuktikan.
Bilakah
bahasa roh berhenti? Pada waktu bilamana manusia tidak lagi mampu atau sudi
membuktikan tafsiran-tafsiran mereka, pada waktu bilamana mereka mula berbicara
dalam perkumpulan tanpa penterjemah, pada waktu bilamana keajaiban lain tidak
lagi lazim di kalangan umat Kristian sejati, pada waktu bilamana mereka tidak
mengizinkan orang lain menterjemah dan hanya ingin melakukannya sendirian.
q