Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[202z]
Ringkasan:
Pengikut Nikolaus
(Edisi 1.1 19970524-19970722)
Wah 2:6 mengutuk doktrin pengikut Nikolaus dan Wah 2:14, 15Kristus menyatakan Dia membenci doktrin ini. Siapakah mereka dan apakah doktrin-doktrin mereka?
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă 1997 Wade Cox)
(tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Pengikut Nikolaus
Wahyu 2:6 – Jemaat di Efesus membenci doktrin pengikut Nikolaus.
Wahyu 2:14,15 – Jemaat di Pergamus bersalah dimana beberapa daripada mereka memegang doktrin ini. Kristus menyatakan dalam kedua-dua hal bahawa Dia membenci doktrin ini.
Jawapan bagi siapa mereka, dan apakah doktrin-doktrin yang berkenaan dengan pengikut Nikolaus terdapat dalam sejarah bercelaru. Ignatius, pengikut Yohanes (30-107 CE) dipuji dengan sebutan pertama tentang mereka.
Dia berkata: “Lari juga pengikut Nikolaus, yang disebut salah, yang mengasihi kenikmatan dan diberikan kepada percakapan fitnah” (ANF).
Terdapat tiga fakta disini: (1) Pengikut Nikolaus adalah sebutan yang salah – deduksi dibuat tentang mereka, sebagai pengikut Nikolaus, satu daripada tujuh diakon asal Jemaat, adalah salah. (2) mereka adalah suka kepada kenikmatan sebagai akhir semua aktiviti (pandangan Hedonis). Juga dalam satu surat kepada orang Filadelfia dia berkata mereka melihat kesatuan yang dilarang sebagai perkara yang baik. (3) Mereka telah menulis karya-karya yang menuduh.
Mereka juga mempunyai satu masalah dengan inkarnasi, yang mana Firman itu diam dalam tubuh manusia sebagai satu jiwa (yang disangkal Ignatius) dan demikianlah pengikut Nikolaus adlah pelopor kepada Trinitarian dalam hal ini.
Irenaeus, pengganti yang seterusnya, murid kepada Polycarp, menulis tentang pengikut Nikolaus, tetapi seolah-olah menerima bahwa mazhab ini berasal dari Nikolaus sendiri – dengan ini tidak mengendahkan Ignatius.
Yohanes harus mengajukan perkara tentang inkarnasi untuk membetulkan doktrin mengenai perpisahan sifat manusia dan keilahian Kristus. Ini datang dari golongan Gnostik timur, dari Simon Magus dan kedalam pengkut Nikolaus. Golongan Trinitarian telah mengubah teks dalam 1 Yohanes 4:1-3, tetapi teks yang asal tampak dalam Irenaeus, dan disahkan oleh Socrates iaitu ahli Sejarah.
Doktrin yang lain menyerang hukum berkenaan dengan kasih. Jadi elemen dari pengangkatan dan perpisahan Kristus adalah menyerap dalam Triniti, dan anti nomianisme telah menjadi perdebatan “rahmat yang membuka hukum” yang dipromosikan oleh aliran Kekristianan yang utama.
Clement, dalam tulisannya, telah melihat pengikut Nikolaus sebagai menyalahgunakan ajaran Nikolaus, yakni diakon, dan mereka digolongkan dengan mazhab yang menyeleweng.
Masa yang berikutnya kita melihat doktrin pengikut Nikolaus adalah dalam tulisan yang dikaitkan dengan Tertullian, dan dia menjelaskan sikap yang paling salah dalam mazhab itu, yang mana merupakan perkembangan dari fahaman Gnostisisme yang tidak mempunyai perundangan. Menjelang kurun yang keempat perkembangan ini dikaitkan dengan Nikolaus, satu daripada diakon yang asal (walaupun disangkal oleh pengikut awal). Yohanes harus melawan bidaah yang memasuki Jemaat, yang dibela oleh fahaman Gnostisisme.
Hippolytus juga menyebut tentang pengikut Nikolaus.
Dari Clement dari Alexandria kita melihat bahawa pepatah dari Nikolaus yang baik telah diselewengkan oleh pengikut Nikolaus, dan telah disalahguna oleh penceroboh golongan Gnostik kedalam Jemaat. Dengan menyerang sikap keperibadian Allah dan Hukum, mereka merosot dalam dosa (Rom 1:1-32).
Golongan Trinitarian tidak menjelaskan dengan cukup doktrin rahmat/hukum kerana penyingkapan diri. Yohanes harus menulis tentang sifat dosa (1 Yoh 3:4) dan doktrin tentang anti-Kristus dalam surat kasihnya, dalam penyangkalan terhadap doktrin golongan Gnostik, yang kemudiannya dipanggil doktrin pengikut Nikolaus, yang mana telah memisahkan Jemaat.
