Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[185z]

 

 

 

Ringkasan:

Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme

(Edisi 1.0 19961221-19961221)

 

Istilah Socinianisme telah dipakaikan sembarangan pada sekumpulan besar doktrin Bukan Trinitarian. Ketuhanan ialah isu utama Socinianisme. Umat Unitarian mengerti bahawa penghormatan kepada Kristus mempertimbangkan hubungannya terhadap Bapa dan merupakan jenis sekunder. Umat Trinitarian berpendapat bahawa Kristus sebenarnya Tuhan, sebagaimana Bapa ialah Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996 Wade Cox)

 

(Ringkasan diedit oleh Wade Cox)

Tr. 2007

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme [185z]

 


 


Istilah Socinianisme berasal daripada mazhab yang dipimpin oleh Helius Socinius dan anak lelaki saudaranya dari 1500an. Mereka menentang idea Tuhan sebagai suatu trinitas. Wujud kumpulan pengikut yang kuat di Eropah, sering dianiaya dan ditindas oleh Jemaat Roman Katolik. Roman Katolik menganggap Tuhan sebagai Trinitas tiga oknum. Sesetengah sarjana salah menggolongkan orang Arian dan Socinian bersama di bawah istilah Unitarian, namun terdapat perbezaan antara doktrin-doktrin mereka.

 

Umat Socinian menganggap Alkitab sebagai wibawa tunggal namun ia harus ditafsir dengan pertimbangan. Mereka menolak semua misteri, pertimbangan meyakinkan mereka akan kesatuan, keabadian, kemahakuasaan, keadilan dan kebijaksanaan Tuhan. Keluasan, kemahabesaran dan kemahahadiran Tuhan dianggap berada di luar batas pengertian manusia dan dengan itu tidak perlu untuk keselamatan. Keadilan asal bererti Adam dicipta bebas daripada dosa jadi mereka menyangkal doktrin dosa asal keseluruhannya. Oleh sebab iman hanyalah percaya pada Tuhan, kumpulan Socinian menolak doktrin pembenaran Roman Katolik.

 

Hanya terdapat dua sakramen tetapi ini hanya dianggap dorongan bagi iman. Mereka juga menolak baptisan bayi dan aspek Neraka. Orang jahat hanya dihancurkan selepas mati. Ketuhanan ialah isu utama Socinianisme. Mereka berpendapat bahawa Tuhan ringkas dan tunggal secara mutlak, dan menyimpulkan bahawa pembezaan oknum-oknum memusnahkan keringkasan itu. Mereka berbeza daripada kumpulan Unitarian, khususnya Jemaat Tuhan, dalam mana mereka mengajar pemujaan atau penyembahan Kristus. Mereka berpendapat bahawa Kristus ialah Logos (Firman) namun menyangkal prakewujudannya. Sebagai firman Tuhan, dialah penafsir, dia diperanakkan dengan ajaibnya, dialah manusia sempurna. Dialah pengantara yang ditentukan, tetapi dia bukan Tuhan, hanya manusia yang didewakan. Dalam pengertian ini dia dipuja.

 

Umat Katolik menganggap ini sebagai garis pembahagi antara kumpulan Socinian dan Unitarian iaitu Unitarian menyangkal kelahiran ajaib Kristus dan tidak mahu memujanya. Umat Katolik berpendapat bahawa kumpulan Arian mengatakan Kristus prawujud sebagai suatu hasil Bapa. Golongan Unitarian Radikal masih menyangkal prakewujudan, kelahiran ilahi dan penyembahan Kristus. Umat Katolik sering lebih-lebih mempermudahkan dan mengaburkan beberapa perbezaan asas antara kumpulan-kumpulan ini. Rujuk karya penuhnya (No. 185), yang mencakupi ini dengan lebih terperinci lagi.

 

Jemaat Tuhan sejak permulaannya dengan Kristus dan para rasul sentiasa bersifat Unitarian subordinationis. Ia percaya bahawa:

 

1)      Hanya ada Allah Maha Esa, yang merupakan Tuhan dan Bapa kepada semua.

2)      Kristus ialah Tuhan subordinat (bawahan) (Elohim) dan bukan Allah Maha Esa. Dia satu-satunya Tuhan yang lahir (Yohanes 1:18).

3)      Kristus dan semua anak-anak Tuhan ialah hasil Bapa. Penghasilan mereka membabitkan tindakan kehendak dan dengan itu suatu tindakan penciptaan.

4)      Kristus prawujud sebagai Utusan Tuhan, makhluk yang berbicara kepada Musa di atas Gunung Sinai, dan Utusan Perjanjian Lama; sebab tiada seorangpun yang pernah melihat atau mendengar TUHAN pada bila-bila masapun (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16).

5)      Kristus mempunyai kelahiran ilahi, lahir daripada perawan manusia untuk penebusan dosa.

6)      Miriam (Maria) mempunyai anak-anak lain melalui Yusuf.

7)      Mereka menolak apa-apa penyembahan sebarang entiti selain Allah Bapa.

8)      Mereka mempunyai dua sakramen, baptisan dan Paskah.

9)      Tiada lambang salib digunakan.

10)  Transubstansiasi tidak diajar.

11)  Roh Kudus ialah tenaga, atau operasi dan kuasa Tuhan, yang memberi kemampuan untuk menjadi anak-anak Tuhan dan menjadi satu dengan Bapa. Lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117) dan Satu Dengan Bapa (No. 81).

12)  Kristus tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan, tetapi mengambil rupa manusia dan taat sampai mati (Filipi 2:6). Dia mencapai pelayanan yang lebih baik lagi (Ibrani 8:6). Dengan mengorbankan dirinya dia menjadi pengantara suatu perjanjian baru. Kristus yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan mempunyai satu asal sama (Ibrani 2:11). Kristus datang untuk melaksanakan kehendak Tuhan dan selepas mempersembahkan satu korban untuk dosa selamanya duduk di sebelah kanan Tuhan (Ibrani 10:5-9,12; 12:2). Kristus menjadi seorang anak Tuhan yang berkuasa daripada kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4).

 

Pandangan lain timbul di Eropah selain daripada Unitarianisme Radikal dan Socinianisme. Dualisme Manichea dan Montanisme Catharist muncul dengan doktrin-doktrin pertapa mereka yang berpunca daripada Gnostikisme dan kumpulan misteri. Mereka percaya bahawa kesempurnaan rohaniah dapat dicapai dengan mengamalkan disiplin diri yang teliti dan penyangkalan diri yang keras. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183).

 

Trinitarian berpendapat bahawa:

 

 

Sidang-sidang Katolik kemudian juga memutuskan bahawa:

 

 

Bukti jemaat awal menunjukkan tiadanya pandangan pemujaan berkenaan malaikat, dan mereka jarang dilihat dalam karya seni hingga zaman Constantine. Sejak itu malaikat bersayap dilihat dalam seni dan kesusasteraan Kristian. Pandangan tentang malaikat ini berkembang hingga membuat perbezaan antara Kristus dan anak-anak Tuhan yang lain dalam angkatan rohaniah. Daripada Sidang Chalcedon malaikat diperkecilkan kewujudannya berbanding apa yang dianggap peranan Mesias dan Umat Pilihan. Pandangan ini bertindak meninggikan kristologi dan menyingkirkan Kristus daripada ciptaan sepadan dengan ajaran Trinitarian. Pada waktu yang sama mereka mendirikan suatu kultus, yang menggalakkan doa kepada malaikat dan Maria sebagai makhluk yang dibangkitkan.

 

Daripada Sidang Lateran Keempat 1215, umat Katolik mengumumkan malaikat sebagai ciptaan berbeza dengan Kristus yang bukan ciptaan, dan bahawa manusia dicipta selepas mereka. Idea ibadah adalah sebagai proses memberi penghormatan; ia diterapkan menurut tahap. Ibadah tertinggi mutlak adalah kepada Allah Bapa sahaja. Tuhan berhak disembah sebab ini hal keadilan dan ibadah bukanlah satu pilihan bagi ciptaanNya. Apabila penyembahan ditujukan kepada yang lain, ini adalah kerana hubungan mereka dengan Tuhan. Penghormatan ini terbit daripada perkataan Yunani proskuneo atau sujud; iaitu, berada dalam kedudukan rendah hati. Justeru, dari segi alkitabiah, penghormatan yang diberikan kepada Kristus dan umat pilihan terbit daripada hubungan mereka dengan Allah Bapa. Golongan Unitarian menerima penghormatan kepada Kristus mempertimbangkan hubungan jenis sekunder ini dengan Tuhan, namun umat Trinitarian mempercayainya dalam mana Kristus ialah Tuhan sebagaimana Bapa ialah Tuhan. Umat Kristian sejati perlu berkumpul bersama di depan umum untuk beribadah dan bersyukur kepada Tuhan. Ibadah sendirian tidak cukup.

 

Sistem Kristian aliran umum telah cuba menguburkan semua jejak sebuah jemaat berterusan yang bertentangan doktrin-doktrin mereka. Catatan sejarah dan doktrin sering tidak tepat jadi salah faham telah terbentuk dalam fikiran orang. Kristus mempunyai satu jemaat, yang tidak pernah mengubah doktrin-doktrin asasnya atau berhenti beroperasi selama dua ribu tahun. Jemaat Katolik ingin orang ramai percaya bahawa merekalah tubuh itu, namun tuntutan ini palsu. Kristus tetap sama sebelumnya, sekarang dan selamanya. Jemaat Tuhannya ialah pewaris sejati iman itu yang mula-mula disampaikan kepada orang kudus (Yudas 3).

 

q