Eusebius berkata tentang yang dipanggil mazhab pengikut Nikolaus akan bertahan pada masa yang pendek. Seseorang hanya boleh bertanya pernyataan itu kerana Kristus menegaskan sebanyak dua kali bahawa ia adalah doktrin yang Dia benci, oleh kerana itu ia harus mempunyai substan dan beberapa dasar kukuh. Menjelang masa Eusebius membuat pernyataan ini, fahaman Gnostisisme telah disenkretiskan bersama dengan Kekristianan yang sedang muncul, di sebelah barat.
Mereka menyembah Dewi Ibu dan Dewi Langit. Pandangan ini dukembangkan kedalam Mariolatry. Kemudian penyokong kepada pembujangan telah menyerang para imam yang sudah berkawin sebagai tidak mempunyai moral.
Para rasul adalah lelaki yang berkawin bersama dengan keluarga dan sejarah menyangkal pembujangan dalam rasul yang dipilih dan para penatua. Yudas, saudara Kristus, telah berkawin dan mempunyai anak-anak. Yohanes 19:25 dengan jelas menyatakan Mary, isteri kepada Clopas adalah saudara perempuan Mariam, yang dipanggil dengan salah sebagai Miriam SGD 3137), ibu kepada Mesiah. Darah pertalian Yesus Kristus dipanggil “desposyni” – bahasa Yunani bagi “Dipunyai oleh Tuhan”. Kebanyakannya telah terbunuh syahid, atau diburu sehingga pupus oleh Jemaat Katolik di Roma. (Lihat Malachi Martin, Decline and Fall of the Roman Church, Secker dan Warburg, London, 1981, ms. 42). Menjelang 318 CE, percanggahan di antara Jemaat Allah yang asal dan model Roma telah menyilau. Dari 318 CE pengikut Nikolaus menang keatas keturunan Mesiah, dan satu sistem kerajaan baru telah membebankan Jemaat.
Jemaat yang asal telah dipaksa beroperasi secara haram seperti Paulician dan Vallenses dll. Lihat karya tulis Peranan Hukum yang Keempat dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang Memelihara Sabat (No. 170).
Kultus misteri telah memasuki Roma pada sekitar 64 BCE. Sistem Mithras dan kultus matahari telah diperkenalkan kepada Roma, dan kemudian kepada Kekristianan. Istilah “Bapa”, Dewi Ibu, tuhan Attis, dikasihi oleh Ibu kepada tuhan-tuhan, dekorasi pada pohon pinus yang kudus, dan perkaitan yang lain, doktrin-doktrin dan praktik-praktik dari Kultus Misteri telah menyerap kedalam Kekristianan aliran utama, bahawa Kekristianan yang ada pada masa sekarang tidak mempunyai persamaan kepada Jemaat pada kurun yang pertama, atau sesungguhnya, kepada Jemaat Allah pada zaman akhir nanti.
Dari sistem Gnostik yang diadopsikan, dan dari Phrygian, kita menangani dengan kemasukan ke sorga pada waktu kematian dan tidak ada kebangkitan fizikal, yang mana bertentangan dengan tulisan Kitab. Paskah hari Minggu telah alih sistem Paskah. Kristus sebagai Anak (matahari) yang dibangkikan menggantikan Attis.
Malaikat-malaikat dianggap sebagai elohim susunan yang lebih rendah atau theoi. Seluruh sistem yang menggantikan Kekristianan sebenar dengan Kultus Misteri tidak difahami oleh mereka yang tidak mengetahui. Pengikut Nikolaus tidak hilang, tetapi telah menyerap.
Maksud nama Nikolaus adalah berasal dari dua perkataan – (1) “nike” bererti “menakluk” atau khususnya, “mewujudkan kemenangan”; (2) “laus” bereti orang – orang lain dan bukannya orang sendiri.
Nike adalah satu nama yang digunakan untuk menjelaskan konsep dewi, yang mana ia sendiri boleh mempunyai banyak nama dalam mitologi Ibrani, Roma dan Kasdim. Nike munsul sebagai satu lagi nama bagi Athene, dewi perang, dimana Nike adlah dewi kemenangan, dan kombinasi ini mempunyai satu mezbah diatas benteng selatan Acropolis – jadi dia bukan dewi yang bertaraf rendah.
Oleh kerana itu, nama ini adalah satu kombinasi dari dua perkataan yang memberikan konsep kemenangan keatas orang. Proses ini mewujudkan perpisahan kedalam golongan diskret dan istilah pelayanan dan pekerja biasa diambil.
Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat dari masa Kristus dan keluarga langsungnya dalam Jemaat tidak menerima sistem sedemikian.
Oleh kerana itu, doktrin-doktrin pengikut Nikolaus sangat terlibat dan ulung daripada yang kita jangkakan.
q